Jumaat, Mac 25, 2011

Lady Gaga Seru Golongan Gay Di Malaysia Supaya Protes!

Mar 24, 8:54 AM EDT

Lady Gaga urges young Malaysians to protest radio garbling of gay lyrics in 'Born This Way'


KUALA LUMPUR, Malaysia (AP) -- Lady Gaga has urged young Malaysians to protest the censorship of lyrics in her hit song that encourage acceptance of gays.

The Associated Press reported last week that radio stations in Muslim-majority Malaysia were playing edited versions of "Born This Way" that use garble to replace the lyrics: "No matter gay, straight or bi, lesbian, transgendered life, I'm on the right track, baby."

Lady Gaga criticized the censorship during a visit Tuesday to Google company headquarters in Mountain View, California.

"What I would say is for all the young people in Malaysia that want those words to be played on the radio, it is your job and it is your duty as young people to have your voices heard," the pop star said in an interview that was posted on YouTube.

"You must do everything that you can if you want to be liberated by your society. You must call, you must not stop, you must protest peaceably," she added.

Broadcasters have said they are being cautious with Lady Gaga's song because Malaysia's government forbids offensive content. They risk fines of up to 50,000 ringgit ($16,000) and other penalties for breaking the rules.

Malaysian gay rights advocates complain that the censorship is part of discrimination they face in everyday life.

Bukan main lah artis tukar jantina ini mahukan rakyat muda di Malaysia melaksanakan 'protes' ke atas larangan rangkap dalam lirik lagunya. Hakikatnya, lagu tersebut tidak diharamkan pun sudah cukup baik. Dan jika hendak dikira di zaman moden, lagu-lagu Barat menjadi popular bukanlah dari promosi di corong radio. Tetapi orang cenderung mendapatkannya dari internet dan menyebarkan melalui gelombang bluetooth. Sebenarnya, apa yang Lady Gaga nak kecohkan? Adakah dia merasa rugi tanpa rangkap lirik tersebut tersebar ke segala ceruk negara ini? Ataupun desakan protes yang sentiasa menjadi mainan Pakatan Rakyat di negara ini menunjukkan Lady Gaga memberi sokongan penuuuuu kepada Anwar Ibrahim. "Untunglah". Haha.

Bila Melayu Bertekak Dengan Melayu

Saham bumiputera tinggal RM2b

KUALA LUMPUR 24 Mac – Saham milik syarikat-syarikat bumiputera di negara ini cuma tinggal RM2 bilion iaitu penyusutan sebanyak RM52 bilion berbanding jumlah asal bernilai RM54 bilion yang diperuntukkan oleh kerajaan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, penyusutan ketara itu disebabkan sikap negatif masyarakat bumiputera sendiri yang tidak menghargai dan mengoptimum peluang diberi, sebaliknya lebih gemar terperangkap dalam soal hak.

Katanya, kerajaan sedar banyak pihak akan marah apabila mereka dihadapkan dengan fakta tersebut sedangkan untuk menyelesaikan isu itu, masalah sebenar perlu dikenal pasti sebelum menyelesaikannya.

“Inilah kerugian dan pembaziran bukan sahaja kepada individu tetapi masyarakat bumiputera secara keseluruhan jika kita hanya memberi tumpuan terhadap hak tanpa mengoptimumkan peluang yang terbit daripada hak tersebut,” katanya.

Perdana Menteri berkata demikian ketika berucap sempena Anugerah ICT Persatuan Industri dan Usahawan ICT Bumiputera Malaysia (NEF)-Awani di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.

Utusan Malaysia merupakan rakan media bagi anugerah berkenaan.

Mengambil iktibar daripada kesilapan tersebut, Najib tidak mahu masyarakat bumiputera abad ke-21 berterusan terperangkap dengan polemik hak yang tidak berkesudahan.

Sebaliknya, beliau mahu golongan tersebut bangkit menjadi sebuah masyarakat yang berdaya tahan serta mampu mencipta kejayaan dengan menerokai pelbagai peluang dalam bidang yang masih belum diterokai.

Menurutnya, masyarakat bumiputera perlu berubah jika tidak mahu dilihat sebagai kaum yang gemar meminta-minta, cepat berpuas hati serta suka berada dalam zon selesa agar tidak berterusan ditinggalkan kaum lain.

“Pertarungan hari ini adalah pertarungan minda dan kemahiran. Siapa yang berilmu dan menguasai maklumat, dialah kudrat yang mempengaruhi persekitaran. Oleh itu, jangan kita bersikap dogmatik dan berpuas hati dengan bentuk berbanding isi,” katanya

Menyentuh mengenai perkembangan ICT di Malaysia, Perdana Menteri bangga kerana negara kini mempunyai asas yang kukuh dalam bidang tersebut terutama dalam aspek pembangunan perisian, aplikasi serta sebagai pembekal.

Tambahnya, industri ICT memainkan peranan yang amat penting dalam memenuhi hasrat kerajaan untuk menjayakan Model Baru Ekonomi (MBE) dengan berpaksikan pengetahuan serta inovasi.