Selasa, Jun 14, 2011

Gempa Bumi susulan di Kuala Lumpur 11.01 pagi tadi


Satu gempa bumi kecil melanda Kuala Lumpur jam 8:08 pagi tadi berpusat di pergunungan Sumatra pada skala 5.3 dan pada kedalaman 22km. Gempa ini menimbulkan panik di beberapa kawasan di Damansara, Petaling Jaya dan Putrajaya. Gempa yang berlaku di garis sesaran ini telah disusuli dengan gempa yang sedikit besar, kira-kira 5.4 pada skala Richter dengan kedalaman 8 km, pada jam 11.01 pagi. Perlu dimaklumkan, gempa bumi ini berlaku di pergunungan Sumatra, dan bukannya di jurang lautan luar pantai Sumatra seperti kebiasaannya.


(Gempa susulan)