Sabtu, Julai 02, 2011

Antara Kebajikan Dan Kebajingan

Negara kebajikan? Siapa yang benar-benar mampu berkebajikan ke atas rakyat? Mari kita lihat.

Di Thailand, petrol seliter RM3.90, gula sekilo RM3.50 dan harga segelas teh o ais RM1.00.

Di negara ini, petrol RM1.90 gula sekilo RM2.30 dan teh o ais berharga RM1.20!

Jika nak ikut cara peniaga Thai berniaga, dengan harga petrol dan gula di Malaysia ini sudah tentulah teh o ais di negara ini berharga RM0.58!

Di Indonesia, beras menjangkau RM9.00 sekilo dan ayam berharga sehingga RM12.00 sekilo. Tapi sepinggan nasi berlauk ayam masih lagi RM3.50.

Di negara ini beras sekilo RM3.50 dan ayam pula berharga RM7.00 sekilo. Sepinggan nasi berlauk ayam berharga RM4.00!

Jika nak ikut cara peniaga Indonesia berniaga, sudah tentulah sepinggan nasi berlauk ayam di negara ini berharga
RM1.75!

Siapakah yang berkebajikan, dan siapa pula menekan? Setelah dihidang dengan kebajikan yang tidak tercapai negara lain, kita ditipu oleh golongan peniaga yang kejam dan gila.

Kita boleh mengatakan kos sara hidup di sana murah tetapi apa yang murah jika melihat harga bahan asas di sana? Yang murah cuma hati mulia mereka yang menyedari margin keuntungan yang sangat besar adalah penganiayaan.

Ternyata, merugilah masa dan tenaga puak BERSIH untuk mempertikaikan Suruhanjaya Pilihan Raya yang dilihat berkredibiliti di mata dunia ini kerana ada perkara lain yang perlu diprotes bagi membolehkah kebajikan yang dilimpahkan kerajaan dapat dinikmati tanpa ditekan oleh pihak lain.

Sedangkan bilik mengundi yang mempunyai wakil dua parti bertanding pun dituduh tidak bersih (padahal kiraan undi, daftar nama pengundi dan kiraan pengundi yang mendaftar masuk pastilah dapat dibelek), apatah lagi peniaga jalanan penyokong pembangkang yang 'mulut kata kebajikan, berniaga cara kebajingan'.

Apa yang mampu anda buat? Salahkan kerajaan lagi? Cukup-cukuplah menunjuk bodoh. Kepada makcik jual nasi tu, sudah-sudahlah menyokong bersih. Miker tu idak ler bersih sangat!

Bersih 3.0 Penyatuan Melayu Islam

Bersama jadikan Bersih 3.0 detik penyatuan Islam Malaysia. Jika tidak hari ini, bila lagi? Terlalu banyak yang telah diamarankan melalui petanda-petanda. Bersatu membina agenda atau berpecah dijajah. Jika Melayu tidak dinamakan sebagai pewaris Tanah Melayu, lepaskan kepada mereka. Sanggupkah kita? 60% diperintah 40%? Fikirkan!

Kita tidak perlu merampas apa yang mereka ada. Kita sekadar kukuhkan hak kita. Mendaulatkan Islam di bumi Semenanjung. Fikirkan.