Rabu, Ogos 17, 2011

India Pembunuh Kejam 4 Melayu Dibela oleh Puak Pembangkang

Manjeet selalu burukkan kerajaan

KUALA LUMPUR 16 Ogos - Peguam bela suspek kes pembunuhan Datuk Sosilawati Lawiya, iaitu Manjeet Singh Dhillon yang mewakili tertuduh pertama, N. Pathmanabhan didakwa sentiasa cuba memburukkan imej institusi kerajaan demi kepentingan politik pembangkang.

Ahli Parlimen Padang Serai, N. Gobalakrishnan berkata, ini kerana Manjeet yang juga peguam bela Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kes liwat pemimpin pembangkang itu kini semakin terikut-ikut dengan rentak pembangkang dalam membuat fitnah terhadap institusi seperti polis dan mahkamah.

"Manjeet ini merupakan senjata Anwar dalam melancarkan serangan maksimum ke atas institusi awam seperti mahkamah dan polis supaya kedua-dua entiti ini dibenci rakyat.

"Selain itu, taktik kotor Anwar yang digerakkan melalui Manjeet juga bertujuan menunjukkan institusi-institusi awam itu kononnya kini berada di bawah telunjuk Barisan Nasional (BN)," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau mengulas tindakan Manjeet Singh yang beberapa kali meminta mahkamah mengenakan tindakan menghina mahkamah ke atas pihak pendakwaan kes pembunuhan tersebut.

Selain itu Manjeet yang juga berada dalam barisan pembelaan Anwar dalam kes liwat Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), turut melakukan permintaan-permintaan yang cuba menunjukkan kelemahan institusi tertentu di dalam negara.

Oh Ulamak Tahi Lalat

Tiada yang perlu ditakutkan oleh para penyokong murtad dan para penentang Islam yang berada dalam Pakatan Rakyat seandainya mereka mahu menghina junjungan besar Nabi Muhammad SAW.

Ini kerana bagi mereka, PAS akan menyokong mereka dalam apa cara sekalipun, dan bagi mereka, PAS adalah golongan Islam yang telah murtad juga.

Bagi golongan ini, Islam itu kini hanyalah UMNO. Menentang UMNO bererti menentang Islam. Menentang Islam juga bererti menentang UMNO.

PAS telahpun mereka pijak muka pemimpin mereka hingga herot di bawah tapak kaki mereka dan melekap di lantai.

Maka berkatalah ulamak yang dikalangan mereka dan suka bertukar-tukar prinsip ibarat sesumpah.

Katanya " JIKA KITA LARANG UMAT ISLAM MASUK GEREJA KERANA BIMBANG TERPENGARUH MENJADI KRISTIAN, ADAKAH KITA MELARANG MEREKA MASUK MASJID KERANA BIMBANG TERPENGARUH MASUK ISLAM?"

Kenyataan bodoh kerana dahagakan pengiktirafan kafir-kafir atas muka bumi ini seharusnya diucapkan dengan lebih bodoh oleh ulamak tahi lalat ini dengan cara sebegini :

"JIKA KITA BOLEH TERIMA ORANG KRISTIAN MASUK ISLAM, KITA JUGA PATUT TERIMA ORANG ISLAM MASUK KRISTIAN."

Apa bezanya dengan kenyataan yang paling mula yang diucapkan oleh beliau? Tiada vis-a-vis dalam menegakkan Islam dan tiada konsep kesamarataan agama di negara ini seperti di Indonesia.

Ulamak tahi lalat ini wajar bertaubat.