Khamis, Ogos 18, 2011

MAZA oh MAZA



Ramai Umat Islam Di Malaysia Belum Kenal Apa Itu Kristian

Kristianisasi tidak akan mendapat sokongan sekiranya ibu bapa tahu peranan mereka ke atas anak-anak mereka. Teman sendiri bersekolah di sekolah-sekolah berpengaruh mubaligh La Salle selama 9 tahun dan sejak berusia 10 tahun lagi, teman telah terbaca ayat-ayat seperti 'Yesus Kristus, Ruhul Kudus, Allah Tuhan Bapa' pada lagu-lagu Kristian berbahasa Melayu yang dicetak berbelas-belas tahun sebelum itu.

Tetapi, bagaimanakah misi Kristianisasi umat Melayu pada ketika itu tidak mendapat sambutan seperti hari ini? Di Sekolah Rendah La Salle Canning Garden Ipoh misalnya, pengamatan teman dari tahun 1985 hingga tahun 1990 , pada perhimpunan pagi Isnin, Cikgu Anthony akan membaca doa mengikut upacara Kristian dan murid-murid akan ikut sama mengulangi lafaz-lafaz Cikgu Anthony yang menggenggam dua tangan ke dada dengan bacaan " Oh God, I thank You, for my life, you give me today, bla bla bla bla.. Amen". Kami tidak menggenggam dua tangan ke dada kerana mengetahui itu adalah perbuatan orang Kristian. Tiada paksaan untuk itu.

Minggu berikutnya, satu-satunya guru agama Islam, Puan Hawa Asiah, akan mengetuai bacaan doa dengan menadah tangan dan doanya lebih kurang begini " Ya Allah, berilah keberkatan Mu kepada kami, bagi memudahkan kami, bla bla bla bla bla.. Amin". Saat kami menadah tangan bersama Puan Hawa, ramai juga murid bukan Islam yang tidak menadah tangan, mengetahui itu adalah upacara Islam.

Ya, oleh kerana semuanya adalah kanak-kanak 12 tahun dan ke bawah, doa-doa ini dilafaz dan diikut oleh murid-murid tanpa sedikitpun ada rasa percanggahan. Jika itu berlaku hari ini, pasti akan menjadi isu besar.

Tetapi, di rumah, teman dikisahkan oleh ustaz dan ustazah sekolah agama rakyat, juga emak teman tentang nabi-nabi. Teman juga suka membaca kisah-kisah nabi di perpustakaan. Dengan mengenal nabi-nabi terdahulu sahajalah, kita akan dapat memahami pegangan kita sendiri. Kata tok guru teman, kita akan lebih sayangkan Islam selepas kita kenal apa itu Kristian dan Yahudi!

Hasilnya, hari ini, jika ada yang mengajak teman masuk Kristian dengan alasan itu sahaja jalan yang terbaik untuk diselamatkan di akhir zaman, pasti teman menyebut, Nabi Isa akan datang untuk memberitahu bahawa dia tidak mencipta apa-apa agama! Kerana dia hanyalah salah satu nabi untuk umat Yahudi pada masa lalu.

Jika hendak diselamatkan, pastilah Nabi Isa akan menyelamatkan pemikiran mereka para penganut agama yang tak pernah wujud yang kekhilafan tentang status Nabi Isa itu sendiri, dan memperbetulkannya!

Pastilah teman akan mengatakan bahawa, ketahuilah, hanya di dalam al-Quran sahaja Allah menyebut tentang agama yang telah siap iaitu Islam. Kristian sebagai agama tidak disebut di dalam Injil dan Yahudi sebagai agama tidak disebut dalam Zabur dan Taurat. Malah dunia mengetahui, Yahudi itu bukanlah agama. Mereka sekadar disebut ahli Kitab.

Terlalu mudah untuk melawan para pendakyah Kristian ini sekiranya pengetahuan agama diterapkan secukupnya kepada kita kerana kebenaran anutan Islam ini terlalu jelas.

Malangnya, sesetengah ibu bapa, saat ditanya oleh anak-anak mereka mengenai agama lain, maka akan diherdik pula anak itu dengan "jangan dok tanya pasal agama kafir lah". Mungkin sang ibu bapa sendiri yang tak berapa berilmu.

Sesetengah orang Islam pula akan menghina orang Islam lain yang menjengah kitab-kitab Injil palsu hari ini dan apabila Psalm (Zabur) dan Torah (Taurat) dibelek, disindir-sindir pula.

Memang kita perlu membaca dan memahami Al-Quran kerana ia adalah kitab penutup yang melengkapi semua kitab-kitab yang wajib kita ketahui yang telah diturunkan dalam tempoh 2,000 tahun antara zaman Nabi Musa hingga ke Nabi Muhammad.

Tetapi, umat Islam yang kuat ialah umat Islam yang mendaulatkan al-Quran dengan menyebarkan kepada para penganut Islam lain tentang sudut-sudut pemalsuan yang telah dibuat oleh pengikut-pengikut Nabi Isa ketika mereka berusaha menubuhkan fahaman Kristian.

Pernahkah ceramah agama di masjid-masjid, surau-surau di sepelusuk tanah air tercinta ini mengetengahkan hal-hal sebegini sebagai ramuan penambah kekukuhan iman umat Islam?


Tolak Ulamak Pluralis

Entah mengapa, isu bukan Islam masuk masjid dibangkitkan oleh seorang ulamak screwdriver yang kononnya moden. Kata-katanya yang menyindir pihak yang takut akan kehadiran orang Islam di dalam gereja dengan memberi perumpamaan bahawa ketakutan yang sama ke atas orang bukan Islam masuk masjid, yang juga dilontarkan oleh umat Islam.

Pemikiran ulamak ini satu-satunya hasil cernaan minda yang cenderung kepada konsep akal logik yang mendaulatkan pluralisme.

Apabila dikatakan orang Islam masuk gereja dikhuatiri memeluk Kristian, beliau menyamakan dengan penentangan ke atas dua politikus perempuan DAP masuk masjid oleh orang Islam, sebagai kononnya takut dua individu penegak Kristianisasi itu memeluk Islam.

Apakah ulamak tersebut nampak bahawa individu Islam yang masuk gereja itu tidak lagi bertudung sebagai penghormatan kepada institusi gereja haram itu. Manakala seorang perempuan Cina DAP yang masuk masjid di Balakong dan perempuan Cina DAP yang masuk ke Masjid Negara tidak pula bertudung kepala sebagai tanda tidak menghormati masjid yang diiktiraf kewujudannya itu?

Janganlah pula ulamak ini nanti berkata, jika orang Kristian boleh masuk Islam, mengapa pula orang Islam tak boleh masuk Kristian.

Ini kerana lontaran pemikiran ulamak yang seorang ini sudah terlalu dipengaruhi oleh penaakulan yang bersandar kepada logika imbangan kesaksamaan antara-agama yang sebenarnya tidak terpakai dalam konsep kedaulatan Islam.

Jika ia terpakai, maka kemurtadan akan menjadi hak individu dan masyarakat Islam negara ini tidak boleh lagi menyebut bahawa mereka berfahaman ahli Sunnah wal Jamaah. Atau mungkin itulah yang dimahukan oleh ulamak screwdriver ini?

Sebenarnya, beza antara biri-biri dan serigala itu adalah sifatnya sahaja. Jika serigala itu sifatnya pengecut manakala biri-biri itu sifatnya berani, maka sudah tentulah serigala akan memilih untuk makan anak ayam atau kodok sahaja, walaupun biri-biri itu makanan kegemarannya. Tetapi, jika biri-biri itu memilih seekor biri-biri tua yang bodoh sebagai ketua, yang menyeru biri-biri lain supaya takutkan serigala yang penakut itu, sudah tentu sifat itu berubah.