Selasa, Ogos 23, 2011

Kaedah Terancang Pakatan Rakyat Dalam Menamatkan Penguasaan Umat Islam Ke Atas Malaysia

Seperkara yang tidak pernah diketahui oleh umat Islam penyokong Pakatan Rakyat ialah, konsep tiada siapa mengetuai sesiapa yang diamalkan oleh Pakatan Rakyat.

Dek kerana konsep inilah Pakatan Rakyat tidak didaftarkan secara sah, kerana pendaftaran Pakatan Rakyat memerlukan seseorang menjadi Pengerusinya. Ini bermakna ada pihak yang mengetuai pihak yang lain.

Ini bermakna, jika 100% orang Islam menyokong Pakatan Rakyat sekalipun, mereka tidak boleh melawan sekiranya kemurtadan dibenarkan di kalangan umat Islam.

Konsep majoriti mememerintah minoriti akan dikuburkan dan walaupun 100% umat Islam menyokong PAS atau PKR atau DAP, suara mereka tidak mungkin dapat mengatasi suara pihak bukan Islam atas dasar, keadilan sosial dalam prinsip sosialisma yang mereka bawakan.

Kebodohan umat Melayu hari ini ialah apabila sebahagian mereka menjerat leher sendiri untuk menyertai Pakatan Rakyat yang telah jelas konsep dan pegangan mereka yang bersifat sama rata dan tidak ada siapa berhak untuk mengetuai yang lain.

Bayangkan sahaja andai mereka memerintah.

Kebodohan umat Melayu jenis ini juga terserlah apabila mereka tidak mampu untuk membawa PAS keluar dari Pakatan Rakyat dan menjadi pilihan ketiga dalam pilihanraya, walaupun kos untuk bertanding di 222 parlimen dan 555 DUN di negara ini hanya kurang dari RM11 juta.

Sistem politik membentuk kerajaan dari parti-parti bertanding telah diamalkan di Thailand dan Indonesia tetapi ia tidak diajar ke rakyat negara ini.

Bayangkan jika PAS menjadi pilihan ketiga dan mendapat sejumlah undi yang hampir dari sepertiga kerusi Parlimen, sudah tentu PAS berhak untuk memilih pihak manakah yang layak untuk mereka ajak menubuhkan kerajaan.

Di situlah PAS akan dihormati dan tidak disepak terajang oleh kafirin seperti hari ini. Malangnya, ulamak PAS hari ini pun telah berpakat dengan syaitan-syaitan pemusnah Islam, dan kita sendiri dapat lihat, siapa sebenarnya di sebalik serban dan jubah ini.