Selasa, Ogos 30, 2011

Genap Setahun Pembunuhan Antara Kaum Yang Paling Kejam

Jam 10 malam ini, genap 1 tahun yang lalu, berlakulah pembunuhan paling kejam dalam sejarah ketamadunan moden di negara ini.

Sosilawati dan 3 lagi individu yang mengiringinya untuk berbincang tentang perniagaan dengan seorang peguam berketurunan India yang pada ketika itu merupakan ahli seumur hidup sebuah parti pembangkang, di bunuh dengan kejam oleh pekerja estet balaci peguam tersebut.

Mereka dipukul dengan kejam tanpa mempedulikan ayuan dan rintihan mereka untuk memohon belas simpati sehingga mati.

Mayat mereka dibakar dengan kepingan tahi lembu yang merupakan kaedah yang pantas untuk meningkatkan suhu dan mempercepatkan pembakaran mayat.

Serpihan tulang temulang beserta abu pembakaran mayat 4 individu ini di humban ke sungai di Banting dan ia merupakan pembunuhan kejam menggunakan teknik Hindu dan melibatkan perbuatan antara kaum yang terburuk dan paling tidak manusiawi pernah kita ketahui pernah berlaku.

Motif perkauman tidak disentuh kerana ia melibatkan perniagaan. Tetapi bayangkan nasib 4 mangsa yang beragama Islam yang berpuasa pada hari tersebut. Situasi kejadian ini sendiri meletakkan ia dia atas batas perkauman pada mata umum. Logiknya, tidak menjadi kesalahan untuk sesiapa sahaja mentafsirkan ia berlaku atas dorongan rasa perkauman.

Atas sebab itulah hakim bagi perbicaraan ini perlu memberi keputusan yang tepat dari sentimen persekitaran berhubung kes ini.

Apa byang ditunggu ialah keadilan untuk kes ini. Perbicaraan masih berjalan dan sudah tentu kita mahukan pengajaran dari perbuatan ini kepada yang lain dengan, memastikan mereka yang terlibat ini turut dihukum mati.