Selasa, Oktober 04, 2011

Jenayah Di Pulau Pinang Digerakkan Oleh DAP?

Polis Pulau Pinang dan Polis Johor tetaplah di bawah Ketua Polis Negara yang sama. Bagaimana Lim Guan Eng boleh berbangga dengan pencapaian 'Kerajaan Negeri' Pulau Pinang dalam menurunkan indeks jenayah Pulau Pinang?

Jawapannya mudah. Jenayah yang dilakukan di seluruh negara adalah dibuat oleh pihak DAP dan antek-anteknya. Ini biasa dilakukan oleh pihak komunis satu ketika dahulu yang boleh diterjemahkan sebagai sabotaj keamanan dalam bentuk baru.

Lihat sahaja kadar jenayah yang meningkat di Ipoh selepas BN mengambil alih pemerintahan negeri.

Umum pun mengetahui bahawa kongsi-kongsi gelap banyak diresapi oleh pengaruh puak DAP. Ini boleh dilihat dari peguam India pembunuh 4 orang Melayu di Banting yang merupakan konco-konco politik puak tersebut.

Jelas sekali bahawa Lim Guan Eng, sebagai ahli politik yang banyak menelanjangkan kebodohannya tanpa sedar, kali ini terlajak dalam memberikan satu gambaran.

Jenayah di Pulau Pinang telah turun apabila DAP memerintah. Siapa pelaku jenayah-jenayah tersebut?