Khamis, Januari 26, 2012

Suara Dari Langit : Persiapan Menentang Pengumuman Kemunculan Imam Mahdi?

Sumber Berita :
Antara teori paling terkenal yang dikatakan menjadi punca berlakunya insiden itu ialah Program Penyelidikan Auroral Aktif Frekuensi Tinggi (HAARP). HAARP adalah merupakan program penyelidikan saintifik berkaitan ionosfera dan dinaungi sepenuh oleh US Air Force, US Navy, University of Alaska dan Defense Advanced Research Projects Agency(DARPA). DARPA pula dikenali sebagai sebuah agensi yang ditubuhkan oleh kerajaan Amerika Syarikat bertujuan untuk membina pelbagai senjata berteknologi tinggi untuk kegunaan ketenteraan Amerika Syarikat. Bagaimanapun, HAARP dipercayai merahsiakan penyelidikan untuk kepentingan DARPA itu dengan aktiviti penyelidikan saintifik yang kononnya menyelidik lapisan ionosfera bagi meningkatkan lagi penggunaan sistem komunikasi dan pemantauan cuaca. Tapak penyelidikan HAARP yang berada di Gakona, Alaska menempatkan peralatan berteknologi tinggi dan tercanggih yang dikenali sebagai Ionospheric Research Instrument(IRI). IRI adalah sebuah instrumen yang menghasilkan frekuensi radio berdefinisi tinggi sekitar 2.7MHz sehingga 10MHz. Selain itu, IRI mampu memancarkan frekuensi ke lapisan yang terhad untuk dicapai iaitu di lapisan Ionosfera dan menghantar kembali isyaratnya ke bumi. Diandaikan bahawa hasil dari IRI tersebut telah menjadi medium frekuensi yang dipancarkan ke lapisan ionosfera sebelum dihantar kembali ke bumi yang menghasilkan ‘bunyi aneh’ seakan-akan guruh dan menggemparkan di beberapa lokasi di dunia.

Sumber Hadis :
Tanda lain adalah munculnya langit yang memancarkan warna merah, yang merahnya itu adalah merah yang berlainan sekali daripada cahaya merah yang biasa dilihat setiap hari. Tanda lain yang lebih besar adalah kedengaran satu suara dari arah langit (suara hatif) yang menyatakan bahawa Imam Mahdi telah zahir ke dunia ini, dan ucapannya itu dapat difahami oleh semua manusia. Tanda lain ialah sebuah kampung di Khuristan, sebuah wilayah di Syam akan tenggelam ke dalam bumi akibat gempa bumi dan rekahan yang luas. Setelah itu, akan kedengaran sekali lagi satu suara yang dapat difahami oleh setiap orang menurut bahasa masing-masing, yag datang dari arah langit yang memanggil-manggil nama Imam Mahdi. Suara itu amat kuat sehingga orang yang sedang duduk akan berdiri, yang berdiri akan terduduk dan yang tidur akan terjaga kerana terkejut mendengar suara itu. Suara itu dapat didengar oleh setiap orang di seluruh dunia ini. Tidak lama selepas itu akan kedengaran lagi suara dari langit dan suara dari langit itu akan dilawan oleh suara yang datang dari bumi. Suara yang dari langit itu adalah suara malaikat yang menyatakan bahawa Imam Mahdi adalah dari keluarga Nabi Muhammad SAW, manakala suara dari bumi pula menyebutkan bahawa Imam Mahdi itu adalah dari keturunan Nabi Isa AS. Orang-orang kafir akan mempercayai suara yang datang dari arah bumi itu manakala umat Islam akan mempercayai suara yang datang dari arah langit.

Adakah mereka telah membangunkan alat untuk melawan suara dari langit? Saat umat Islam negara ini berpecah belah, adakah kita dalam dunia yang semakin suntuk? Malang sungguh umat Islam negara ini.