Sabtu, Mac 03, 2012

Fwd: Keenakan Tutur Kata 'Agamawan' Pembangkang

---------- Forwarded message ----------
From: "F. M. Saleh" <ipohmalay@gmail.com>
Date: Sat, 3 Mar 2012 01:59:56 +0800
Subject: Keenakan Tutur Kata 'Agamawan' Pembangkang
To: ipohmalay.emailpost@gmail.com

Para pembenci teman yang seenaknya menyebut teman mabuk perlu
disediakan cermin besar supaya mereka dapat mencermin diri, lakukan
perubahan sifat diri sebelum mati dan diam untuk selama-lamanya.

Corak Islam ala pembangkang tidak lain hanyalah mengumpul umpat dan
maki sebelum mati sebanyak mungkin.

Belum teman nampak mana bahagian dalam Al-Quran dan mana anjuran dalam
Al-Hikmah yang menggalakkan hal ini.

Mereka tidak segan silu menyebut apa sahaja seperti mat saleh tidak
ada pegangan agama. Dengan kata lain, mereka merasakan bila mereka
mati, Allah akan bersama para pengumpat seperti mereka.

Sesungguhnya mereka dalam keadaan rugi. Toleransi mereka terhadap
perbuatan yang ditegah agama kini bertambah baik demi sekelumit kuasa.

Bagi agamawan pembangkang, bekerjasama dengan gerombolan yang semanya
Melayu peminum arak, pembuat dosa dan freethinker yang tidak menyokong
UMNO dibolehkan daripada bekerjasama dengan segerombolan UMNO yang
terdiri dari sorang dua yang giat melakukan dosa.

Menuduh teman mabuk kerana berita yang tidak menyebelahi mereka
sedangkan fakta itu jelas, sama dengan menafikan yang mereka lahir
sebagai anak yang sah, walaupun jelas mereka anak yang sah. Begitulah
buruknya kelakuan mereka.

Pada masa yang sama, sukacita teman maklumkan bahawa pendaftaran
keahlian UMNO teman pada 31 Januari 2009 melalui daftar online,
terbatal dek kerana mereka membatalkan sistem tersebut dan
menganjurkan teman mengisi borang keahlian baru.

Tahniah, teman tak sudi. Hehehe.

Kepada pengumpat bangsa pembangkang, teman senyum je lah. Selagi komer
belum putus nafas, kome tak akan sedor yang kome tak pernah buat benda
baik untuk peribadi komer.

Wallahu sami'un alim.