Selasa, April 17, 2012

DAP Mahu Tawan Johor ?


Mengapa Pakatan Rakyat sangat beria-ia untuk merampas Johor? Mengapa mereka sangat berani untuk mengumpulkan puak-puak mereka untuk memasuki negeri yang menjadi kubu kuat BN di semenanjung?

Jika secara rasionalnya, mereka diibaratkan bagai ingin menyembelih leher mereka sendiri kerana bukankah kemenangan dengan majoriti yang besar di kawasan yang mereka menangi pada tahun 2008 telah menjamin mereka untuk terus berada di persada politik untuk tempoh waktu sekurang-kurangnya sepenggal lagi?

Tidak dapat tidak, pembangunan yang sangat pesat negeri Johor yang membuka peluang kepada mereka yang berwang dari pelusuk dunia telah membuatkan air liur pemimpin pembangkang meleleh dan menitik melihat negeri Johor.

Ditambah pula oleh golongan kiasu yang mahu melebarkan negara pulau mereka yang telah melihat Johor sebagai potensi besar survival mereka di masa depan, sudah tentulah golongan kiasu dari negara yang dipimpin oleh parti yang melahirkan DAP ini mahukan Johor dikuasai oleh mereka yang tunduk kepada mereka.

Segalanya terserah kepada rakyat Johor. Adakah mereka mahu tanah negeri mereka yang pernah menjadi negara merdeka dan diakui oleh Empayar British satu ketika dahulu jatuh ke tangan pemuka-pemuka Singapura ataupun mahu terus mengekalkan pemerintah Melayu.

Bagi teman, ura-ura keberambusan Lim Kit Siang dari Ipoh Timur ke mana-mana parlimen lain adalah satu berita baik.