Jumaat, Julai 13, 2012

PAS Semakin Hampir Melangkah 'Mayat Karpal Singh'


Misi membina negara Islam ala PAS semakin berjaya. Ini kerana Karpal Singh semakin hampir ke penghujungnya. Dari berjalan, dia berkerusi roda. Dari berkerusi roda dia sudah lumpuh kesemuanya kecuali kepala. Bila lumpuh kepala sekali, maka matilah dia. Selepas mati, bolehlah Nik Aziz, Hadi Awang dan konco-konconya, 'over his dead body'. Dengan kata manja, langkah bangkainya.

Maka di situlah terbebasnya PAS dari sumpahan 'over my dead body' nya. Maka DAP tidak lagi mampu menentang lagi cita-cita PAS untuk menubuhkan negara Islam. Berikut petikan dari sebuah blog :

Perasan atau tidak Karpal Singh sejak dua menjak ini senyap dan tak bersuara lagi dalam DAP. Kenapa ya? Keris pasti ramai yang tahu Karpal Singh memang berkerusi roda dan terbaru Keris dengar daripada seorang kenalan, dia kini menderita sakit tetraplegia. Apa benda tu? 
Menurut wikipedia : Tetraplegia, also known as quadriplegia, is paralysis caused by illness or injury to a human that results in the partial or total loss of use of all their limbs and torso; paraplegia is similar but does not affect the arms. The loss is usually sensory and motor, which means that both sensation and control are lost. Ini bermakna dia telah lumpuh cuma mulut dan kepala dia sahaja yang boleh berfungsi. Yang paling Keris tak percaya dia sering keluar masuk Hospital Kuala Lumpur! Hentam kerajaan bukan main tapi bila sakit pandai pergi hospital kerajaan. Difahamkan lagi oleh kenalan Keris yang juga seorang pesakit spinal, Karpal memang seorang yang sangat cerewet. Kalau masuk wad dialah manusia yang paling bising sampai ganggu pesakit lain.
Bacaan lanjut : KERIS 7 LOK