Rabu, September 19, 2012

Video Hina Nabi Lambang Ketidaksepakatan Pakatan Haram

Tiada mandat untuk kumpulan parti-parti tak reti sepakat walaupun secara retoriknya, ia bernama Pakatan Rakyat. Hanya mereka yang mengalami masalah mental dalam membuat pilihan yang betul sahaja yang akan memilih PAS PKR dan DAP untuk 'sepakat' memerintah negara.

Pas tetap terus protes filem hina Nabi

KUALA TERENGGANU 18 Sept. - Pas tetap dengan pendirian untuk meneruskan protes terhadap pembikinan filem hina Islam, Innocence of Muslims walaupun usaha itu dipersoalkan oleh DAP.
Ketua Dewan Ulamanya, Datuk Harun Taib menegaskan, ini kerana setiap umat Islam wajib menentang apa sahaja bentuk penghinaan terhadap para nabi dan rasul serta agama Islam.
Malah tegas beliau, dalam Perlembagaan Malaysia turut menyebut perkara membolehkan umat Islam membantah ialah sebarang tindakan yang jelas menentang Islam.
"Pas tetap membantah dan menentang sesiapa saja yang menghina agama Islam. Tak kira siapa, kita tetap bantah.
"Kita guna yang terdapat dalam Perlembagaan. Maknanya kalau ada yang cuba halang (bantahan terhadap penghinaan Islam), kita tak setuju dan tak boleh terima," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Kenyataan Koo Ham dibidas

IPOH 18 Sept. - Ketika jutaan umat Islam seluruh dunia termasuk Malaysia bangkit mengadakan bantahan besar-besaran terhadap pembikinan filem Innocence of Muslims yang menghina Nabi Muhammad SAW, seorang pemimpin DAP pula mempersoalkan protes tersebut.
Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham dalam laman Twitter semalam didakwa mengeluarkan kenyataan provokasi sebagai reaksi kepada hasrat Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin untuk bergabung dengan Pemuda Pas mengadakan protes terhadap filem arahan Sam Bacile itu.
''Khairy wants muslim protest against Sam Bacile. For Islam or for his political gains? Are muslims wasting too much time & energy on this?
(Khairy mahu umat Islam memprotes Sam Bacile. Ia untuk Islam atau keuntungan politiknya? Adakah umat Islam membuang begitu banyak masa dan tenaga untuk ini?," kata Koo Ham dalam laman sosial tersebut.
Ngeh Koo Ham, atau nama berangannya James Ngeh, yang juga ahli gerakan Sosialis Antarabangsa, seperti dipetik Wikipedia, merupakan pemimpin Kristian tersohor negeri Perak.

Ngeh comes from an old Ayer Tawar Methodist family and was christened James by the late Rev. Koh Gie Bing. As a student, he was active in the Methodist Youth Fellowship and later with the Persatuan Kristian Varsiti (PKV, part of the International Fellowship of Evangelical Students) at Universiti Malaya where he obtained a Bachelor of Laws. He has also served on the Local Church Executive Council (LCEC) of the Ayer Tawar Chinese Methodist Church (ATCMC) and provided legal counsel to the Methodist Church in Malaysia. He is a regular communicant member of ATCMC where he often also provides translation during Sunday worship.


Tidak hairanlah sikapnya atas propaganda Yahudi-Kristian itu amat sinis. 'Menteri Besar Sebenar' ketika zaman Menteri Besar Boneka , Nizar Jamaluddin ini sentiasa berbangga kerana ada puak PAS yang sanggup jadi balacinya seperti si mangkuk Nizar. Tidak dapat bayangkan bagaimana jika DAP dan PAS yang hidup atas dasar hipokrit ini, diberi mandat memerintah. Malaysia akan tentu menerima nasib yang sangat buruk, paling buruk dalam sejarah kewujudannya.