Isnin, Oktober 15, 2012

Nik Aziz Keterlaluan Lupa Diri


Beginikah yang dikatakan Nik Aziz bahawa kerjasama dengan DAP tidak pernah menyusahkan? Bahkan kononnya, DAP seolah-olah rakan kerjasama paling membahagiakan dan tidak mengganggu malah tidak menyentuh sensitiviti?

Barangkali, sudah tiba masa  untuk Nik Aziz diletakkan di atas kolek dan dihanyutkan di Sungai Kelantan ke Laut China Selatan kerana orang tua ini tidak lagi dapat menilai dan berfikir atas paksi realistik, yang mana tibanya saat manusia itu mengalami ciri-ciri seperti ini, ditegah untuk dinobatkan sebagai pemimpin kerana natijahnya buruk ke atas golongan yang dipimpin. 

Lebih-lebih lagi golongan yang dipimpin mempunyai kadar penurutan membabi buta yang melampau-lampau keterlaluannya..

DAP Kedah bantah iklan sopan

ALOR SETAR 14 Okt. - DAP Kedah sekali lagi menegaskan mereka akan menentang undang-undang yang berunsurkan Islam jika ia mahu dilaksanakan di negeri itu. 
Pengerusinya, Lee Guan Aik berkata, tindakan itu termasuk dalam soal pelaksanaan garis panduan papan iklan antaranya menggunakan model berpakaian sopan dan perlu bertudung jika beragama Islam. 
Katanya, sebarang perkara berkaitan undang-undang Islam perlu dipersetujui oleh semua parti dalam pakatan pembangkang di peringkat Pusat dan negeri. 
"DAP negeri sekali lagi ingin menegaskan dan menjelaskan bahawa kami tidak akan memberi sokongan terhadap undang-undang hudud atau apa sahaja berkaitan isu negara Islam," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini. 
Guan Aik mengulas kenyataan Datuk Bandar Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS), Datuk Mat Noh Ahmad berhubung garis panduan pemasangan papan iklan di kawasannya yang meliputi penggunaan bahasa, landskap dan pakaian model iklan.


© Utusan Melayu (M) Bhd