Jumaat, Disember 14, 2012

Artis Indo Tunjuk Berani, Tapi Tak Ada Permit Kerja, FINAS Serbu Set Penggambaran

Julia Perrez, artis Indonesia yang mengecewakan seniman-seniman Malaysia dengan ungkapan " industri drama di Indonesia telah jauh lebih maju dari Malaysia" disusuli "saya bangga jadi rakyat Indonesia" , ungkapan yang disebut di atas bumi Malaysia, telah ditentang oleh Zed Zaidi.

Zed Zaidi mengambil langkah berkonfrontasi dengan Julia Perrez melalui Twitter sebelum menyiasat dengan pihak berwajib sama ada artis Indonesia yang paling gemar mengutuk Malaysia tanpa henti ini mempunyai permit atau tidak untuk menjalani penggambaran di Malaysia.

Walaupun kata-kata Julia Perrez itu kelihatan berlapik tetapi imej sebagai artis pembawa nama "malingsia" nombor satu di Indonesia itu menyerlahkan maksud hati apa yang ingin disampaikannya.

Julia Perrez, walaupun sangat lantang menjelekkan Malaysia selama ini, berani pula menyertai penggambaran di Padang Kota Lama, Pulau Pinang untuk babak filem Sentuhan Malam Pertama. Lebih biadap, perempuan yang berimej gatal, seksi dan kontroversial itu dengan beraninya merendah-rendahkan pula industri seni tempatan ketika berada di sini.

Akibat dari gesaan Zed Zaidi ke atas Finas supaya menyiasat ketiadaan permit masuk untuk menjalani penggambaran atas nama Julia Perrez sendiri , pihak Finas telah menyerbu set penggambaran di Pulau Pinang hari ini dan mendapati Julia Perrez telah menghilangkan diri dan dipercayai telah lari pulang ke Indonesia.

Cakap siang pandang pandang. Cakap malam dengar dengar.