Selasa, Januari 15, 2013

Syukur PAS Tukar Pendirian Hasil Tarbiah UMNO

Akhirnya, Nik Aziz harus akur, kata-kata sombong yang kononnya hasil tarbiah mereka, ramai wanita Islam kini bertudung termasuk Wanita UMNO dan Puteri UMNO, telah dibalas Allah.

Akibatnya, mereka pula ditarbiah oleh UMNO berhubung penggunaan kata nama khas Tuhan Yang Satu, ALLAH,  yang tidak sesuai digunakan oleh penganut Kristian di negara ini.

Lebih memalukan, pentarbiahan itu dilakukan oleh parti yang mereka tuduh sekular, menolak Islam dan lain-lain lagi.

Hasil dari tarbiah ini, PAS menyedari bahawa mereka di ambang kalah besar kerana menjadi parti takbir tanpa pernah benar-benar merealisasikan maksud takbir tersebut sehingga terpaksa tunduk kepada agenda pluralisme.

Mereka patut sedar bahawa tidak kira atas nama apapun, mereka tiada hak untuk berasa bongkak mendabik dada mengenepikan hakikat bahawa Allah menyuluh hati manusia berdasarkan apa yang telah manusia itu usahakan.

Tidak perlu berasa terlalu sempurna sehinggakan terbabas ke dalam gaung.


Bukan Islam guna kalimah Allah, mengarut - Nik Aziz


KOTA BHARU 14 Jan. - Biarpun sebelum ini Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (gambar) bersetuju dan senada dengan pemimpin DAP serta Parti Keadilan Rakyat (PKR) supaya orang bukan Islam dibenarkan menggunakan kalimah Allah, hari ini beliau berubah fikiran dan menyifatkan perkara tersebut sebagai mengarut.

Beliau berkata, ini kerana kalimah Allah hanya merujuk kepada tuhan yang satu dan kalimah tersebut tidak tepat sama sekali untuk digunakan oleh agama yang mempunyai tuhan lebih daripada satu.

Katanya, justeru itu, bagi mana-mana pihak yang mahu menggunakan kalimah tersebut harus yakin bahawa Allah hanya satu.

"Bila agama lain yang tiada tuhan yang satu tiba-tiba hendak guna Allah tidak betul, kerana apa letak Allah. Allah diguna oleh Allah sendiri sebagai tuhan yang satu, yang maha kuasa.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20130115/po_06/Bukan-Islam-guna-kalimah-Allah-mengarut---Nik-Aziz#ixzz2I09RfbjD
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Kita Desak, Nik Aziz Ubah Pendirian, Kita Pertikai?

Kita desak dia nyatakan pendirian. Selepas jelas pendiriannya yang merugikan agama, kita asak mereka bertubi-tubi. Kita minta mereka nyatakan pendirian mereka lagi. Kita sogok dengan sebab musabab mengapa pendirian mereka itu salah.

Akhirnya, mereka sependapat dengan kita. Mereka sedar mereka silap. Tetapi mengapa perlu kita pertikaikan pula perubahan pendapat mereka?

Orang yang mahu berfikir telah mengetahui siapa yang betul pada mula perkara. Apabila kita tidak lagi eksklusif dalam mempertahankanNya, kita pertikaikan pula kehadiran pihak baru yang sependapat dengan kita.. Kita nak apa sebenarnya?


Kalimah Allah : Khairy Persoal Pendirian PAS.

E-mailPrint
alt