Isnin, Januari 21, 2013

Kanak-kanak Hilang : William Yau Zhen Zong

Bantuan, kerjasama dan keprihatinan seluruh rakyat Malaysia dimohon untuk bersama-sama mencari kanak-kanak yang hilang ini. Ini mungkin boleh terjadi kepada kita. Hubungi talian yang tertera seandainya anda mengetahui / mengenalpasti keberadaaannya.




Dasar Lidah Bercabang. Anwar Puji Kebebasan Akhbar Di Indonesia, Saman Akhbar Di Malaysia.

Anwar Ibrahim menang saman ke atas Utusan Malaysia. Walaupun menyaman RM50 juta, mahkamah mengarahkan Utusan Malaysia membayar RM45,000 gantirugi kos. Ganti rugi pampasan belum ditetapkan. 

Ketika dia dengan wajah Indonesianya menuduh media cetak di Malaysia tidak bebas dan memuji media di Indonesia, di dalam negara, dia membungkam laporan akhbar dengan ugutan-ugutan saman. Jika media berhadapan dengan saman, di mana kebebasan media yang dipuji puja? 

Ini kerana, walaupun melaporkan hal yang salah, media di Indonesia tidak pernah disaman. Ini kerana kebebasan mentafsir isu berita berdasarkan hal kejadian itu hak mutlak penyedia berita manakala para pembaca pula menjadi penilai.

Jika Anwar Ibrahim menyebut undang-undang lapuk soal homoseksual perlu diubah, yang juga membawa niat meringankan tekanan ke atas pengamal seks songsang, adakah fitnah jika menyebut kata-katanya itu berunsur menyokong perlakuan seks songsang?

Ketika ini penyokong pembangkang bergembira dengan 'kekalahan' Utusan Malaysia dan meraikan kemenangan Anwar Ibrahim. Satu pencapaian besar kepada pengamal seks songsang. Ada saham mereka dalam keseronokan itu. 

DI MALAYSIA :


Anwar menang saman terhadap Utusan

(Oleh Aisha Geoffrey)

KUALA LUMPUR 21 Jan: Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menang kes saman fitnah RM50 juta terhadap Utusan Melayu Bhd dan ketua pengarangnya berhubung artikel berkaitan temu bualnya yang disiarkan oleh BBC tahun lalu.
Keputusan penghakiman itu dibacakan Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk VT Singham di sini pagi ini.
Utusan didapati bersalah memfitnah Anwar kerana menuduh beliau menyokong pergerakan lesbian, gay, biseksual dan transeksual (LGBT).
Singham memutuskan artikel itu bersifat fitnah dan bertujuan menjatuhkan reputasi Anwar sebagai pemimpin politik.
Beliau berkata, keputusan itu dibuat kerana mengambil kira fakta dan bukti yang dibentangkan sepanjang perbicaraan, menunjukkan Utusan dipunyai oleh Umno.
“Artikel tersebut adalah terpesong, tidak tepat dan di luar maksud yang diperkatakan,” kata Singham dalam penghakimannya.
Keputusan itu merujuk artikel bertajuk ‘Tolak Anwar-Hassan’ yang disiarkan muka depan akhbar kawalan Umno itu pada 17 Januari 2012.
Anwar memfailkan fitnah terhadap Utusan dan Ketua Pengarangnya, Datuk Abdul Aziz Ishak 20 Januari tahun lalu, yang didakwanya telah mencetak dan menerbitkan berita berhubung komen beliau bersama BBC mengenai undang-undang berkaitan dengan homoseksual.

DI INDONESIA :
Kamis, 10/01/2013 22:38 WIB

Anwar Ibrahim dan Cita-cita Menjadikan Najib Razak Oposisi




Jakarta - Tokoh oposisi Malaysia Anwar Ibrahim berbicara keras soal masa depan politik Malaysia. Dia pun merancang cita-cita untuk masa depan pemerintahan di negeri jiran itu. Anwar ingin menjadikan Najib Tun Razak, PM Malaysia sebagai oposisi. Anwar ingin merebut kemenangan di pemilu Malaysia.

"Kita akan lantik Najib menjadi oposisi baru," kata Anwar dalam diskusi Forum Pemred yang digelar di Hotel Crowne, Semanggi, Jakarta, Kamis (10/1/2013) malam.

Anwar optimistis bisa melakukan itu apabila pemilu di Malaysia digelar dengan jujur dan adil. "Untuk di kawasan barat (Malaysia) suara sudah mulai naik," imbuhnya.

Dalam diskusi yang dibuka Pimred Tempo Wahyu Muryadi dan dimoderatori Pimred Republika Nasihin itu berlangsung ramai. Hadir juga Pimred Cek & Ricek Ilham Bintang, Pimred Media Indonesia Usman Kansong, serta sejumlah pimpinan media.

Anwar secara panjang lebar juga bercerita mengenai kebebasan pers, termasuk di Malaysia. Bagi Anwar, demokrasi tidak berfungsi dan bermakna tanpa adanya kebebasan pers.

"Media yang bebas harus bisa menyelami aspirasi golongan yang tertindas," tuturnya.