Jumaat, Februari 22, 2013

Amaran Cuaca : Ribut Tropika Shanshan Terbentuk Di Laut China Selatan


Dikeluarkan pada pukul 05:06PM, 22 Februari 2013
 
AMARAN KATEGORI KETIGA
AMARAN ANGIN KENCANG DAN LAUT BERGELORA
RibutTropika SHANSHAN dikesan pada Latitud 5.5 U dan Longitud 109.4 T, pada jam 2:00 petang, 22 Februari 2013, kira-kira 424 km ke Barat Laut Mukah, Sarawak dan berada dalam keadaan hampir pegun.
SEKSYEN A:
AMARAN UNTUK ORANG AWAM
Angin kencang Timur Laut dengan kelajuan 40-50 kmsj dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter yang berlaku di kawasan perairan Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor Timur, Sarawak, WP Labuan & Sabah (Pedalaman, Pantai Barat, Kudat & Sandakan) dijangka berterusan sehingga Selasa, 26 Februari 2013.
Selain daripada itu, kawasan pantai di Kelantan, Terengganu, Pahang & Johor Timur terdedah kepada kejadian kenaikan paras air laut. Keadaan ini dijangka berterusan sehingga Selasa, 26 Februari 2013.
Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini adalah berbahaya kepada bot-bot kecil.
Imej satelit jam 7 malam 22.2.2013

Imej satelit jam 7 malam 22.2.2013