Monday, September 16, 2013

Chin Peng Meninggal Dunia Akibat Sakit Tua Di Bangkok

Hasrat untuk melihat Chin Peng dipertanggungjawabkan atas keganasan Partai Komunis Malaya yang menyaksikan hampir 10,000 orang maut dibunuh Bintang Tiga pada zaman darurat kini terkubur setelah dia, mati kerana sakit tua.

Kematiannya seperti kebetulan apabila ia jatuh pada 16 September yang telah diisytiharkan sebagai cuti persekutuan sejak 2009 sempena memperingati tertubuhnya Malaysia.

Jangan-jangan kematiannya disengajakan oleh para agen pada tarikh ini, sambutan 50 tahun Malaysia tertubuh, supaya mendiang boleh dijadikan bahan politik kenegaraan. Keturunannya di tanah air kini sudah tentu mahu 'bangkai' mendiang dibawa pulang ke Sitiawan.

Ini sangat terbaca.

Jangan sampai cuti Hari Malaysia diraikan di masa depan sebagai 'Hari Hol Chin Peng' oleh penganut komunisme di negara ini.

Chin Peng meninggal dunia pada usia 90

BANGKOK 16 Sept. - Bekas pemimpin Parti Komunis Malaya, Chin Peng yang hidup dalam buangan di Thailand disahkan meninggal dunia di sini, awal pagi hari ini.

Laporan Bangkok Post menyebut, Chin Peng, 90, meninggal dunia akibat sakit tua pada pukul 6.20 pagi di sebuah hospital di Bangkok. - AGENSI