Ada yang telah persoalkan mengapa saya mendahului bangsa dalam memperjuangkan penyatuan. Mengapa tidak atas nama Islam. Jawapan paling objektif cukup mudah. Bagaimanakah laungan penyatuan sesama saudara Muslim boleh terlaksana tanpa bangsa itu sendiri bersatu. Apakah kita mendambakan penyatuan olok-olok yang penuh prejudis dan lakonan drama? Pemungut 'political milage' memang menggemari drama politik. Rakyat marhaen menolak politik dusta, penuh olok-olok, penuh retorik dan hipokrit laksana ditaja oleh raja pemfitnah akhir zaman.
Mengapakah kaum Muhajirin dan Ansar perlu disatukan terlebih dahulu sebelum kita dapat melihat Islam berkembang subur semasa dipimpin baginda Rasulullah S.A.W.? Ini kerana elemen kebangsaan, berpuak-puak dalam bangsa itu sendiri adalah elemen yang perlu diberi penekanan terlebih dahulu. Dengan terbinanya satu permuafakatan yang kukuh, maka tidak dapat tidak golongan minoriti bukan Islam akan mendapat manfaat hasil dari perubahan-perubahan dasar yang selama ini terbina atas kepentingan dalam hidup berpuak-puak.
Amat pelik, mengapa orang Islam sendiri menolak penyatuan. Ahli Parti Islam akar umbi yang bebal pantas membuat laporan polis apabila ahli UMNO menyeru untuk bersatu. Kerana mereka terlalu gemar menghina lalu kehinaan itu kini jatuh atas kuduk mereka sendiri.
UMNO juga tidak dapat tidak, harus mengaku kesilapan mereka kerana menyeru penyatuan ini ketika mereka hilang undi dari bukan Melayu yang kini menuntut persamaan dan menolak perkauman dalam parti. Menolak? Jangan bikin lawak la. Dengan memilih DAP anda menyebut yang anda menolak perkauman? Hari ini, mengundi DAP bermakna membenci Islam. Jadi penekanan jenis mana perlu didahulukan? Menyatukan Melayu atau menyatukan Islam terlebih dahulu? Sedang parti anti Islam pun telah membawa Parti Islam tidur seranjang dan pada masa yang sama belum berhenti menghina Islam.
Sebelum jatuh dangkal dengan lebih kronik, eloklah orang Islam di negara ini menilai buruk-baik penyatuan Islam yang tidak dapat tidak akan memberi kemenangan kepada pihak yang benar.
Jika PAS berani kerana benar, dengan penyatuan bersama UMNO, tidak mustahil parti itu dikurniakan kekuatan apabila berbondong-bondong ahli UMNO berebut-rebut untuk menyertai PAS. Tetapi PAS takutkan bayang-bayang sendiri. Ini kerana, harini mereka telah dijerat oleh perangkap yang mereka bina sendiri apabila untung nasib mereka telah diletakkan pada tangan-tangan penentang Islam.
Kepada politikus UMNO dan PAS, renungilah firman Allah :
[144] Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengambil orang-orang kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan orang-orang yang beriman. Adakah kamu hendak mengadakan alasan yang terang nyata bagi Allah untuk (menyeksa) kamu?
[145] Sesungguhnya orang-orang munafik itu ditempatkan pada tingkatan yang terkebawah sekali dari (lapisan-lapisan dalam) Neraka dan engkau tidak sekali-kali akan mendapat sesiapa pun yang boleh menolong mereka.
[146] Kecuali orang-orang yang bertaubat (dari perbuatan munafik itu) dan memperbaiki amalan mereka (yang salah) dan mereka pula berpegang teguh kepada (agama) Allah, serta mengerjakan agama mereka dengan ikhlas kerana Allah, maka mereka yang demikian itu ditempatkan bersama-sama orang-orang yang beriman (di dalam Syurga); dan Allah akan memberikan orang-orang yang beriman itu pahala yang amat besar.
Surah An-Nisa 4 :144-146
[70] Dan jauhkanlah diri dari orang-orang yang menjadikan agama mereka sebagai permainan dan hiburan dan mereka pula telah diperdayakan oleh kehidupan dunia dan peringatkanlah (mereka) dengan Al-Quran itu supaya tiap-tiap diri (di akhirat kelak) tidak terjerumus (ke dalam azab Neraka) dengan sebab apa yang dia telah usahakan (dari perbuatan yang buruk dan keji). Tidak ada baginya pelindung dan tidak juga pemberi syafaat yang lain dari Allah dan jika dia hendak menebus (dirinya) dengan segala jenis tebusan, (nescaya tebusan itu) tidak akan diterima daripadanya. Mereka itulah orang-orang yang dijerumuskan (ke dalam azab Neraka) dengan sebab apa yang telah mereka usahakan. Bagi mereka disediakan minuman dari air panas yang menggelegak dan azab seksa yang tidak terperi sakitnya, disebabkan mereka kufur ingkar (semasa hidupnya).
Surah Al-An'am 6:70

No comments:
Post a Comment