" Tanyalah ahli-ahli parlimen lain, siapakah ahli parlimen paling miskin? Jawapannya Tambun. Sebab apa? Sebab saya tak mempunyai bisnes. Rumah saya di Sungai Rokam pun macam rumah tuan-tuan dan puan-puan juga. Tetapi alhamdulillah, saya dikurniakan keluarga, isteri dan anak-anak yang baik serta perjalanan politik saya dipermudahkan. Saya akan kekal menjadi Ketua Bahagian Tambun tanpa ada pertandingan."
Begitulah secuit ucapan Datuk Ahmad Husni Hanadzlah, Ahli Parlimen Tambun merangkap Timbalan Menteri Kewangan I semasa menyampaikan bantuan kepada mangsa ribut dan banjir kawasan Batu 5, Batu 6 dan Tanjong Rambutan di Dewan Sementara Taman Perpaduan pada hari Sabtu lalu.
Persoalannya, apakah setenang itu cangkir politik UMNO Bahagian Tambun? Apa pula khabar angin tentang amalan keterbukaan untuk bertanding yang dikatakan mati dalam UMNO Tambun yang banyak didengari? Mengapakah Ustaz Nasrun Adil, Exco Pemuda Bahagian meletak jawatan kerana cadangan beliau untuk menyenaraikan jawatankuasa yang dilihat sebagai reformasi UMNO Bahagian, ditolak.
Bagaimana pula kisah kawan saya, bekas Naib Ketua Pemuda Cawangan yang petah berucap, telah dimanipulasi hanya kerana bekerja di Kuala Lumpur. Katanya " Teman tak hingin pun jawatan parti UMNO tu. Tapi, gentleman la brader. Teman menang selama ni pun tak bertanding. Ketua Pemuda teman tu Exco Pemuda Bahagian. Teman pernah disokong puak lain supaya menentang dia. Teman taknak. Teman suka perpaduan parti. Tapi miker tengok le kerojer demer. Demer bunuh teman diam-diam. Teman consider, demer bacul je."
Harini, satu list AJK Pemuda Cawangan telah disokong sebulat suara oleh entah mana budak-budak yang dipanggil mengisi kedatangan Mesyarat Pemuda Cawangan di cawangan tersebut tempoh hari.
Sebenarnya, itu hanyalah sedikit kisah yang berlaku di sebuah Parlimen yang di menangi oleh calon UMNO sendiri. Bagaimana pula kisah UMNO Bahagian di kawasan yang dimenangi pembangkang bukan Melayu? Ipoh Timur misalnya kedengaran berbagai kisah busuk yang sedang membarah.
Inikah UMNO yang diperjuangkan oleh atuk dan nenek saya pada tahun 1946 dulu? Tidak! Ini adalah parti yang telah tersungkur tetapi masih terus berangan. Masih terus lupa. Masih terus alpa. Sekurang-kurangnya untuk Bahagian Tambun dan sekitar Ipoh.
Tidak sanggup mengundi PKR kerana bersifat dajali, enggan mengundi PAS kerana onar di negeri Perak yang dikepalai pemimpinnya yang liberal tak bertempat, dan membenci DAP kerana opera cina yang tak sudah, Melayu benar-benar memerlukan pembela yang baru.
Politik bentuk baru, jenis baru, jenama baru dan halatuju baru.

No comments:
Post a Comment