Kemenangan Obama menjadi inspirasi kepada bukan Melayu di Malaysia untuk menjawat jawatan Perdana Menteri. Kata mereka, batas warna kulit kini sudah tidak ada. Batas perkauman bukanlah sesuatu yang perlu menjadi penghalang kepada pemilihan Perdana Menteri di negara ini.
Tetapi mereka butakan mata kepada kenyataan bahawa pemilihan Obama berlaku setelah Obama berusaha keras menolak pendapat bahawa dia mempunyai kaitan dengan Islam. Obama semahu-mahunya menyebut bahawa dia dilahir dan dibesarkan sebagai seorang Kristian.
Pun begitu, di forum-forum internet berpangkalan di Amerika Syarikat, beribu-ribu pembenci Obama tetap mengaitkannya dengan Islam. Dia tetap dianggap sebagai seorang yang perlu ditakuti hanya kerana bapanya seorang Muslim Kenya.
Mengapakah bukan Melayu yang kemaruk jawatan Perdana Menteri Malaysia ini membutakan mata pada fakta bahawa, sebagaimanapun keterbukaan yang dicanangkan, kecenderungan untuk memihak kepada kumpulan majoriti tetap berlaku.
Jangan mengambil contoh kemenangan Obama sebagai penghapus batas perkauman sekiranya di Amerika Syarikat, batas keagamaan tetap menjadi penghalang pemilihan pemimpin.
Di dalam UMNO, terdapat jika tidak beratus, mungkin berpuluh-puluh Cina Muslim yang menjadi ahli yang kompeten dan aktif berpolitik dan dengan bangga, telah terasimilasi sebagai umat Melayu kerana definisi Melayu mengikut perlembagaan ialah seorang yang beragama Islam dan menggunakan bahasa Melayu dalam kehidupan harian. Tetapi itu tidak membuatkan mereka hilang kecinaan. Mereka masih bebas menguasai dan bertutur bahasa ibunda masing-masing.
Malaysia boleh memiliki Perdana Menteri berbangsa Cina dan UMNO tidak ketandusan para politik berketurunan Cina yang beragama Islam yang mampu memanjat tangga piramida politik di negara ini untuk menjadi Perdana Menteri.
Para pemimpin MCA, DAP, Gerakan dan PKR yang berbangsa Cina dan yang bukan beragama Islam seharusnya berhenti bermimpi dan mengambil iktibar dari pilihanraya Presiden Amerika Syarikat yang penuh onak dan duri akibat isu agama.
Keengganan mereka untuk berasimilasi satu ketika dululah yang meletakkan mereka sebagai pihak yang hari ini, belum layak untuk menjadi pengemudi bahtera politik negara ini. Soal agama tidak payahlah hendak diceritakan kerana jelas, rata-rata mereka dipengaruhi Islamofobia hingga takutkan istilah 'negara Islam' untuk dipakai di negara ini.
Jika dahulu konsep satu bangsa satu negara satu bahasa diamalkan mungkin telah lama bangsa yang asalnya 'bukan Melayu' ini menjawat jawatan Perdana Menteri. Tetapi harus diingat, kekangan akibat perbezaan agama tetap ada seperti mana berlaku di Amerika Syarikat.
Siapa yang sedar bahawa Thaksin Sinawatra atau nama Cinanya Khoo Tat Seng adalah sebenarnya berketurunan Cina Hakka dari Meizhou, Guangdong yang moyangnya tiba di Siam pada tahun 1860an. Beliau telah berjaya terasimilasi ke dalam bangsa Siam. Namun, setelah menjawat jawatan Perdana Menteri Thailand, apakah kebaikan yang dibawa olehnya ke atas bangsa Siam berjaya mengatasi keburukannya yang tertonjol bukan sahaja di mata pemerintah beraja Ayuttaya, malah di mata dunia?
Atau pada waktu bilakah negara Indonesia yang diwarwarkan oleh Anwar Ibrahim sebagai negara yang telah datang demokrasi tulen kepadanya, untuk memiliki seorang Presiden yang bukan sahaja dikalangan orang Cina yang telah terasimilasi, malah dikalangan bukan Jawa?
Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong membuat kenyataan bahawa Singapura mungkin boleh dipimpin oleh Perdana Menteri dari kaum Melayu-Islam. Tetapi pada masa yang sama, beliau menyatakan bahawa sentimen majoriti menguasai segalanya dan kemungkinan untuk melihat perkara tersebut berlaku bukanlah dalam masa terdekat. Gula-gula retorik ini enak dipandang tetapi tak mungkin dapat dipegang.
Di Amerika Syarikat, Obama mendapat 52% undi dari keseluruhan pengundi. Sekiranya keseluruhan penduduk Afrika Amerika, Hispanik dan Asia memberikan undi kepadanya, jelas bahawa 74% dari pengundi Caucasian enggan mengundi Obama.
Sepatutnya mereka yang membawa idea masanya telah tiba untuk jawatan Perdana Menteri disandang oleh kaum bukan Melayu, haruslah membuat kenyataan berdasarkan kajian menyeluruh bagi mengelakkan pendapat mereka dilabel sebagai idea bertaraf 'sampah yang membahayakan kesihatan' semata-mata.

No comments:
Post a Comment