Tuesday, April 15, 2008

Sikap Biadab Menjadi-Jadi

Fenomena jatuh akhlak biasa terjadi pada sesiapa sahaja yang terlalu memperjuangkan agenda politik parti yang disokong oleh mereka. Sesetengah ahli parti politik mana-manapun memang tebal sikap biadap mereka dalam meluahkan kata-kata mereka terutamanya melalui medium internet.

Medium internet sememangnya merupakan platform untuk menegakkan kebenaran selain dari melemparkan fitnah, mencarut sewenang-wenangnya dan berbicara dalam penuh kebaculan di sebalik nama-nama samaran.

Tidak perlu dikaji seburuk mana minda rayat negara ini melainkan hanya dengan melihat cara mereka berbincang dan bercakaran. Tidak kiralah pada yang membangkang atau yang memerintah, keadaan ini tidak memilih golongan. Sikap kurang ajar sesetengah mereka ini seolah-olah tidak boleh diperbaiki lagi.

Perlu diingat bahawa tidak ada yang lebih diutamakan dalam blog ini melainkan segala-gala yang dianggap benar dan penting bagi masyarakat Melayu Islam. Tidak kira pembangkang mahupun pemerintah, teguran membina dan gambaran yang jelas lagi menjelaskan harus sampai ke minda masyarakat bagi memupuk sikap untuk berfikir secara rasional dan tidak terlalu takjub dan taksub pada sesebuah perjuangan atas kepentingan individu semata-mata.

Penerbit

No comments: