Thursday, January 08, 2009

Isu Nama Allah & Penyelewengan PAS

Para pemikir PAS yang menghalalkan penggunaan 'Allah' oleh penganut Kristian mungkin tidak terfikir bahawa dengan menggunakan nama Allah, mereka akan membentuk sebuah kepincangan yang serius. Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad dalam blognya menulis :

The first misunderstanding is in the false equivalency that "Malay is Islam" and "Islam is Malay", which makes Malay the language of Muslims. Newsletters in Malay for religions other than Islam is a form of a culture shock for many Muslim Malaysians, who, of course, forget that if any language has a right to claim such a position, it would be Arabic. Yet we find Christian Arabs comfortably delivering sermons in church in Arabic throughout the Arab world. They even use the word "Allah" with no objections from the Muslims there because, as every Arab knows, the word "Allah" means "God".

Di sini ingin saya bertanya: Adakah orang Kristian dan Yahudi di tanah Arab semasa pemerintahan Rasulullah, bebas memakan khinzir dan meminum arak seperti di negara ini? Nanti! Bukan sahaja sebagai konsumer, malahan sebagai pejuang kilang arak dan ternakan babi! Ini berbeza dengan Arab Kristian dan Yahudi yang hanya mempunyai perselisihan tentang rasul akhir zaman dan berkongsi kesemua undang-undang syariah Injil (Old Testament) mahupun Al Quran yang hampir sama. Adakah penganut Kristian di negara ini bersetuju dengan undang-undang syariah? Hatta dari Old Testament itu sendiri? Sudah tentulah mereka Arab Kristian dan Yahudi berasal dari ahli kitab yang boleh dinikahi oleh orang Islam tanpa mereka perlu menukar agama. Adakah ini situasi orang Kristian di Malaysia?

Pastinya, dikemudian hari, akan ada tuntutan mengelirukan mereka yang kurang arif dengan mengatakan bahawa tidak perlu seseorang Kristian untuk memeluk Islam seandainya berlaku perkawinan antara keduanya. Maka akan berleluasalah pernikahan Islam Kristian dengan masing-masing mengekalkan agama masing-masing di negara ini. Inikah yang PAS mahukan? Sudah tentu penggunaannya nanti akan mewujudkan situasi di mana akan ada majlis yang melibatkan hidangan haram dan minumam haram dan dikelilingi perempuan-perempuan muda untuk dizinai, bersahut-sahutan mereka saling menyebut " MAY ALLAH BLESS US!! " ???

Pada masa itu, PAS sudah pasti menyalahkan 'pihak lain' dengan alasan bahawa ketungganglanggangan tersebut adalah hasil pemerintahan kerajaan Pusat padahal merekalah yang memberi izin kepada kekacauan akidah yang terjadi.

Sementara itu, web Dewan Ulamak PAS Pusat dalam artikel bertajuk "Tidak Salah Penganut Kristian Guna Kalimah ALLAH" menyebut dengan penuh hati-hati tentang perkara ini :

" Mengulas lanjut, Dato’ Mohamed berkata, ayat-ayat al-Quran turut menyatakan bahawa orang bukan Islam juga memperakui keesaan dan penciptaan dunia oleh Allah SWT termasuk menyebut kalimah Allah.Dalam pada itu, beliau menegaskan jika akhbar Herald mempunyai agenda tertentu seperti mengelirukan orang ramai bahawa Allah juga meredai agama mereka, maka itu adalah dilarang."

...walhal mereka sendiri tahu, hukum fitnah akhir zaman tidak dapat membendung agenda pemurtadan belia Islam. Pun begitu, mereka masih membenarkannya.

PAS menghalalkan sebuah cara yang tidak kena dengan tempat, keadaan dan zaman demi matlamatnya. Ia ibarat seorang yang enggan berpuasa kerana bermusafir dengan menaiki pesawat selama 1 jam yang membawanya merentas jarak 500km.

Pendakwah Kristian di rantau ini berjaya memberi gambaran kepada PAS bahawa kelemahan mereka memiliki nama Tuhan membuatkan nama Allah dipohon untuk digunakan sebagai nama tuhan mereka demi sebuah kelulusan yang sebenarnya didalangi muslihat.

Muslihat terbesar yang telah terlaksana ialah dengan membuatkan PAS memperakui bahawa Allah mempunyai anak. Ini berlaku secara teknikal apabila PAS sendiri membenarkan Allah itu sebagai Tuhan agama triniti tersebut! Jika PAS kemudiannya akan menyebut pula bahawa "itu Tuhan mereka, bukannya Tuhan kita", bukankah ianya perbuatan menduakan Allah? Kemudian berkata pula mereka, Tuhan kita adalah Tuhan sebenar tetapi Tuhan mereka adalah khayalan, mengapa perlu diperakui penggunaan nama Allah sebagai tuhan dalam agama tersebut? Dan mengapa menggadaikan agama sendiri untuk diperolok-olokkan? Kristian hari ini bukan lagi Kristian di zaman Rasulullah!

Maksud ayat Surah Maryam (Ayat 88 - 92):

88. Dan mereka berkata: "Tuhan Yang Maha Pemurah mengambil (mempunyai) anak." 89. Sesungguhnya kamu telah mendatangkan sesuatu perkara yang sangat mungkar, 90. hampir-hampir langit pecah karena ucapan itu, dan bumi belah, dan gunung-gunung runtuh, 91. kerana mereka menda'wakan Allah Yang Maha Pemurah mempunyai anak. 92. Dan tidak layak bagi Tuhan Yang Maha Pemurah mengambil (mempunyai) anak.

Perlu diingat, golongan yang diingatkan Allah tentang kemuslihatannya ialah golongan yang menyatakan Allah itu mempunyai anak.

Perbuatan PAS merestui penggunaan Allah sebagai nama tuhan Kristian yang didakwa penganutnya sebagai mempunyai anak, dan para penganutnya pula bebas berzina, minum arak dan memakan daging babi tanpa ada batasan yang menghalang adalah kesilapan besar parti itu ke atas akidah umat Islam hatta umat manusia di negara ini, di masa depan.

Adakah PAS benar-benar tidak tahu tentang ini? Atau sesetengah mereka memang telah tahu dan itulah yang mereka mahu!

21 comments:

Anonymous said...

Sungguh bersimpati dengan perjuangan asas allahyarham Ust Fadzil Noor yg mahu martabatkan Islam, kini dah dirobek oleh Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi ERDOGAN..!!!

Anonymous said...

Tak tahu tapi berlagak pandai. Jelas tak pernah menghayati sirah Rasulullah SAW. Tak kenal Rasulullah tapi berani memperkatakan soal penyelewengan. Tak kenal Rasulullah maka tak kenal Allah.
Peringkat awal dakwah Rasulullah bukan sahaja orang kafir kristian dan yahudi, malah orang Islam sendiri masih ada yang meminum arak. Usahkan jug, siap simpan berbarrel di rumah. Hanya apabila Allah turunkan ayat mengharamkan arak, barulah orang2 Islam ketika itu berhenti minum arak tanpa apa2 bantahan. Tak pernahke terbaca kisah sahabat tersalah baca ayat surat kerana meminum arak sebelum solat pada era arak belum diharamkan. Bertanyalah sebelum bercerita. Nampak sangat jahilnya. Bila berbicara tentang ahli kitab pula, ianya merujuk kepada mereka yang patuh kepada Injil, Taurat dan Zabur. Ini apa pula nak ceritakan old testament? Injil yang sebenarnya sudah lama lenyap. Bible bukanlah Injil. Bible adalah penyelewengan. Kalau bible itu sendiri adalah penyelewengan dari Injil yang sebenarnya, apatah lagi old testament. Rosak aqidah sekiranya dikatakan Old testament hampir sama dengan Al Quran.
Kita kononnya pertahankan nama 'Allah' tetapi sebenarnya kita tidak kenal Allah kerana kita tidak tahu ilmu agama. Bertaubatlah... Pergile ke mana2 pejabat mufti dan tanyale..

IPOH MALAY said...

eh sedara..

sedara tu tahu sangat ke? kalau tahu kaborkan ler.. tak payah suruh ke pejabat mufti... old testament bukan nak dirujuk sama dengan al-quran.. cuma penganut kristian menyebut.. undang-undang syariah sama macam dalam old testament.. yang dorang pakai sekarang semua new testament... old testament bukan nama kitab... old testament adalah Injil yang belum dirombak...(walaupun telah dirombak juga sana sini)... dan orang kristian menganggap hukum potong tangan.. rejam... zakat.. semuanya hukum old testament... tak relevan pakai lagi....faham? sedara ni fanatik tak bertempat ler...

ini soal arak belum haramkan ke? kan ker Allah dah haramkan arak tu.. penganut agama Allah skang haram minum arak... so try la sedara haramkan kristian-kristian kat malaysia ni minum arak... mampu ke?? kena tempik pasal hudud pun menikus.... kena jerat dengan komen sendiri ke?

saudara suka la orang kristian cakap " akhirnya, orang Melayu Islam mengakui tuhan yang mempunyai anak itu ialah Allah "..

eh.. bukak sikit pikiran.. pandang jauh... zaman dah berubah dunia dah maju... pegangan biar satu... zaman Rasulullah buat Piagam Madinah... mana ada kristian macam hari ni... pegi party bogel.. minum arak bersepak.. makan babi tak ingat dunia... bepikir jangan setakat limit itu je..

buat malu kat diri sendiri je..

Anonymous said...

perkataan allah dari maksud bahasa arab sendiri merujuk kepada tuhan. Tiada salahnya jika digunakan Allah dalam agama kristian. Sedangkan di negara2 arab sendiri seperti di Mesir, Jordan, Syria sendiri pengangut agama kristian juga menggunakan perkaataan Allah untuk merujuk kepada tuhan yang di sembah. Allah adalah membawa literasi maksud Tuhan atau God.

Ipoh Malay: berhati-hati menulis sesuatu yang bukan bidang kamu dan kamu bukan ahli (ilmuan) nya.

bungaraya said...

Komentar dari TANPA NAMA,
Anda sebenarnya bacul dan pengecut.
Sebab..kenpa menggunakan panggilan samaran TANPA NAMA? Bukankah ini tidak bertanggungjawab namanya?
Saya teringat cerita kawan saya. Semasa beliau melancung di Jakarta.
Beliau melanggan seorang pelacur melayu disana. Ialah pelacur. Tahu pelacur? Selepas melakukan zina. Letih diatas ranjang, tiba-tiba kedengaran bunyi azan. Dan pelacur lantas bangun dan mengambil wudhuk. Lalu mengerjakan Isyak. Kawan saya hairan lalu bertanya. Biasakah perkara seperti ini berlaku diIndonesia? Lalu sipelacur menjawab....MAS, sembahyang itu lain. Tugas kita kepada agama. Yang tadi itu tugas kita kepada perut dan kehidupan diatas muka bumi ini. Lalu kawan saya terkejut beruk mendengar jawapan tersebut.

bungaraya said...

Laskar melayu,
Saya kurang yakin hukum hudud yang akan DSAI laksanakan di Malaysia jika Pakatan Rakyat memerintah hanya dilaksanakan dikalangan orang islam sahaja. Mana keadilannya? Jika orang islam saja yang di SULA sedangkan orang bukan islam terlepas?

changkatlobak said...

Ipoh malay, saya menyokong awak.

di sini, tanah melayu, Allah merujuk kepada Allah, tuhan kepada orang islam. Allah tidak merujuk kepada atau bermaksud tuhan. mana ada orang bertanya siapa Allah kamu! orang bertanya siapa tuhan kamu, Allah tuhanku.

pedulikanlah orang arab menyebut mana mana tuhan sebagai Allah, pedulikan orang bani itu merujuk Allah buddha sebagai tuhan, pedulikan bani ini merujuk Allah Krishna Allah kepada agama hindu. ini tanah melayu, kita ada budaya kita, kita ada bahasa kita, tuhan bermaksud yang disembah oleh penganut agama Islam. Allah pada kita merupakan tuhan kepada orang Islam, jangan dicampur adukkan , nanti keliru kita. Lagipun yang meminta nama Allah diganti dengan tuhan adalah orang kafir nasoro, bukan orang Islam. jangan terperangkap dengan mainan mereka, kelak kita semakin keliru. yang kamu sokong kenapa PAS, sebab undi kah. tak takut kesan buruk pada masa akan datangkah! kesan buruk kepada saudara Islam kita di sabah sarawak kah!

tuhan dalam bahasa inggeris adalah god, dalam bahasa arab rob.

bagi mangkuk hayun yang tidak faham dan hendak mengarabkan orang melayu; perhatikan ayat dibawah:-

Allah, ROBbuka ROBbuki wa ROBbula'lamin
(Allah, tuhanku tuhanmu dan tuhan seluruh alam)

bukan

Allah, Allahbuka Allahbuki wa Allahurabula'lamin.

maROBbuka (soalan bocor dalam kubur)?

bukan maALLAHbuka?

hey khalid samad, faham kah kamu!

hendak berjuang Islam, tapi sebenarnya kamu yang menghancurkan Islam di nusantara ini.

ikutlah contoh yang ditinggalkan oleh Sunan Kalijaga, tidaklah kamu tersesat. bacalah buku Wali Songo.

nanti pening anak kita bila baca ayat berikut:-

Allah agama hindu adalah Krishna.

Masyarakat hindu menyambut hari kelahiran Allah vishnu.

Dalam agama hindu, ada 5000 Allah.

pening kita yob.

BUKANKAH YAHUDI DAN NASORO ITU HENDAK MENYESATKAN DAN MENGELIRUKAN KITA!

Anonymous said...

kristian hari ini adalah corrupted version dari kristian peninggalan nabi isa a.s dan kristian arab zaman rasulullah s.a.w..

sama dengan sikhsm yang merupakan corrupted version kepada agama Islam.. yang di campurkan budaya hindu dan olahan guru nanak..

adakah sikh memohon menggunakan Allah sebagai nama tuhan?

adakah kamu akan membenarkan penganut sikh menggunakan Allah sebagai nama tuhan?

sebenarnya... umat Islam versi PAS kurang berhati-hati...

berhati-hati terhadap siapa yang perlu diperhatikan...

Anonymous said...

Kepada BUNGA RAYA...
dalam hukum hudud dan kisas tiada hukaman secara sula, saudara mungkjin terpengaruh dengabn cerita P Ramlee semerah padi. Oleh itu, harap saudara maklum dan selidiki dan dalami dahulu mengenai hukum hudud. Dan juga, hukum hudud juga menjaga kepentingan bagi orang yang bukan islam. rujuk sejarah hudud pada zaman Nabi.

Saudara Putera... kalau agama kita agama yang benar, kenapa nak takut dan pening.??? masih sangsi terhadap kebenaran kah? "Bagi mereka agama mereka, bagi ku agama ku".

changkatlobak said...

laskar melayu kamu fahamkah apa yang cuba saya sampaikan.

baik awak baca buku wali songo, contohi Sunan Kalijaga.

sebab agama kita benarlah kita takut penganut kita yang kurang faham akan terkeliru dengan penggunaan Allah, kerana mainan nasoro. Terutama di sabah sarawak. Yahudi dan nasoro tidak akan henti henti berusaha sehingga kita mengikut mereka!

ilmu kalau ada hendaklah diguna pada tempat yang betul, pada subjek yang dibincangkan.

lakum dinukum waliyadeen. main petik ayat quran. stereotype orang PAS dan Anwar Ibrahim, memetik ayat quran dalam berhujah sedangkan maksud dan penggunaan ayat quran tersebut tidak tepat dengan subjek.

pity on u. menipu orang berilmu tak menjadi.

Anonymous said...

setiap yang dilakukan oleh yahudi dan nasrani itu mempunyai tipu muslihat.

setiap yang dilakukan oleh mereka tidak satupun memberi kebaikan kepada islam

kenapa tak mau paham2 lagi

kenapa nak pakai nama ALLAH? kenapa tak ALLAH s.w.t?

mereka akan menyesatkan umat islam sehingga ke hari kiamat

Anonymous said...

kalau mereka minta mahu menggunakan nama ALLAH, kenapa tak minta mereka untuk masuk islam

deal vs deal

Anonymous said...

arab kristian panggil nama tuhan mereka pun "allah" gak... dah bahasa dia camtu... xde pulak gaduh2 pasal nama..
Nih kristian malaysia nk guna nama "allah" jer... gempak nak perang satu malaysia... mana 1malaysia yg diwar2kan oleh cik PM kita...
sebelum nak kritik n masuk mahkamah lagi... baik g dalamkan ilmu agama dulu....ni tak, sibuk kait2 ngan 'pas senyap' bila isu nih timbul...
dah xsalah.. nak bising wak apa...
baik bising kenapa hukum hudud xjalan2 lg....

Anonymous said...

Anda sebenarnya bacul dan pengecut.
-bunga raya

wahhh...
bunga raya nih sedapnya engkau mengherdik orang.... baik muhasabah diri...
jangan asyik mengata org menggunakan panggilan yg kurang disenangi....isk isk

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
...ini tanah melayu, kita ada budaya kita, kita ada bahasa kita, tuhan bermaksud yang disembah oleh penganut agama Islam. Allah pada kita merupakan tuhan kepada orang Islam, jangan dicampur adukkan , nanti keliru kita......
-putera

Engkau yg keliru putera....
jgn mengelirukan diri sendiri...
ALkafirun
Katakanlah: "Hai orang-orang kafir,
Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah,
Dan kamu bukan penyembah Tuhan yang aku sembah.
Dan aku tidak pernah menjadi penyembah apa yang kamu sembah,
dan kamu tidak pernah (pula) menjadi penyembah Tuhan yang aku sembah.
Untukmu agamamu, dan untukkulah agamaku


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
.....nanti pening anak kita bila baca ayat berikut:-
Allah agama hindu adalah Krishna.....
-putera

baik engkau hantar anak engkau ke sekolah (Agama) arab..... moga2 besar nanti faham bahasa arab n tinggi ilmu agamanya... insyaalah...
lgpun bahasa arab bahasa syurga... alam barzah nntipun disoal dlm bahasa arab.....
belajar bhs arab pun dpt pahala....

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
...Mana keadilannya? Jika orang islam saja yang di SULA sedangkan orang bukan islam terlepas?....
-bunga raya

bunga raya, hudud mana ada sula2... potong tangan ada la....
potong tgn peragut tu... confirm kurang atau xde terus kes2 mati diragut tu... sbb takut hudud...

Anonymous said...

ASSALAMUALAIKUM, KEPADA PUTERA,

SAYA COPY APA YG ANDA TULIS,

Allah, Allahbuka Allahbuki wa Allahurabula'lamin.

maROBbuka (soalan bocor dalam kubur)?

bukan maALLAHbuka?

hey khalid samad, faham kah kamu!

hendak berjuang Islam, tapi sebenarnya kamu yang menghancurkan Islam di nusantara ini.

ikutlah contoh yang ditinggalkan oleh Sunan Kalijaga, tidaklah kamu tersesat. bacalah buku Wali Songo.

nanti pening anak kita bila baca ayat berikut:-

Allah agama hindu adalah Krishna.

Masyarakat hindu menyambut hari kelahiran Allah vishnu.

Dalam agama hindu, ada 5000 Allah.

((pening kita yob)).

BUKANKAH YAHUDI DAN NASORO ITU HENDAK MENYESATKAN DAN MENGELIRUKAN KITA!

PENJELASAN SAYA...

Mengapa anda kata pening? Adakah sebab agama lain meggunakan nama Allah? Jawapan saya, buat apa nak pening, dan tanya balik diri saya tuhan yang mana SAYA SEMBAH, Sudah tentu jawapan saya ALLAH, sebagaimana firman Allah tuhan yg saya imani... Buka surah AL-IKHLAS dan teiliti maknanya... So saya x perlu pening, sebab tuhan (Allah) yang saya sembah (Allah) Yang Maha Esa, yang tidak beranak dan tidak diperanakan, dan tidak ada sesuatu yang setara dengannya... Dan saya x setuju dengan contoh yang anda berikan, di bawah....>>>

Allah agama hindu adalah Krishna.

Masyarakat hindu menyambut hari kelahiran Allah vishnu.

Dalam agama hindu, ada 5000 Allah.

((pening kita yob)).>>>>>

Seperti yang saya nyatakan, x perlu pening... Sebagai orang ISLAM, BENDA YANG PERLU KITA TAHU IALAH MENGENAL TUHAN (ALLAH), kalau sebut (mengenal tuhan) kita tak akan pening, dan walaupun agama lain menggunakan nama Allah, TAPI KITA KENAL ALLAH YANG KITA SEMBAH, x jadi masalah, biarlah 5000 hatta 1000000 MACAM JENIS PUN kita hanya percaya pada ALLAH YANG SATU, x perlu nak sibuk2 mengenai agama lain....

Anonymous said...

It's not because The Arabs use the word 'Allah'
It's not because Malaysia is owned only by the Malays
It's not because of the fear that 'Allah' would bring confusion
It's not because the history other countries reveal the oppression of Islam o Christian or Christian to Islam
It's not because of the many definitions of Allah

It's all because of LOVE
Whatever that we have argued, we know the the right and wrong
Whatever that we have thought of, we know we have other family members who differ from us
Whatever that we have done, we know by history that we will never win over false issues

So Love urself and ur neighbor
That's the centre of our argument
Peace be with u all....

Anonymous said...

Isu Allah ini isu kebangsaan dan bukan isu lama atau baru guna nama Allah. Ini soal elak kekeliruan. Peraturan ini yang menjadi maksud bernegara, dan bukannya tanpa peraturan dan ikut sedap sahaja. Perkemas dan perhalusilah dengan hujah yang benar dan bukan semberono ikut sedap rasa - dengan mencontohi negara lain dan kristian Sabah yang telah lama guna nama Allah. Lihatlah juga perlembagaan negara dan sesuaikannya.

Anonymous said...

janganlah memaki mereka yang tak sependapat...

Allah beritahu kita untuk memaki mereka yang x sependapat dengan kita ke?

Kalau orang xfaham atau salah faham perbetulkan lah, dgn hemah...

Kalau org bukan islam kata,

"ALLAH TELAH MENCIPTA BUMI"

adakah kita akan menfikannya?

kalau kita takut saudara islam yang cetek ilmu kita terkeliru, adalah tanggungjawab kita memperbetulkan mereka...

kalau islam kita sekadar tahu mengucap, tahu sembahyang, inilah masanya mendalamkan lagi keislaman kita...

kalau mereka guna nama Allah, adakah iman kita diragut? amal kita dilupus?

kalau yakin islam kita benar, inilah masanya fahami Kristian dan kesongsangannya... sampaikan kepada mereka yang ragu... berDAKWAH... kalau xkesemua orang, pada rakan dan keluarga dulu...

menuntut ilmu fardu ain... Ilmu dunia ke akhirat ke, wajib... pasal tu islam nmpk mundur, psl sekularisasi telah menyelubung...

jgn bantah perkara ni kerana ISLAM MELAYU!!! yang MUALAF MACAM MANA?

Marul said...

kerana sudah terasa seronoknya ada kuasa sedikit..beberapa kerat pimpinan PAS sanggup buat apa jer...asal non muslim sokong..kalau dulu saya ada perasaan hormat pada PAS tapi kini..selamat tinggallah..matlamat nak menubuhkan negara Islam sudah dileburkan..buatlah alasan apapun..kita kena ambil kira perasaan non muslim kononnya...sudah ramai penyembah Islam liberal dalam PAS...ramai sudah pengikut wahabiah yang guna akal dan otak dalam PAS...semua ikut logik akal termasuklah dari shah alam tu..rugilah muslim shah alam ada pimpinan sebegitu.bagi mereka ikut sunnah betul2 lambat dapat kuasa..

Anonymous said...

saya sokong kamu sepenuhnya. orang yang menyokong penggunaan Allh oleh orang bukan Islam patut bertaubat.

Anonymous said...

Maaf, saya mahu tulis "Allah". Maaf tak sengaja.