Monday, January 05, 2009

Kerajaan Perak Semakin Zalim

Pemerintah yang zalim nescaya akan diberi penghinaan di dunia apatah lagi di akhirat. Bahkan, yang menyokong mereka juga tidak mungkin akan terkecuali.

Kerajaan DAP di Perak melalui kesepakatannya dengan PAS kali ini bertindak di luar batas manusiawi dengan mengarahkan penutupan Tabika Kemas yang membabitkan 700 buah premis, kira-kira 13000 murid dan beratus-ratus guru KEMAS yang mungkin kehilangan perkerjaan.

Ya, kini sekolah-sekolah rendah telah menawarkan pendidikan pra-sekolah. Tetapi wajarkah anak bangsa yang tinggal di pendalaman yang mana selama ini memiliki Tabika Kemas, terpaksa keluar jauh untuk mencari sekolah rendah? Kerajaan Perak adalah kerajaan negeri paling kejam di negara ini!

Apakah murid-murid tabika ini diajar siapa UMNO siapa PAS siapa DAP? Apa nasib beratus-ratus pendidik anak bangsa yang tidak lagi dapat mencurahkan bakti?

Apakah kerajaan BN pernah mengarahkan PASTI yang terang-terang tegak atas nama PAS supaya ditutup?

Mengapakah anak Melayu yang 90% mengikuti pra-sekolah di Tabika Kemas dinafikan hak mereka?

Ini merupakan diskriminasi besar apabila kindergarten-kindergarten persendirian yang diragui corak pembelajaran dan halal haram makanannya seperti tajaan syarikat besar contohnya di Tiger Lane, Ipoh, mula tumbuh bersepah-sepah.

Begitu juga Tadika-tadika Methodist yang menyebarkan agama Kristian secara halus.

Jika tadika-tadika yang dikatakan berlatarbelakangkan parti politik perlu ditutup, tadika-tadika kendalian PAS juga perlu ditutup kerana pernah satu masa dahulu tersiar bahawa kanak-kanak tadika PAS di ajar supaya membenci sesetengah pemimpin Islam.

Kerajaan Perak mula mengambil pendekatan totalitarian, kuku besi dan menindas kurang setahun mereka merampas, merogol dan meliwat tampuk pemerintahan negeri. Rakyat Perak akan bangkit sedikit masa lagi.

3 comments:

Anonymous said...

Itulah PAS.......masih tak sedar diri lagi terangguk-angguk mendengar arahan Si Nyeh Laknattu, masih mahu tido sebantal dengan si Kafir laknat tu demi kuasa yang tak seberapa itu.
Anak Cucu melayu Perak akan melaknat tindakan kejam PAS, PKR dan DAP itu.
PAS bertopengkan Syaitan.

bungaraya said...

sAYA DAH KATA. pERAK mESTI MAU bERUBAH. UMNO MESTI DIBERIKAN PELUANG SEMULA MEMERINTAH NEGERI TERSEBUT. iTU BELUM SAMPAI SETAHUN. KALAU 10 TAHUN SEINCIPUN TANAH MELAYU TIDAK AKAN ADA.
tAK SAYANG SULTANKAH pas? gILA BETUL pkr DAN pas ITU. kACAU JE. kAN ELOK KALAU BERSATU HATI DALAM umno. sAMA-SAMA BERSATU HATI MEMPERELOKKAN ISLAM DALAM SATU BADAN PERJUANGAN.

zildji said...

Kalau pasal isu penutupan Kemas yang disiarkan TV3, berita tu tak betul bang. Aku ada kat situ datang sekali dengan mat taib. lebih kurang kul 8 pagi. Masa aku sampai pintu gate tak berkunci pun tapi keluar dalam berita berantai. Cikgu perempuan tu buat malu je. Dia yang tak nak amik kunci dari ketua kampung baru tu. Dari pada sembang2 yang aku dengar semua ni berpunca daripada ada pertengkaran kecil di balai polis bulan 12 ari tu bila ada orang ceroboh masuk tadika tu dan tukar mangga gate. Jadi ketua kampung hamPAS ni buat laporan polis. Cikgu perempuan ni pun satu hal jugak. seminggu sebelum tu syeikh pas ni dah suruh ambil kunci gate dari dia cikgu ni tak ambil(yang ni aku dengar sendiri dari cikgu ni masa bergaduh mulut dengan Penghulu baru tu). Lepas tu kecoh mintak orang tolong setel. Aku pun ikhlas tolong, ingat kan betul orang pas ni buat perangai rupa-rupanya orang sendiri buat hal. Geram aku. Bagi aku yang betul tetap betul, yang salah tetap salah tak kira siapa. Dari pandangan aku pasal kes yang berlaku di Kg Seri Ampang ni cikgu tu yang salah. Tempat lain aku tak tau apa2.