Monday, January 05, 2009

MB Perak Sebenar Buat Penafian

Ngeh Koo Ham menafikan bahawa kerajaan negeri ada mengarahkan agar Tabika Kemas ditutup. Mengapa Ngeh yang menjadi jurucakap kerajaan negeri? Mana Nizar? Oh, Nizar cuma boneka. Sudah banyak tindakan baling batu sembunyi tangan yang dibuat oleh Kerajaan Perak bagi memperbodoh-bodohkan orang Melayu berkat restu jeneral-jeneral berkopiah yang memenangi 6 dari 59 kerusi DUN.

Jika penutupan Tabika Kemas di Ampang, Ipoh pagi tadi adalah bukan dari arahan kerajaan negeri, ia dibuat oleh siapa? Samseng-samseng PAS? Atau konco-konco ketua kampung PAS yang baru dilantik? Atau tangan para konspirasi yang mahu Mat Taib datang menjenguk ke situ?

Harus diingat bahawa konsistensi DAP-PKR-PAS di Perak sangat-sangat diragui terutama berhubung soal orang Melayu. Memang Tabika Kemas memiliki murid dari pelbagai kaum tetapi 90% dari mereka adalah anak-anak Melayu.

Kelak, dengan alasan ianya beroperasi di premis awam milik kerajaan, mereka akan tetap memastikan Tabika Kemas yang dianggap ejen kerajaan pusat, ditutup. Adakah harta awam itu milik DAP-PKR-PAS? Mengapakah kanak-kanak menjadi mangsa? Adakah ini taktik ala Israel yang mensasarkan kanak-kanak kerana kanak-kanak itu dibimbangi akan membesar dan menentang mereka?

Memang Ngeh boleh menafikan tetapi apa yang ada di dalam master plan di pejabatnya tiada siapa yang tahu hatta Nizar sendiri. Kejatuhan Islam di dalam mana-mana peradaban dunia sekalipun, bermula dengan situasi sebegini.

4 comments:

Anonymous said...

sayang seribu kali syg...

mana pergi perjuangan asas PAS? mana pergi laungan mau negara ISLAM..??

baru diberi kerusi ketua negeri dah gadai semua...

sanggup jadik kuda tunggangan DAP, cuba periksa siapa dapat balak di Perak..????

Generasi Pejuang Bangsa said...

PAS mahu mengulangi zaman pemerintahan ALa REJIM seperti di teregganu dahulu dengan menutup dan menghalau kanak-kanak dari tabika kemas.

PAS KEJAM !!!

IPOH MALAY said...

ya.. mereka (dari pihak PKR dan PAS) menggondol balak di perak ...(tetapi khabarnya dipajak lesen kepada tauke2 umno) ... tapi itu la politik periuk nasi mereka.... yang berfikir ialah tauke2 'umno' ini yang sayangkan khazanah negeri.... kalau pihak DAP... jangan harap...bulldozer belum masuk.. pokok dah tumbang...

YA.. PAS ZALIM DAN AKAN TUMPAS DITANGAN RAKYAT MELAYU ISLAM PERAK..

DAP menunggang PAS adalah satu kesilapan besar buat mereka..

Anak Kuala said...

sudah terang lagi bersuloh. Pas menggunakan sewenang wenangnya tafsir Al-Quran hanya untuk kepentingan peribadi. selalu gunakan nama Rasulullah. sudah banyak kali bila nak lepas tengkuk sendiri jual nama Rasullullah saw. Dulu heboh kata BN mengamalkan kroni. Bila orang mengatakan kenapa Nik Aiz lantik menantu jadi CEo anak syarikat kerajaan negeri. Alasanya Rasullullah pun mengamalkan kroni sebab yang jadi orang kuat Islam ialah sahabat dan orang Rasullullah saw. kini mengatakan bahawa penipuan Anwar untuk tubohkan kerajaan pusat sama dengan tindakan Rasulullah. Nampak seperti telah menghina nabi