Wednesday, February 11, 2009

Sampai Bila PAS Akan Bersekutu Dengan Ultra-Sekular?

Adakah UMNO menentang Hudud kononnya kerana ramai pemimpin yang akan kudung kerana makan duit rakyat? UMNO melambatkan hudud kerana ianya melibatkan konsep federalisma DI MANA SEBARANG PINDAAN undang-undang syariah negeri memerlukan penerimaan warganegara Malaysia keseluruhannya kerana perlaksanaannya nanti memerlukan POLIS sebagai agensi persekutuan memainkan peranan.

Tetapi, Karpal menggunakan Nizar untuk menempelak istana, bersikap kurang ajar, dan anti-melayu. Karpal menjadi liabiliti kepada PR dan dia telah bagaikan diarah supaya 'bunuh diri' dengan sikapnya itu. Kemudian menyebut 100% ahli DAP bersamanya.

"Saya yakin 100 peratus ahli DAP bersama saya tidak menyokong lompat parti dan hukum hudud." kataKarpal Singh (Pengerusi DAP). Karpal sekali lagi mengulangi pendiriannya tidak bersetuju dengan budaya lompat parti yang dipopularkan oleh Anwar Ibrahim. "Bagaimanapun, pendirian Anwar mengenai lompat parti tidak boleh dibenarkan," kata Karpal Singh.

UMNO tidak pernah menolak hudud. Kenyataan paling melampau menmpelak PAS atas kegelojohan melaksanakan hudud pun berlaku atas emosi peribadi seseorang pemimpin UMNO yang lama berkuasa. Bukan kenyataan ahli UMNO keseluruhan. Barangkali 100% ahli UMNO tidak bersetuju dengannya.

Tetapi, PAS senang menjadi bahan dagangan dalam permainan politik puak sekular. Bukankah itu sesuatu yang perlu dikesali dan menjadi tauladan kepada mereka yang mahu berfikir?

12 comments:

Bourne said...

wosh ..... right on the dot ... good one

IPOH MALAY said...

sometimes dictation is important..

he he he

Anonymous said...

"PAS senang menjadi bahan dagangan dalam permainan politik puak sekular"

kah kah kah...bukan ke UMNO pun parti sekular, MCA, MIC, GERAKAN bukan sekular ke? Sekurang2nya DAP komited antiRASUAH, suka kerajaan yang telus....sebaliknya UMNO parti ter'gemilang' dengan RASUAH ni. Budak darjah 4 pun tahu la benda macam ni. kah..kah..kah

IPOH MALAY said...

komited antirasuah?

mulut je? hadiah madiah angpow mampow semua mainan demer.. xkan demer nak citer urusan demer kat melayu melukut tepi gantang mcm komer?

sekolah x abih ke?

budak dajah 2 pun reti cakap camtu..

Anonymous said...

ميمڠ جنيس سوك كنا كنچيڠ ڠن چينا... كسيان ملايو ڤاس ..

Anonymous said...

budak darjah 4 pun tau DAP tu dulu komunis brooo

IPOH MALAY said...

seperti umno n pas yg fanatik dulu kini selamanya... dap pun demikian

Taminsari said...

Hingga akhir nanti,
Kau tetap jadi pujaan,
Walau seribu tahun,
Walau seribu zaman,
Pas tetap menanti.

Hingga akhir nanti,
Pas tetap bersekular dengan DAP..
Walau seribu tahun,
Walau seribu zaman,
Pas tetap menanti.

Rindu dalam sepi,
Rindu dalam mimpi,
Pas tetap menanti,
Hingga akhir nanti..
Ha..Ha..Ha..Pas tetap menantiiii...

Tai said...

Betul tu encik. Dap memang bahaya sekali.

Unknown said...

"mulut je? hadiah madiah angpow mampow semua mainan demer.. xkan demer nak citer urusan demer kat melayu melukut tepi gantang mcm komer?"

Betul ke? SPRM, Polis & Mahkamah semuanya di bawah kawalan BN. Kalau DAP amalkan rasuah, dah tentu la secepat kilat siasatan, dedahan di media & perbicaraan dijalankan. Setakat ni takde bunyi pun...maknanya takde la tu.

Kerajaan PAS Kelantan dulu dah berapa puluh kali BPR bertindak secepat kilat terbang ke KB siasat, dah 18tahun takde satu pun kes...maknanya takde la tu.

Itu lah maknanya kerajaan PR komited benci rasuah.

Anonymous said...

DAP komited rasuah? Pas komited rasuah? korg tunggu la nt pendedahan Nga n Ngeh n kroni nizar sapu sume projek.. haha.. then ko akan tau camne rupa pemimpin komunis DAP n PAS Liberal kt perak ni

Anonymous said...

budak sekolah tadika pun tau puak pr ni tak sama prinsip tapi nak kuasa punya pasal, sanggup ikut bontot anwar walau pun busuk.

bagi pas, matlamat menghalalkan cara. anything goes, beb.

bila terkena batang hidung sendiri, allah pun depa lupa. itu balasan allah lah untuk orang yang riak dan takbur.