Thursday, April 09, 2009

Ipohmalay Ucap Tahniah Kepada Husni Hanadzlah

Tahniah kepada Ahli Parlimen Tambun, satu-satunya kawasan parlimen yang mewakili 3/4 Melayu Ipoh, kerana dilantik Menteri Kewangan II. Jangan lupa bahawa Datuk telah menyebut bahawa Datuk merupakan ahli parlimen paling miskin di Dewan Rakyat tahun lepas di Taman Perpaduan, kubu kuat UMNO Tambun. Semoga Datuk dapat menjalankan kerja dengan bersih, cekap dan amanah. Selebihnya, kami yang lebih mengenali Ahmad Husni Hanadzlah, Ahli Parlimen Tambun.

3 comments:

Prof. Era Pasca said...

Surat Tok Guru

Surat Tuan Guru Nik Aziz Kepada YB Nga Kor Ming ADUN Pantai Remis Perak

Posted by Skuad Dun Batu Caves

Sumber - blogtokguru
13 Rabiul Akhir 1430
9 April 2009

YB Encik Nga Kor Ming
EXCO Kerajaan Negeri Perak
Pejabat EXCO Negeri Perak
30000 Ipoh
PERAK DARUL RIDZUAN.
Menemui YB Encik Nga dengan ucapan salam sejahtera


Yang Berhormat,

Alhamdulillah, dengan izin Allah, saya telah mengikuti isu di sekitar percubaan YB untuk mengenali Islam melalui pembacaan Ayat-Ayat Al-Quran dengan tekun. Saya juga terharu mendengar keluhan YB yang berbunyi “saya berasa amat kesal apabila masyarakat Tionghua yang cuba mengenali Islam dan Al-Quran melalui kitab berkenaan, tiba-tiba dihalang.”

Saya boleh memahami dan menyelami perasaan kecewa yang sedang melanda hati YB. Mudah-mudahan dengan sikap “tidak mesra Umno” dan pemimpin-pemimpin Umno tentang kecenderungan masyarakat Tionghua dan India yang sihat ini, ia akan meningkatkan lagi kesedaran Non-Islam untuk lebih mengkaji, mendalami dan mengadakan forum serta wacana mengenai Islam dengan cara yang lebih meluas.

Saya mempunyai sebuah impian. Dalam tempoh tidak berapa lama lagi mudah-mudahan akan muncul lebih ramai orang dari kalangan masyarakat Tionghua, India, Siam, Bajau dan Kadazan yang tampil menjadi Qari, Ustaz, Khatib dan Imam di seluruh negara. Kalau Jenghiz Khan yang mengetuai tentera Moghul menyerang dan memusnahkan hampir seluruh Kerajaan dan tamadun Islam di Kota Baghdad, tetapi sempat ditebus semula keagungan Islam melalui cucunya yang bernama Aurangzeb yang menegakkan empayar Islam di India kemudiannya. Maka saya mempunyai keyakinan yang kuat bahawa Islam akan kembali gemilang di negara kita melalui kaedah dan insiden yang hampir sama. Mudah-mudahan YB lah orangnya yang akan meletakkan batu asas pertama ke arah menyusun batu bata yang kukuh ini untuk terus bertumpang tindih.

Mari kita bina asas ini dengan mengatur langkah-langkah permulaan melalui seminar, muzakarah, muqabalah, dialog dan wacana. Tajuk-tajuk seperti “dimana tak kenanya Islam” atau “apa mesej al-Quran kepada orang bukan Islam” bolehlah difikirkan. Anggota panel boleh terdiri daripada tokoh-tokoh PAS, Umno, DAP, PKR dan pemimpin-pemimpin NGO, pensyarah serta pendakwah bebas. Ia boleh dijadikan sesi kuliah bersiri yang boleh dianjurkan di PWTC, di masjid-masjid, surau-surau, kuil-kuil dewan-dewan perhimpunan, di universiti-universiti, baik di IPTS atau IPTA.

Sekali lagi saya mengucapkan syukur kepada Allah S.W.T di atas kekuatan dan keberanian yang ada pada YB. Terus tekun dan beristiqamahlah dalam mengharungi ujian-ujian ini. Insya Allah saya seakan-akan sedang melihat sekerdip lilin yang bercahaya di hujung sana. Marilah kita sama-sama ke sana.


* MEMBANGUN BERSAMA ISLAM *


(TUAN GURU DATO’ HAJI NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT)
Menteri Besar Kelantan
Merangkap
Mursyidul Am PAS

IPOH MALAY said...

sapa halang??? orang alu alukan...

tapi cuba kalau UMNO baca surah terabur... habis kena seranah ngan puak lebai...

tak ke double standard.. bila seorang Islam.. yang membaca quran dilayan lebih hina dari seorang pejuang Kristian Methodist Perak??

Nga kor ming... anda boleh menipu orang kampung... tetapi anda tak boleh menipu penyiasat agenda pluralisma yang anda bawakan..

jika anda hendak mengenali islam, sila pergi dan duduk dan mendengar majlis ilmu... bukan berlagak sebagai pendakwah yang memberi ilmu..

siapa halang siapa? nga kor ming lah yang menghalang puak lebai dari melihat kenyataan wayang kulitnya..

Anonymous said...

baginda reformasi, hang pi tanya nik aziz samada semua cina di kelantan dah masuk islam ke?

sepatutnya setelah 20 tahun pas perintah kelantan, semua cina dah peluk islam.

nga ni seorang politician saja. dia cuma exploit orang pas yang dungu saja.

haprak betul hang ni.