Isnin, April 13, 2009

"Saya Dijemput Sultan" - Nizar

MStar, Ahad April 12, 2009

Nizar bukan menghadap, dijemput Sultan Perak
Oleh G. MANIMARAN

PETALING JAYA: Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berkata, beliau tidak menghadap Sultan Perak, Sultan Azlan Shah pada 19 April ini sebaliknya beliau diundang menghadiri majlis sambutan ulang tahun hari keputeraan baginda.

"Saya dijemput oleh Sultan menghadiri majlis (ulang tahun hari keputeraan)...seperti ahli-ahli politik lain (di Perak), saya dijemput, bukan (sesuatu yang) istimewa," kata beliau ketika dihubungi sebentar tadi.

Desas-desus sebelum ini menyebut beliau akan menghadap Sultan Azlan pada tarikh tersebut.

Pada 7 April lalu, Nizar memenangi pilihan raya kecil kerusi Parlimen Bukit Gantang dengan menewaskan calon Barisan Nasional dan Bebas.

Bekas Menteri Besar itu juga Ahli Dewan Undangan Negeri Pasir Panjang.

Selepas memenangi kerusi Parlimen Bukit Gantang, yang dilihat oleh Pakatan Rakyat sebagai referendum rakyat berhubung isu krisis politik Perak, Nizar meminta diadakan pilihan raya baru negeri dengan membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN).

Sidang DUN bawah pokok awal Mac juga meluluskan usul sedemikian dan telah dipersembahkan untuk perkenan Sultan Perak.

Ulasan

Kegawatan baru akan melanda Perak. Kali ini ibarat kapal hanyut dilaut menuju segitiga bermuda. Nizar tetap dengan hasratnya untuk mendesak pilihanraya negeri diadakan. Melihat kepada trend pengundi bukan Melayu di Perak yang berjumlah 45%, Perak akan dirampas pembangkang sekiranya pilihanraya negeri diadakan.

Dakwaan Sultan Perak menjemputnya ke Iskandariah digunakan sebagai medan tunjuk kebesaran diri yang menjurus kepada rasa riaknya selepas menjadi Ahli Parlimen Bukit Gantang.

Pengaruh istana dalam soal ini dicari lagi oleh DAP, PAS dan PKR untuk mendapatkan semula Perak dari tangan Sultan.

Namun jika PAS meletakkan calonnya di semua kawasan Melayu dan meniup propaganda bahawa Perak perlu di perintah PAS dan bukan DAP, PAS mungkin akan mendapat undi simpati orang Melayu pula.

Setelah memenangi pilihanraya negeri yang kononnya perlu diadakan itu, negeri akan kembali kucar kacir akibat perbutan kuasa dan conflict of interest berlaku dimana-mana dibatasi oleh bahasa dan caraniaga.

7 ulasan:

BHM berkata...

Salam ziarah...

http://aspirasi-baru.blogspot.com

ASPIRASI BARU - "Menyusuri Transformasi, Menterjemah Aspirasi"

PaKMie berkata...

Salam singgah...

Nizar sdh cukup memeningkan rakyat di negera ini. Cukup lah...

Pakmie.blogspot.com

Tanpa Nama berkata...

SEDIHNYA TGK BLOG NI...PENUH DGN MAKIAN DAN HAMUN..PATUT LA PENULIS BLOG KENA MAKI...

Tanpa Nama berkata...

komen keanak-anakan...

tak relevan..

tang mana makian dan hamun nya?

maki hamun mencaruut itu kerja orang PAS

PUTRAKENCANA berkata...

Apalah nak jadi dgn Si Nizar ni, masih ingin menjadi kuda tunganggan DAP itu.

Awekz Bukit Gantang berkata...

Salam...

Awekz rasa, Nizar ni dah lari dari motif dan perjuangan asal...yang diperjuangkan sekarang ni semata-mata periuk nasi dia dan puak-puak Tan Ah Chong-nya...

TESLAMARIN berkata...

MOHON LINK NGAN BLOG TUAN