Monday, June 08, 2009

Guan Eng Resah Dengan Perpaduan Islam

Lim Guan Eng mula keluh kesah dan kerengsaan dengan kekalahan Husam Musa di tangan Nasharuddin. Kini dia mula berkira-kira tentang usaha perpaduan Melayu yang amat-amat ditakuti olehnya. Baginya, apabila Melayu bersatu, musnahlah impiannya untuk memastikan bangsa majoriti ini kekal berpecah belah.

Lim Guan Eng sedar bahawa mimpinya yang berlainan di atas bantal yang sama dengan pemimpin PAS dan PKR tidak akan menjadi kenyataan tanpa terlebih dahulu memastikan umat Islam di negara ini berpuak-puak.

Hanya dengan berpecahnya umat Islam, mereka dapat meraih sokongan sebilangan dari mereka untuk menegakkan doktrin sosialis mereka yang merupakan sekularisma tulen. Hakikat ini menunjukkan, DAP hampir berjaya meraih sokongan 'golongan yang terlalu taksub dalam mempolitikkan Islam' hingga golongan ini tidak menyedari bahawa perjuangan mereka berada di atas jalan sekularisma tulen.

Sebab itulah Lim Guan Eng mula menggeli-gelikan liang bulu roma penyokong taksub PAS dengan meletakkan dirinya sebagai jelmaan pemimpin Islam terdahulu dengan pembayang-pembayang yang ternyata hanya memukau mereka yang leka berhalusinasi.

Disusuli dengan agen-agen mereka di Perak yang merupakan Cina totok, tidak pernah mengenal kalamullah dalam bahasa syurga, meluahkan rapik caca marba mereka membaca surah yang tidak diketahui maksud bunti dan hukum bacaa n yang tiada dari "Surah Aura".

Segalanya merupakan langkah-langkah DAP dalam memastikan umpan yang dipasang kepada ikan-ikan Melayu yang lapar berpolitik, akan sentiasa disambar. Tidak keterlaluan untuk mengatakan bahawa ianya ibarat nasi kangkang yang sedikit sebanyak berjaya menjadikan penyokong-penyokong PAS kampungan berada dalam keadaan hipnotis.

Sebenarnya, Cina, dalam berpolitik, mereka tidak lupakan nasib bangsa dan tuduh menuduh berhubung isu rasuah tidak menjadi bahan membuka aib. ( Mungkin kerana memang rasuah-merasuah tu berasal dari mereka ).

Tetapi, kaum Melayu, yang menganut agama paling syumul di muka bumi ini, menjatuhkan martabat agama itu sendiri apabila memberi gambaran kepada bukan Islam di negara ini bahawa hanya penganut Islam yang kuat bermusuhan padahal orang Melayu lah yang tebal sifat dengkinya. Tiada kena mengena dengan pegangan agama. Ini masalah attitud.

8 comments:

Lebai Mangkuk said...

Salah satu penceramah PAS yang Lebai sangat gemari ialah Mat Sabu. Mat Sabu ni pada pendangan Lebai ianya lebih hebat dari Sukarno bekas president Indonesia dulu. Salah satu dari ceramah nya yang Lebai masih ingat ialah berkenaan kebijaksanaan cina berpolitik.

Kata beliau, setiap kali diadakan PRU, orang melayu berpecah - ada yang sokong UMNO, ada yang sokong PAS, ada yang sokong PKR dan ada juga yang sokong DAP.

Orang cina pula, pada setiap kali PRU di adakan, cina bersatu. Bersatu dalam MCA atau Gerakan atau DAP. Dan ini lah masanya mereka menuntut apa saja yang mereka hendak. Setiap PRU mereka mendapat habuan besar dan orang melayu pula dapat rugi besar.

Dengan cara mereka buat ini, sedikit demi sedikit hak2 orang melayu telah terhakis.

Lebai Mangkuk said...

Tolong link block saya:

http://lebai-mangkuk.blogspot.com

Saya Rakyat Malaysia said...

sila lihat http://www.youtube.com/watch?v=i00-hzqXen4

highlight minit ke 3:30 onwards..

modus operandi nya tak hilang2..

tsunami69 said...

Ustaz Hadi and Nasa terlalu gilakan jawatan sehigga sanggup mengadaikan parti sendiri, menjadi kuda tungangan UMNO. Hakikatnya Pas/PR akan berpecah-belah dan UMNO/BN akan terus berpegang kuasa di Malaysia. Lebih baik PAS bekerjasama dengan PKR/DAP dan benamkan UMNO/BN untuk selama-lamanya. Be eNd.

anti dap said...

tsunami69,

Hj. Hadi dan Nasha inginkan perpaduan kerana jawatan atau kerana perintah ALLAH ? Tolong maklumkan apa jawatan yang dikejar atau ditawarkan kepada mereka. Jangan jadi tukang penyebar fitnah kerana fitnah adalah angkara dajal. Jangan terlalu ghairah membenci UMNO sehingga kamu lupa siapa kamu, apa yang kamu ada hari ini dengan izin ALLAH adalah usaha yang telah dilakukan oleh UMNO sebagai pemerintah yang dominan dalam BN. Jangan ghairah nak menumbangkan UMNO sehingga sanggup bersubahat dengan dap kafir laknatullah ! Aku bukan penyokong totok UMNO tapi aku meluat melihat tingkahlaku oarang Melayu yang bongkak, sombong dan tak sedar diri sanggup mejadi kuli pencacai kepada dap kafir harbi.

adzha muslim said...

Demikian yang kononnya berjuang untuk Islam boleh berpakat dengan bukan Islam untuk bermusuhan dengan orang Islam. Bahkan ada yang kuat ‘kebangsaannya’ boleh menghina bangsanya hanya kerana berbeza parti. Bagitu yang kononnya kuat Islam bukan berkawan dengan sosialis, kapitalis, bahkan anti-negara Islam, tetapi berang jika diajak berdamai dengan orang Islam. Parti telah membentuk ‘asabiyyah yang menakutkan dan mencerai-beraikan orang Islam.

Istilah ‘kerajaan-perpaduan’ menjadi panas. Saya sendiri tidak pasti apakah maksudnya. Mungkinkah ia seperti ‘Islam Hadhari’ yang muncul istilah dahulu, maksudnya dicari kemudian. Apapun bagi saya, sebagai seorang muslim saya amat gembira dan bahagia jika sesama muslim dapat berdamai dan mencari jalan ke arah kemaslahatan umat.

Orang yang enggan melihat sesama muslim cuba berdamai ialah manusia yang dirasuk syaitan samada disebabkan dendam kesumat yang tidak habis-habis atau fanatik yang bukan-bukan, atau buruk sangka yang tiada tepinya. Melainkan jika dia dapat buktikan bahawa perbalahan sesama muslim itu lebih besar kebaikan daripada perdamaian. Allah menyebut: (maksudnya)

“Sebenarnya orang-orang yang beriman itu bersaudara, maka damaikanlah antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu; dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat” (Surah al-Hujurat: ayat 10).

Jika dahulu perkataan ‘asabiyyah’ itu diwakili oleh ketaksuban kepada kaum atau kabilah sehingga berlaku perbalahan dan peperangan, namun hari ini ‘asabiyyah’ itu menjelma dalam bentuk parti, kumpulan, jamaah dan berbagai lagi bentuk perkumpulan manusia. Lalu manusia berbalah kerananya. Nabi s.a.w bersabda:

“…Sesiapa yang berperang di bawah rayah ‘immiyyah (bendera kebutaan) dan menyeru kepada ‘asabiyyah atau marah kerana ‘asabiyyah maka kematiannya adalah jahiliyyah”. (riwayat Muslim).

Anonymous said...

"Tetapi, kaum Melayu, yang menganut agama paling syumul di muka bumi ini, menjatuhkan martabat agama itu sendiri apabila memberi gambaran kepada bukan Islam di negara ini bahawa hanya penganut Islam yang kuat bermusuhan padahal orang Melayu lah yang tebal sifat dengkinya. Tiada kena mengena dengan pegangan agama. Ini masalah attitud."
Saya hairan kenapa kenapa dengan ciri ciri seperti yang diagungkan diatas, tapi masih boleh rogol anak kandung sendiri.

kafir celik

Anonymous said...

lebai mangkuk,

Awak ini memang mangkuk lah, Cina memang anti perasuah,perompak kolar putih dan penyalah guna kuasa, jadi mereka rasa Dap dengan kerjasama PR, mereka harapkan kerajaan yang bersih dan saksama. Orang BN, seperti Toyo jadi MB curi juta juta duit rakyat--takakan cina nak sokong dia.

cina adil