Rabu, Ogos 19, 2009

Natijah Pengguguran "Bangsa" Pada Borang-Borang Rasmi

Utusan Malaysia, Rabu, 19 Ogos 2009

Kaji gugur 'kaum' pada borang rasmi

PUTRAJAYA 18 Ogos - Kerajaan masih mengkaji cadangan untuk menggugurkan ruangan 'kaum' pada borang dan dokumen rasminya, kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.Menurutnya, kerajaan sedang melihat setiap implikasi yang mungkin timbul sekiranya langkah tersebut dilaksanakan nanti.

"Perkara ini sedang dikaji dan kita akan teliti sebelum keputusan muktamad dibuat. Beberapa perkara perlu dilihat sama ada ia perlu dilaksanakan atau tidak," katanya.

Beliau ditemui selepas melancarkan buku Siri Evolusi Kepimpinan 1 : Tinjauan Teori-Teori Terpilih yang ditulis oleh Pegawai Khas kepada Perdana Menteri, Profesor Khairil Annas Jusoh di sini hari ini.

Muhyiddin menjawab pertanyaan pemberita mengenai cadangan beberapa pihak agar ruangan 'kaum' pada borang dan dokumen rasmi digugurkan.

Timbalan Perdana Menteri menjelaskan, cadangan berkenaan disuarakan oleh beberapa pihak kerana ia dilihat wajar dilaksanakan.

"Tujuan kajian ini dilakukan kerana ada cadangan dan pandangan mengenainya.Mungkin ada keperluan di pihak kerajaan untuk melaksanakannya supaya kita tidak lihat dari sudut kaum semata-semata," ujarnya.

Ulasan

Penulis amat bersetuju dengan langkah ini biarpun penulis bukan dari kalangan mereka yang mendesak agar ruangan' bangsa ' pada borang-borang rasmi kerajaan digugurkan.

Rata-rata mereka yang mahu ruangan tersebut digugurkan adalah golongan ultra-kiasu yang menganggap dengan meletakkan ruang 'bangsa' pada borang, kononnya, mudah untuk memilih antara Melayu dan bukan Melayu.

Sebenarnya golongan ini hanya bermuka-muka dan bersifat PALING HIPOKRIT kerana , mereka sendiri menolak asimilasi di negara ini. Asimilasi bermaksud berubah menjadi sebahagian dari masyarakat negara 'host' mereka dan mengadaptasi budaya dan adat resam penduduk tempatan.

Dengan menggugurkan perkataan 'bangsa' pada borang-borang, ia merupakan indikasi yang baik bagi permulaan proses asimilasi. Selepas itu, lihatlah golongan ulta-kiasu ini akan menggelupur meminta ruangan 'bangsa' diadakan semula.

Golongan bodoh ini memang mudah diramal.

6 ulasan:

PUTRAKENCANA berkata...

Inilah akibatnya kalau di beri kuasa :

Pakatan pembangkang tidak hormat Islam, Agong

KUALA LUMPUR 18 Ogos - Keputusan kerajaan negeri Selangor meluluskan pembinaan kuil Hindu di Seksyen 23, Shah Alam, yang majoritinya dihuni penduduk Islam menunjukkan pembangkang tidak menghormati Islam sebagai agama rasmi dan Yang di-Pertuan Agong sebagai ketua agama Islam.

Ketua Umum Badan Bertindak Perpaduan Melayu (BBPM), Osman Abu Bakar mendakwa, keputusan itu juga menunjukkan kerajaan pakatan pembangkang lebih mementingkan golongan minoriti daripada perasaan umat Islam yang telah lama menetap di situ.

''Islam sebagai agama rasmi tidak dipandang oleh kerajaan negeri semasa meluluskan pembinaan kuil.

''Pada saya, ini satu keputusan melampau kerana perasaan umat Islam di Seksyen 23 langsung tidak dipeduli hanya kerana mahu meraih sokongan kaum India," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini semalam.

Beliau mengulas keputusan kerajaan negeri Selangor yang meluluskan pembinaan kuil di tapak seluas 0.2 hektar sehingga menimbulkan kemarahan penduduk Islam kerana seksyen 23 hanya dihuni 40 masyarakat India berbanding 75 peratus masyarakat Islam.

Kelmarin, 200 penduduk Islam mengadakan bantahan di tapak kuil berkenaan dan mendesak kerajaan negeri segera membatalkan pembinaan rumah ibadat tersebut.

Semalam, kumpulan penduduk Islam memberi amaran, mereka akan melancarkan bantahan besar-besaran sekiranya kerajaan negeri tetap meneruskan keputusan membina kuil berhampiran kediaman mereka.

Mengulas lanjut, Osman memberitahu, BBPM sedia berada di barisan depan bersama-sama penduduk demi mempertahankan Islam.

''Biar kami yang berjuang dan berada di barisan depan demi agama. Kami pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bukan seperti pemimpin Islam dalam kerajaan pakatan pembangkang yang hanya menjadi kuda tunggangan," tegasnya.

Malah tambahnya, jika kerajaan negeri tetap berdegil, beliau dan beberapa NGO Melayu lain akan mendesak supaya masjid dibina di Batu Caves.

Sementara itu, Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali menyelar sikap pemimpin Islam pakatan pembangkang yang sanggup menggadaikan agama demi menjaga undi masyarakat bukan Melayu.

Katanya, nasib orang Melayu dan agama Islam semakin tidak terbela walaupun merupakan penduduk majoriti di negara ini.

''Kebebasan beragama bukan bermaksud mereka bebas untuk membina kuil di mana sahaja dan tiada sebab untuk membina sebuah kuil di kawasan majoriti penduduk Islam.

''Ini hanya akan menimbulkan persengketaan dan akhirnya negara kucar-kacir. Anehnya kerajaan negeri buta dalam menilai perkara ini," ujarnya.

Sehubungan itu, Ibrahim memberi amaran kepada masyarakat bukan Islam dan kerajaan pakatan pembangkang supaya berhenti mencabar kesabaran umat Islam dan Melayu.

Jelasnya, masyarakat Islam akan bangkit menentang jika agama suci itu tidak dihormati.

Tanpa Nama berkata...

Yeop, Teman sekali lagi setuju dengan pendapat bahawa tak payah le ubah ape saje yang ade dalam borang resmi.Tak untung kalu di buang "bangse" dan tak rugi kalu di bior kan saje.
Kalu moto sikal tak rosak buat nak main pomen pomen ?
Kalu gulai dah sedap rase, buat ape nak kurang ramuan ?
changkat lobak.
arjuna waspada.

Tanpa Nama berkata...

Boleh saya tahu dari mana datangnyer idea ini?
sape yg berikan idea?

from boyesen

mufarakahpr berkata...

menentang cadangan ini

kecuali tiada lagi sekolah jenis kebangsaan

dan apabila mereka menjadi melayu mengikut perlembagaan persekutuan

nalapambu berkata...

UMNO memang 100% tiada harapan di Permatang Pasir. Untuk mengelak kan dari malu mereka telah meletak kan seorang calun yang ada masalah. Perkara ini memang dibuat secara kebetulan.

Perbuatan ini se mata2 untuk menutup malu bahawa UMNO sudah tidak di terima oleh rakyat.

Calun yang akan kalah dan pasti kalah ini akan dijadikan alasan - "UMNO kalah kerana salah pilih calun".

SpotTheBloggers berkata...

Salam

Selamat menjalani ibadah puasa Ramadhan 1430H