Sunday, November 08, 2009

Sekolah Rendah Yang Paling Wajar Disealirankan

Sekolah satu aliran tidak sewajarnya untuk sekolah menengah. Ini kerana pada peringkat sekolah rendahlah segala bentuk pupukan jatidiri patut dimulakan.

Memaksa anak-anak yang keluar dari 'pengasingan bangsa' untuk menongkah dunia persekolahan peringkat menengah hanya melahirkan sebuah lagi generasi yang rumit dan payah difahami. Ini kerana golongan bukan melayu pasti akan segera memastikan anak-anak mereka bersekolah rendah aliran vernakular dan pada peringkat ini, tiada percampuran kaum akan berlaku.

Ini pasti akan mengakibatkan masalah yang besar pada peringkat awal integrasi yang akan bermula saat mereka telah kenal banyak perkara mengenai 'kenakalan' hingga 'jenayah' dan jenayah kebencian pasti akan menjadi-jadi.

Akibat dari perkara ini, sudah tentulah ianya akan menjadi kudis yang kita masih belum mampu mentafsirkan kesannya.

Untungnya untuk memastikan sekolah satu aliran bermula di sekolah rendah ialah mereka akan diajar selama 7 tahun secara wajib dalam bahasa kebangsaan di samping kelas-kelas asas vernakular yang patut diwujudkan.

Percampuran selama 7 tahun ini akan menghasilkan generasi yang amat ideal untuk menongkah masa depan.

Selepas tamat pengajian wajib satu aliran ini, barulah sesuai bagi mereka untuk memilih sekolah aliran vernakular dan bibit-bibit kebangsaan telah tersemai dan melekat dalam jiwa masing-masing.

Maka dengan ini, sudah tentu pilihan aliran vernakular ini akan diisi dengan taburan kaum yang sekata kerana ibu bapa dapat melihat kecenderungan anak mereka untuk memilih sekolah aliran vernakular yang masih lagi tertakluk kepada sukatan yang sesuai.

Jadi, rasionalkah untuk sekolah satu aliran dimulakan pada peringkat menengah? Persoalan ini merupakan sesuatu yang perlu diambil serius.

5 comments:

C L J said...

MEMBENTUK BULUH BIARLAH DARI REBUNGNYA. KALAU DAH JADI BULUH SUDAH KERAS DAN PENOH DENGAN MIANGNYA. SEMBILUNYA PUN SUDAH BERBISA DAN TAJAM.

Anonymous said...

Sek Men dah hampir semuanya guna bahasa melayu sbg bahasa pengantar. dah mmg sistem kebangsaan. baca apa yg ditulis oleh dr ridhuan tee hari ini.

jom sokong sekolah kebangsaan!

http://satusekolahuntuksemua.wordpress.com/

Anonymous said...

sistem sekolah cina dan sekolah tamil kena diserap dalam sistem sekolah kebangsaan. tak logik guna bahasa ibunda sebagai pengantar. bahasa ibunda boleh diselit dalam kurikulum sekoleh rendah kebangsaan.

Sokong kempen 1 sek utk semua.

http://satusekolahuntuksemua.wordpress.com/

Prof Khoo Kay Kim sokong, Dr Ridhuan Tee pun sokong sek 1 aliran kebangsaan. Tak payah aliran Cina dan Tamil.

Anonymous said...

dah tiba masanya kita lebih tegas dalam usaha membentuk jatidiri bangsa malaysia. andai merit yang diinginkan dalm kemasukan keperingakat tinggi pembelajaran, jom kita sealirankan pembelajaran anak2 kita bermula dari peringkat rendah lagi. KERAJAAN MESTI TEGAS DAN SERIUS dalam usaha ini dan jgn tunduk dan lemah hanya kerana sekumpulan mereka yg mengaku sebagai "rakyat Malaysia" tetapi tetap mahu perkiblatkan sistem pembelajaran sekolah rendah sekarang!!

Anonymous said...

Setuju Satu Sekolah Untuk Semua. Tapi bagi pendapat saya yang bekerja dibawah kementerian pelajaran,mendapati bahawa sekolah jenis kebangsaan cina dan tamil memberikan kerjasama yang amat tinggi dan cepat dalam sesuatu kerja. berlainan dengan sekolah kebangsaan yang selalunya bersikap seperti melayu mundur, tunggu hingga ke akhir waktu barulah terkulat-kulat hendak buat kerja, tidak cekap. so kalau dah macam tuh, memang sekolah cina n tamil pun mana mau duduk dibawah naungan seperti itu.. mereka lebih fikirkan 'survive' sebab itu mereka bersungguh-sungguh, tidak seperti sekolah biasa yang diterajui melayu yang bersikap amik mudah dek akibat keselesaan yang diperolehi.. Kalau hendak menjadi pemimpin yang diyakini bangsa lain, jadilah melayu yang maju dahulu.. Pertahankan kedaulatan negara!