Ahad, Mac 29, 2009

Pak Lah

Kami bangga teramat sangat
Dirimu berundur dengan martabat
Demi kehendak mereka rakyat
Yang sudah pandai menulis riwayat
Dengan fitnah seumur hayat

Janganlah ini menjadi sebab
Akan bermula singkapan hijab
Naik turun menjadi kerap
Tukar PM andai tersilap
Kekuatan bangsa menjadi malap

Chedet tidak memegang tangan
Namun dirimu dibuang jangan
Khairy meragut darimu ketenangan
Dirimu tetap berhati ringan
Ambil langkah mencuci tangan

Cekalkan hati kuatkan sabar
Politik begini memang mencabar
Jalannya sempit bukanlah lebar
2004 tidur 2008 sedar
Ketentuan itu bersukat kadar

Kini dirimu telah bebas
Besarlah hati bergema syabas
Terpasang layar di laut lepas
Tanpa gelora datang menghempas
Lupakan politik usah diimbas

Ipoh Malay
Kg. Malay Reserve,
Tambun, Ipoh.

4 ulasan:

al amin berkata...

Pak Lah engkau masih menteri perdana.

Mungkin engkau akan meniru Negara India

dimana perdana menteri bukan presiden parti

segalanya berkemungkinan.

muungkin itulah tranfomasi........

Cheguman@Demang Lebar Daun berkata...

sebaik-baik jin sama dengan sejahat-jahat manusia. Sebaik-baik pembangkang, Paklah jauh lebih baik. (Maaf, sekadar gurauan).

GOMO berkata...

SALAM..
TERUSKAN MENYERANG BNM DENGAN SEGALA HUJAH DAN FAKTA YANG ADA BAGI MEMBANTU KERAJAAN
SEMEMANGNYA BNM TELAH MELAKUKAN PEKARA BANGSAT DAN BACHOL

http://gomo-no1.blogspot.com/2009/03/serang-bnm-habis-habisan.html

Tanpa Nama berkata...

Tidorlah wahai perdana menteri
Tinggal beberapa hari lagi
Projek jambatan penang dan sentral dapat kembali
Dapatlah senang hati
Tidaklah Kamal bankrupsi
Ketua pemuda walaupun perasuah si Khairy
Pasal dikira itu tunggu mati
Buat peduli
Ramai dikecing lagi