Saturday, January 02, 2010

Allah Bukan Untuk Tuhan Bertiga

Memang boleh. Memang boleh orang Kristian untuk menggunakan nama ALLAH. Tetapi penganut Kristian tersebut perlulah dikalangan mereka yang bebas dari pengaruh Vatican.

Pengaruh Vatican dikatakan sangat kuat dalam penubuhan American Evangelical yang membawa sebuah lagi dimensi baru dalam agama Kristian.

American Evangelical telah membawa ideologi triniti atau tuhan bertiga. Pemikir Kristian ini menyebut bahawa Tuhan Di Langit adalah Tuhan Bapa, manakala Tuhan Di Bumi adalah Nabi Isa a.s. dan Tuhan Perantara adalah Ruhul Kudus yang merujuk kepada Jibril a.s.

Ketiga tiga ini disebut Tuhan Yang Satu tetapi datang bertiga. Ini memungkiri maksud bahasa dan istilah bagi ALLAH yang merupakan perkataan Arab bagi Al-Lah iaitu Tuhan Yang Satu.

Penganut Kristian yang tidak dipengaruhi Vatican menyebut Nabi Isa sebagai penyelamat dan bukannya Tuhan.

Tetapi hari ini, Nabi Isa dianggap bukan hanya penyelamat, tetapi juga Tuhan.

Ramai penganut Kristian hari ini telah dipandu untuk menyebut bahawa Nabi Isa a.s. atau Jesus Christ sebagai Tuhan.

Maka untuk apa terma Tuhan Di Langit Yang Satu mengikut kefahaman Arab itu mahu dituntut kongsi oleh penganut Kristian yang langsung tidak berkait dengan pengaruh Arab dalam penyebaran agamanya. Malah mereka tidak mengesakan Tuhan yang memberi wahyu kepada Isa a.s.

Bukankah ini melambangkan bahawa mereka cuba mempermain-mainkan keadaan dengan satu agenda?

Sampai bila mereka akan bertahan untuk menipu diri sendiri sedangkan mereka menjerit menuntut kesaksamaan. Adakah penipuan dengan unsur hipokrit ini akan terus bertahan dalam jiwa penuntut kesaksamaan? Adakah mereka menganggap demi kesaksamaan, tidak mengapa untuk menipu. Penyakit mereka sangatlah kronik.


Tetapi tidak perlu mengambil langkah terburu-buru. Mereka yang sedar akan hakikat ini akan mula mencari-cari Tuhan Yang Satu dan sinar Islam mungkin akan sampai di hati mereka.

Insya Allah.

3 comments:

Unknown said...

Salam satu Akidah,saya setuju dgn entry ini.Walaupun kita berbeza fahaman politik tapi sy setuju kenyataan dlm entry ini.Yg lain belum tentu.

asemalpg said...

Pada suatu hari ketika besiar-siar di kota perut pula terasa lapar, selepas mencari-cari kedai untuk makan tengah hari saya telah terlihat sebuah restoran tak jauh dari tempat saya berdiri. Didalam restoran tersebut dindingnya dihiasi dengan kalimah ALLAH dan saya yakin telah menemui restoran orang islam yang menyediakan makanan yang halal. Selepas membeli selesai menjamu selera saya pergi ke kaunter untuk membayar harga makanan. Di kaunter tersebut saya mendapati pekerjanya memakai salib kristian. Apabila ditanya restoran tersebut menyediakan makanan halal atau tidak, jawabnya tidak. Kemudian saya bertanya kenapa dalam restoran dia terdapat banyak kalimah ALLAH, dia berkata itu kan ker nama tuhan dia. Rupa-rupanya saya tertipu, telah termakan makanan haram.
Mugkinkah perkara seperti ini akan berlaku??? fikir-fikirkan lah.

Mohammad Roslan said...

Seorang ADUN di Negeri Johor pernah megatakan beliau tidak akan memakai songkok untuk menghadiri perasmian DUN Negeri Johor oleh YMM Sultan Johor. Di Selangaor kerana seekor kepala lembu semua pemimpin MIC menjerit sana sini sehingga memaksa PM ambil tindakan. Apakah orang Islam di negara ini tidak sensitif seperti orang bukan Islam?. Turun temerun semua kaum bukan Islam tahu dan sedar yang nama "Allah" itu adalah digunakan oleh orang Islam dinegara ini. Maka ia adalah hak orang Islam di negara ini. Tiada siapa yang sangkal ia adalah "hak Mutlak" (eksklusif) orang-orang Islam di negara ini. Tetapi kenapa pihak gereja katholik begitu sinis dan tidak langgsung menghormati orang Islam di negara ini?. Apakah maksud tersirat dihati mereka?. Orang sabah dan Sarawak lama menggunakan perkataan "Allah" adalah terbitannya injil alih bahasa dari negara jiran bukannya terbitan yang diluluskan oleh KDN.Apakah kita rela buku injil akan terbitkan dalam bahasa melayu yang menggunakan perkataan "Allah'...atau pun pamplet-pamplet
yang diedarkan menggunakan nama "Allah"?. Ini yang kita tak mahu.
Maka fikirlah...wassalam.