Selasa, Mac 23, 2010

Jangan Paksa Kopitiam Memohon Status Halal

Perlukah ada paksaan dalam memastikan premis-premis makanan yang diragui status halalnya untuk diselongkar dapur, dikaji kandungan makanan dan disiasat resepi dan isi kandungan masakannya?

Persoalan di atas membuatkan kita tertanya-tanya apakah rangkaian kopitiam yang semakin bersepah-sepah, terutamanya sebuah rangkaian terkemuka yang ditutup francaise nya kepada Bumiputra, yang dikatakan milik pemimpin DAP ini akan patuh pada sesebuah paksaan?

Kedegilan dan pemalingan 'binatang-binatang' ini terhadap unsur Islamik sudah memang jelas diketahui. Jika berlaku keterpaksaan untuk mereka memohon status halal, dikhuatiri, selepas mendapat sijil tersebut, rasa dendam dan keseronokan mengianaya yang ada pada pihak franchaisee dan franchaisor tersebut akan membuatkan lebih banyak PORK & LARD akan dijadikan ramuan aniaya.

Selain itu, siapakah yang akan memantau setiap hari kemasukan bahan mentah bagi makanan yang 'berstatus halal paksa' yang bakal mereka sediakan. Adakah pekerja Vietnam dan Nepal yang mereka gajikan itu tidak akan berkompromi dengan status sembelihan?

Pucuk pangkalnya di sini ialah, tidak perlu untuk dipaksa pemilik kopitiam-kopitiam ini, terutamanya sebuah kopitiam terkemuka yang mempunyai beratus-ratus rangkaian restorannya itu, untuk memiliki sijil halal.

Cukuplah dengan menjelaskan bahawa keraguan atas status halal makanan di premis tersebut adalah berasas dan seterusnya kita biarkan orang Islam memilih sendiri untuk masuk atau tidak ke premis-premis tersebut.


Pemaksaan akan memungkinkan kemarahan dan kemarahan akan menimbulkan dendam. Orang Islam yang bijak dan teguh jati diri tidak akan masuk lagi ke premis meragukan seperti ini.

Manakala orang Islam yang berstatus lalat (lauk pun makan, tahi pun makan) memang telah lama wujud terutamanya di disko-disko dan mereka hanya perlu dinasihati. Kerana urusan celik hati adalah dari Allah SWT.

1 ulasan:

mior_din92 berkata...

TEMAN SETUJU BENO LE DENGAN TULISAN YOB NI . . . ATE KALO TENGOK JENIH OGHANG YANG KUNJUNGI KOPI TIAM TU PON MEMANG BENO LE JENIH 'LALAT' PON . . KALO TAK ADE TANDA HALAL PON DEMA SINGGAH JUGE . .SENANG TRUS DECLARE 'TAK DIJAMIN HALAL' . . HABIH CERITA .BUAT APA SUSAH-SUSAH . .