Wednesday, May 12, 2010

SEJARAH : Seberang Perai - Hasil Perang 21 Tahun

Bersempena kekacauan di Bangkok, blog ini mengarang satu kajian yang khusus mengenai penindasan orang Melayu oleh agen-agen dari utara. Kaitannya dengan Bangkok ialah kumpulan pembuat kacau di Thailand itu tiada yang berasal dari selatan Bangkok. Kawasan asal kumpulan baju merah ini mereka adalah kawasan asal bangsa Thai di kawasan wajah-wajah Cina di pergunungan utara walaupun asimilasi merubah wajah mereka sama sekali.

Berbalik kepada tanahair, serangan Thai ke atas Kedah dan tergadainya Pulau Pinang setelah British menipu Kedah, merupakan 'ancaman dari utara' yang berunsur kafirin. Serangan dari selatan tetap ada namun puak-puak Bugis dan Minang masih beragama Islam dan corak ancaman ke atas akidah tidak menonjol. Apatah lagi untuk pelan jangka panjang.

British yang menjalin hubungan baik dengan Raja Thai memperolok-olokkan Kedah dengan tawaran bantuan menghadapi musuh Kedah iaitu Thai.Thai yang merosakkan tempat ibadat orang Islam dan makam-makam pantas membina kuil Buddha di merata-rata Kedah.

Kehancuran tamadun tertua Semenanjung itu membuatkan batu bersurat Terengganu dijumpai bertarikh dari abad ke 14 sedangkan Islam telah tiba di Kedah beberapa ratus tahun sebelum itu.

Mengapakah British berbuat demikian. Ini adalah kerana mereka mahu membentuk satu sejarah yang baru. Terlalu banyak fakta beratus-ratus tahun telah hilang setelah Kedah dinoda dengan teruk.

Berikut merupakan petikan-petikan yang boleh membantu :


Jika dulu Light menipu orang Melayu dengan kemahiran bertutur bahasa melayu dan menulis jawi dengan baik, hari ini, sesetengah Melayu bertepuk tangan mendengar seorang Cina bermuka-muka dengan membaca petikan ayat Al-Quran dengan tunggang-langgang.

Selepas 35 tahun, dasar Inggeris berubah pada 1829 dengan menyokong Thai. Harus diingatkan bahawa Perdana Menteri Britain pada ketika ini ialah Benjamin Disraeli, Yahudi pertama yang dilantik menjadi Perdana Menteri Britain.


Jelas sekali. Apabila Yahudi menubuhkan pakatan mereka sendiri, ada pihak dikalangan bangsa Eropah sendiri yang tidak senang. Maka mereka tidak akan berada di pihak Thai-Inggeris.

Dalam masa 6 tahun, penduduk Seberang Perai meningkat 6 kali ganda akibat kekejaman Thai ke atas negeri Kedah.

Begitulah mudahnya Melayu dahulukala bertelagahan dan setiap berlakunya pengkhianatan sesama sendiri, akan berubahlah sejarah mengikut acuan oportunis. Perang 1821 hingga 1842 menjadi titik tolak Kedah Baru.Perang ini dirangka oleh Inggeris dan Thai. Kedah Baru muncul dari peluang dan cita-cita yang merugikan. Itu Melayu dulu?

Malangnya ia berterusan hingga ke hari ini. Ramai Melayu berkhianatan sesama sendiri dan itu sahaja membuatkan mereka akan diperhambakan oleh pengambil peluang yang menekan dalam bentuk yang baru.

DI MANA SILAPNYA?

1 comment:

Pendekar Melayu said...

orang melayu dahulu sering bertelagah sesama sendiri. semuanya berpunca dari kelemahan sultan. sultan sultan yang tamak dan gila kuasa sanggup membuat apa saja sehingga menggadaikan negeri.

mujurlah sekarang sultan telah terikat dengan perlembagaan. kalau tidak, tak tahulah apa akan terjadi.

tapi kita harus ingat, semuanya ketentuan Allah s.w.t jua. semua yang berlaku ada hikmahnya.

disebabkan penjajahan british, kita orang melayu telah dapat berfikir.kerana penjajahan british juga, kita mendapat ilmu pengetahuan.

dan akhirnya kita dapat menubuhkan sebuah negara yang bersatu daripada negeri negeri yang berpecahbelah.

semuanya adalah didalam perancangan Allah s.w.t jua. Hanya Dia yang mengetahui segala yang nyata dan tersembunyi.

oleh itu kita tak perlulah kesali apa yang telah lepas.cuma kita perlu mengambil pengajaran dari peristiwa terdahulu supaya kita tidak mengulangi kesilapan sama.