Rabu, Oktober 20, 2010

CEUPACS Sarang Penjawat Awam Anti Kerajaan?

Melihat pada blog CEUPACS, jangan terkejut apabila mendapati ura-ura mensabotaj kerajaan, mogok dan mencaci maki pemerintah sangat berleluasa terutamanya berkaitan isu bonus.

Perkara ini hakikatnya memang mengejutkan tetapi lebih memeranjatkan apabila daripada komen-komen yang dibuat pada posting yang berkaitan dengan pejuangan CUEPACS bagi tuntutan bonus itu kebanyakannya mengutuk kerajaan.

Bukan itu sahaja, mereka juga dihasut dan didorong oleh suara-suara yang mahu memangkah pembangkang pada PRU13.

Ini menampakkan orientasi wang pada minda mereka membunuh nilai-nilai bijaksana yang ada pada fikiran mereka dalam mentelaah situasi ekonomi hari ini.

Baru 10 bulan selepas negara keluar dari pertumbuhan KDNK negatif, mereka terus menuntut bonus dua bulan dan lebih pelik, CEUPACS merestui kebodohan pemikiran yang sebegini.

Lebih pelik apabila mereka seolah-olah lupa bahawa untuk tahun 2010, setiap penjawat awam Gred 54 dan kebawah telah memperoleh RM1000 setiap seorang sebagai saguhati. RM500 pada 1 September 2010 dan RM500 lagi pada 23 Disember 2010 kelak.


Sebelum ini, ramai yang berpendapat bahawa antara faktor menurunnya sokongan pengundi terhadap Barisan Nasional pada PRU 2008 adalah kerana tiada bonus yang diberikan pada tahun 2007.

Akibat terdorong dengan rasa bongkak dan diperhambakan wang ringgit, CEUPACS seolah-olah merestui suara-suara yang mahu mensabotaj PRU 13 pula.

Apa tugas CEUPACS sebenarnya? Mana perjuangan untuk menaikkan Pembantu Tadbir dari Gred 17 ke Gred 19? Mana perjuangan untuk memastikan perkhidmatan awam keluar dari kepompong?

Yang ada hanya perjuangan menuntut bonus yang tidak sudah-sudah. Akibatnya, sesetengah orang berpendapat, Omar Osman adalah sesumpah yang menganut fahaman pembangkang. Sesetengah lagi menyebut, Omar Osman adalah kepala CEUPACS paling bingai pernah wujud.

Jika pengkhianatan oleh penjawat awam menjadi berleluasa akibat kedangkalan pemikiran mereka ini, semuanya menampakkan agenda tersembunyi CEUPACS kerana bersikap tidak menjalankan penerangan sewajarnya.

Yang menghairankan, suara-suara sial yang mahu mensabotaj pemerintah pada PRU 13 ini, tidak pula dibela oleh pihak yang mahu mereka undi.

Jika menang pembangkang pada PRU 13, sesungguhnya, Melayu-Melayu tolol dalam perkhidmatan awam inilah yang akan disapu keluar dulu bagi digantikan dengan bukan-bukan Melayu.

Malangnya mereka jauh dari pemikiran yang realistik dan akal yang cerdas. Itulah realiti penjawat awam hari ini.

10 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Aku tengok Cuepacs ni dah semakin 'kering akai'. Kawan aku yang kerja kerajaan pulak pernah musykil kat aku, bila masa pulak diorang ni amanahkan Cuepacs wakili diorang. Memang automatik jadi ahli ke? kau pun tak faham...

Tanpa Nama berkata...

masaalahnya kakitangan awam sekarang ni dah bijak memikirkan hal hal ekonomi. mereka tahu kalau beri bonus juga akan merancak kan ekonomi. wang akan bergerak.malaysia nak high income jadi dimana nak start..tentunya pada kakitangan awam. pendapatan perlu di naik kan so gaji mesti la tinggi..

Tanpa Nama berkata...

gaji boleh naik.. tapi bukan dengan cara ugut.. tapi dengan produktiviti.. bukan dengan ugut... kalau ugut.. itu macam dah geng gengster ngan hindraf je..

Tanpa Nama berkata...

Sepatutnya, kakitangan awam bersyukur dgn gaji yg ada, sekurang-kurangnya masih bergaji ketimbang dgn pekerja swasta yg xtentu arah sekarang ni dan juga pada mereka yg menganggur disebabkan syarikat2 yg gulung tikar

Tanpa Nama berkata...

kakitangan awam malaysia mana reti bersyukur?? mereka cuma tahu meminta.. dan meminta.. alasan barang harga mahal.. dah mahal beli buat apa.. ? ukur baju badan sendiri la.. yang hutang keliling pinggang kenapa? biar papa asal bergaya tu adalah motto kakitangan awam

fikirkan berkata...

Anonymous said...

masaalahnya kakitangan awam sekarang ni dah bijak memikirkan hal hal ekonomi. mereka tahu kalau beri bonus juga akan merancak kan ekonomi. wang akan bergerak.malaysia nak high income jadi dimana nak start..tentunya pada kakitangan awam. pendapatan perlu di naik kan so gaji mesti la tinggi..
October 20, 2010 7:49 AM


cakap jgn ikut kepentingan sendiri.. jika kakitangan awam gaji naik ... harga barang naik.. yang seksa ialah bukan kakitangan awam.. ingat la sikit.. kakitangan awam 1.2 juta je.. paling tidak yang bergantung dengan pendapatan mereka lebih kurang 5 juta orang... ingat sikit dengan 24 juta yang lain.. yang tak berkait langsung dengan pendapatan kakitangan awam.. tapi terpaksa menanggung kesengsaraan inflasi..

Tanpa Nama berkata...

CEUPACS MEMANG MANUSIA YG X BERSYUKUR.GAJI DAH ADA,KERJA T ASYIK ERJAMIN,KEMUDAHAN PINJAMAN MUDAH.TAK MCM KAMI ORG SWASTA NI..ADA KERJA ADA GAJI..BYK PROBLEM KALAU NAK BUAT PINJAMAN.CEUPACS NI KERJANYA TAK BERAPA BAGUIH TAK BUAT RESEARCH..ASYIK-ASYIK NAK BONUS.MASAALAH CEUPACS NI SEBENARNYA BOS DI SI OMAR NI DAH NAK LEMAK,NAK JADI HERO TAK BERTEMPAT ASYIK MELALAK JE..TEMAN DENGAR CERITA SEBENARNYA SI OMAR NI PRO PEMBANKANG,JGN-JGN MASA PILIHANRAYA DULU ,SIMAMAT NI PANGKAH PEMBANKANG.INILAH NAMANYA BELA ANJING TERSEPIT ATAU GUNTING DLM LIPATAN,MENJADI BATU API YG SENTIASA MENGADU DOMBA.WAHAI PENJAWAT AWAM SEDARLAH,ANDALAH MANUSIA PALING BERTUAH KRN PALING BANYAK DPT KEMUDAHAN.IBARAT PERKERJAAN ANDA 5*{BINTANG}MUHASABAHLAH,BERSYUKURLAH.BUANG AJE SITANGGANG OMAR TU.BUAT ROSAK PERSATUAN JE..

Longchepoh berkata...

Akupun kerja gomen. Memang betui aku tengok kepala cuepacs yang sekor ni nak jadi popular mudah ialah minta bonus dan naik gaji. Zaman Pak lah dulu dah dibagi kenaikan cukup tinggi, pun tak bersyukur lagi. Tahun ni buta saja dapat 1000 pun tak terima kasih lagi. Hangpa tau dak pasai apa jadi lagutu. Pasainya depa tu otak dah dikuasai puak haprak pembangkang. Pembangkang mana reti bersyukur walaupun suruh orang lain sentiasa bersyukur.

Tanpa Nama berkata...

CUEPEC ni nak duit lebih ja..tp tahu tak sekarang produktiviti lemah dikalangan penjawat awam. Movement kerja tu sambil lewa, mcm bateri lemah, kalau hari jumaat fuhhh penuh shopping merayau-rayau kat shopping komplek yg wanita la atau orang cakap semangat, hari isnin mcm muka bangun tidur tak semangat. Nak duit lebih, nak bonus lebih, melampau sebab apa boss org melayu majikan orang melayu, sbb tu berani..cuba tgk di pejabat dimana 1k pekerja 10pcent melayu, 10 tahun tak de bonus, increment pun max 5 pcent (basic) atau min rm50 orang melayu sengih terima tak berani nak cakap apa, walhal kaum cina dlm pejabat terima 5-20pcent (basic).

Tapi kami ni kerja tak merungut walaupun sakit hati tp bersyukur kerana kami bekerja seiring dgn kaum cina yg lain yg bersemangat, dateline setiap projek/kerja, makan berjalan pun kira nak cepat sbb otak berfikir nak selesai kerja agar semua dukumen selesai tak mahu nanti pelanggan marah.

Kekadang terfikir best jugak kerja dgn gomen, tp bila fikir 3x tak mahu pulak sbb takut nanti sindrom yg ada dlm penjawat awam berjangkit.

tungkaran hati berkata...

Kami daripada golongan Petani, Peladang, Nelayan dan juga Buruh kasar ingin juga nak merasa BONUS! tapi nak minta pada siapa? diharapkan agar Presiden CUEPACS dapat dilantik menjadi MENTERI BONUS untuk memudahkan kami berurusan!
Seumur hidup kami belum pernah menerima BONUS!