Seperti telahan teman, Zulkifli Nordin juga menelah perkara yang sama. Anwar yang ketakutan semasa menjadi Timbalan Perdana Menteri Malaysia telah menggunakan Cawangan Khas PDRM (special branch) untuk mencekup dan membelasah Ummi Hafilda dan Azizan Abu Bakar 13 tahun lalu.
Itu bukti apabila kuasa ada ditangannya. Sebab itulah apabila timbul isu WikiLeaks, Anwar tidak menyalahkan DAP. Anwar menyalahkan Bukit Aman. Ini kerana PDRM telah mempunyai terlalu banyak maklumat mengenai kegiatannya.
Bagi teman, tempoh 11 bulan antara Karpal Singh mula mengadu di parlimen perbuatan TPM pada ketika itu dan tarikh TPM itu dipecat, adalah penuh dengan kenyataan-kenyataan yang tidak diketahui rakyat.
Anwar lebih mulia jika setelah dipecat, dia beralih ke bidang perniagaan atau bersara dari politik dengan mengerjakan ibadah sebanyak mungkin sebagai cara untuknya menyesali perbuatannya itu.
Tetapi dia memilih untuk menjadi pemberontak. Sebabnya mudah. Contohnya, jika A merogol kakaknya dan dibuang dari keluarga, sebagai seorang pemberontak, sudah tentu A akan mendendami keluarganya sendiri dan darah-dagingnya itu walaupun A tahu, dia adalah salah.
Yang salah tetaplah salah. Orang ternama, melakukan liwat? Dibuang jawatan? Sudah tentulah apa yang perlu dilakukan ialah untuk menipu demi maruahnya. Ini kan ciri-ciri seorang yang bernama Anwar Ibrahim.
Padahal telah disuruh letak jawatan TPM dengan penuh hormat, tapi enggan. Dibuang pun tidak disebut kerana melakukan salah laku seks. Yang disebut cuma rasuah dengan mengkayakan kroni-kroni. Sebab itu dia berani menyebut "sapa yang tak buat?" dalam Mesyuarat Tergempar MT UMNO.
Sumpah laknat sudah sampai. Penyokongnya pun bakal kena getah. Bertaubatlah.
4 comments:
tuhan masih buka ruang..
jgn sia2kannya..
kita nasihat sesama islam.. bertaubat lah..
Hoi Anwar.....ingatlah sikit seksaan kubur...kau pasti tewas dalam pru 13 nanti dan terus hidup merempat...percayalah pada ketentuan illahi...
selain kita harapkan rakyat sedar, kita wajar doakan dia sendiri sedar
Kalau dahulu tahun 1998 didedahkan bahawa Anwar adalah ejen CIA/Mossad, pasti ramai yang tidak percaya dan mengatakan mustahil. Ramai orang termasuk cerdik pandai sendiri akan mengatakan itu hanya cerita rekaan semata-mata. Mereka akan kata buat apa Amerika nak kuasai Malaysia yang kecil ini, bukan ada apa pun.
Ingatkah kita dengan pendedahan Timbalan Gabenor Bank Negara bahawa mengarahkan beberapa juta ringgit peruntukan dari akaun sulit disalurkan kepada IIIT Amerika dan APPC/Douglas H. Paal Amerika, serta lain-lain pertubuhan antarabangsa di luar negara. Rupanya semuanya ada kaitan dengan CIA/Mossad.
IIIT ini ditubuhkan di Amerika dengan mengambil cerdik pandai Islam yang bersikap 'moderate' yang menentang kerajaan Islam seperti di Arab Saudi, Mesir, Sudan dan lain-lain. Atas inisiatif Anwar, cawangan IIIT ditubuhkan di Universiti Islam Antarabangsa (UIA) Malaysia. Dan masuklah beberapa beberapa ulama IIIT Amerika yang berperwatakan kaya dan mewah, sebagai pensyarah malah Rektor UIA.
Fikirkanlah kenapa apabila Anwar dipecat, rektor UIA pun turut meninggalkan UIA sedangkan tempohnya sebagai rektor masih panjang?
Sebuah stesyen TV swasta di Australia pernah mengaitkan Anwar dengan pengganas kerana kaitan dengan IIIT.
Setelah Anwar dibebaskan dari penjara, terus sahaja menetap di Amerika dan menjadi pensyarah pelawat di 2 buah universiti terkemuka. Tanyalah kepada pusat-pusat pengajian tinggi di Malaysia, bolehkah dengan kelulusan ijazah biasa, untuk menjadi pensyarah! Begitu rendahkah standard universiti di Amerika?
Di Amerika, Anwar pernah menjadi pengerusi Foundation of the Future (FFF), sebuah pertubuhan yang meragukan dari segi perjalanan dan kewangannya.
Kenapa pula apabila Anwar turut berdemonstrasi dengan PAS mengutuk keganasan zionis Israel di hadapan kedutaan Amerika Syarikat di Kuala Lumpur, Anwar terpaksa bersegera ke Amerika meminta maaf kerana mengeluarkan kata-kata kesat terhadap yahudi? Sebelumnya pun, Anwar telah terpaksa memberi penjelasan kepada "rakan-rakannya" di Amerika atas membangkitkan isu APCO, yang seolah-olah bersikap anti-yahudi.
Banyak lagi perhubungan yang lebih mendalam dengan yahudi dan hanya pihak tertentu sahaja yang tahu. Anwar kelihatan semakin terperangkap dengan permainan kotornya sendiri. Untuk menarik sokongan orang Islam, dia terpaksa menggunakan Islam sebagai isu tetapi tidak boleh berlebihan, takut menyinggung rakan yahudinya. Sebab itu Anwar tidak mahu PAS membangkitkan isu perjuangan negara Islam dalam PR.
Tanda-tanda Anwar semakin tidak diperlukan oleh sponsor ganasnya telah mula ditunjukkan dengan berbagai pendedahan, terbaru oleh "wikileak". Percayalah lama-kelamaan, rakaman "aktiviti riadah" Anwar di luar negara pun akan boleh kita lihat. Kalau Anwar bertaubat, bererti terpaksa meninggalkan atau belot terhadap "sponsor ganasnya" itu dan pastinya mereka tidak akan membiarkannya begitu sahaja. Anwar sendiri faham akan akibatnya.
Cuba kita tanya dan jawab sendiri soalan ini. Adakah yahudi menyokong Anwar untuk benar-benar menegakkan al-Quran dan sunnah? Kenapa Amerika tidak menggunakan khidmat ulama sebenar seperti Al-Azhar atau ulama tersohor lain?
Post a Comment