Khamis, Disember 30, 2010

'Harimau Malaya' Memang Tidak Sesuai Untuk Malaysia

Teman sependapat dengan pendapat persatuan belia di Sabah yang tersinggung dengan nama Harimau Malaya. Bukan sahaja Sabah, malah, Sarawak juga pastinya tersinggung dengan gelaran tersebut.

Bukan sahaja mereka, malah teman orang Malaya sendiri tersinggung dan malu. Teman hari ini warga negara Malaysia yang berasal dari Malaya. Pasukan negara mewakili Malaysia. Bukan mewakili Malaya (Semenanjung).

Kita sendiri tahu bahawa Malaysia dibina oleh Malaya, Sabah, Sarawak dan Singapura. Singapura keluar dua tahun kemudian.

Jadi untuk pasukan negara, mengapa kita perlu menggunakan nama Harimau Malaya yang langsung tidak memberi identiti 1Malaysia secara keseluruhannya.

Perkara ini jangan diambil ringan. Ia seolah-olah menunjukkan kita tidak mempunyai pengetahuan mendalam terhadap negara sendiri dan membolehkan anasir-anasir luar mencucuk pinggang supaya kita melatah.

Memang nama binatang yang menjadi maskot itu ialah Malayan Tiger. Tetapi dalam aspek mewakili Malaysia, 'Harimau Malaya' langsung tidak relevan dan mempunyai elemen pecah belah untuk Persekutuan Malaysia.

Jangan jadi bangsa yang cetek ilmu pengetahuan dan rendah sensitiviti.

Belia Sabah tersinggung dengan gelaran ‘Harimau Malaya’
30/12/2010 4:15pm

TUARAN, 30 Dis. - Belia di Sabah yang teruja dengan skuad bola sepak Malaysia menjuarai Piala AFF Suzuki 2010 mahu gelaran “Harimau Malaya” yang dirujuk kepada skuad itu digantikan dengan “Harimau Malaysia”.

Ramai belia di Sabah dikatakan tersinggung dengan ungkapan Harimau Malaya yang sering digunakan oleh pihak media.

Pembantu Menteri Belia dan Sukan Sabah, Datuk Jahid Jahim berkata, ramai golongan belia di Sabah menghubungi beliau yang mengadu tersinggung dengan pihak media yang sering merujuk pasukan Malaysia dengan gelaran Harimau Malaya atau Singa Malaya.

20 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

bukankah malayan tiger tu nama SPECIE, macam siberian tiger dan sumatran rhino? kenapa sempit sangat pemikiran?

Ular Menyusur Akar berkata...

Harimau Malaya ada nilai sejarahnya. Nama itu bukan mewakili semenanjung,tapi nilai sejarah yang besar. Sejarah tidak boleh di tukar.

agbr47: Kenali sejarah kita.

Tanpa Nama berkata...

Nama malaya pun nak kecik ati ker...haduss sentimental sangat...klu betol nak sokong pasukan negara apa pun gelaran bolah pakai

Tanpa Nama berkata...

Benar. Harimau Malaya ialah nama spesis. Tidak wujud haiwan yang bernama Harimau Malaysia.

Samalah seperti bahasa Indonesia. Bahasa Indonesia tak wujud.Yang wujud hanyalah bahasa Melayu. Nama Bahasa Indonesia ialah nama palsu dan rekaan untuk merujuk kepada bahasa Melayu.

Wujudkah bahasa Australia? Bahasa Brazil? Bahasa Jordan? Bahasa Taiwan? Bahasa New Zealand? Bahasa Amerika Syarikat.

Tanpa Nama berkata...

alahai benda mcm ni pon nk jadi isu ke bai?mcm budak2 betul la.kan gelaran ni dh wujud dulu2.kenapa taknak dispute pulak?apajadah la depa ni.mcm2 la..semua benda nk dpolitikkan.mcm hantu kak limah pulang ke rumah sungguh!

Tanpa Nama berkata...

hehehe...nama universiti Malaya xnak mintak tukar ke Universiti Malaysia jugak kee yob?!...ramai gak budak2 Sabah dan Sarawak kat situ!

Bak kata pengomen yg lain...dah nama saintifiknya 'harimau Malaya', mana boleh suka2 hati tukar!

hehehe...badak sumbu 'sumatra' klau jumpa dlm hutan Sabahpun tetap dipanggil badak sumatra!...tarak boleh suka2 panggil badak 'Sabah' ooo!


anakjati_sgway

Tanpa Nama berkata...

KEPALA OTAK KAU, MALAYA HIPOKRIT!
Jadi klu ORG Sbah @ Swak dlm team M'sia, digelar Team BORNEO! kau rasa apa? P+kim+k!

Ular Menyusur Akar berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Ular Menyusur Akar berkata...

Jika hanya sekadar specie, ia tidaklah begitu hebat. Ada nilai sejarah di mana pasukan tentera melayu menentang komunis koumintang dalam pasukan yang di panggil Force 136. Kehebatan dan keberanian pasukan ini sehingga di gelar sebagai Harimau Malaya. Di antara pejuang kita yang terkorban dengan keberaniannya ialah Lt Adnan. Bermula dari situ harimau malaya menjadi sebutan dan perumpamaan. Kenapa kita tidak mempertahankan nilai sejarah bangsa kita sendiri.

http://en.wikipedia.org/wiki/Force_136

Tanpa Nama berkata...

mari mengenal spesis binatang.

specis harimau..

harimau malaya = malayan tiger


......harimau malaysia belum ditemui.



spesis singa...

singa = lion

singapura = lionpore
..jadi mercu tanda kota singapura.

Wake UP! berkata...

Tu nama harimau tu la mangkuk hayun. Benda kecik pun nak diperbesarkan.

Sebelum komen, kaji dulu nama tu asal dari mana.

Tanpa Nama berkata...

dasar bengong..nape baru sekarang nak pertikaikan??? sebab malaysia dah menang piala????

Tanpa Nama berkata...

betul gak.knp ms awal2 dl x bising pun.dah menang br sumer t'hegeh2 nak kredit skali.sumer rakyat malaysia tau org sabah dan sarawak jg rakyat malaysia.rakyat sabah dan sarawak yg lain xde pun bising2 even celebrate skali kejayaan pasukan harimau malaya.yg bising ni cumer org2 politik yg nak nama sj.cukup2 la berpolitik.

IPOH MALAY berkata...

teman paham .. kalau semua satu negara paham.. teman setuju je..

alaaaa... give n take la kan... "harimau Negara" ke.. "harimau Malaysia" ke "Harimau siang" ke.. tetap lah semua orang tahu bahawa ianya adalah HARIMAU MALAYA... dengan kata lain.. pantera tigris malayanses..

malaysia dibina oleh 3 negara.. malaya, sabah dan sarawak.. itu pun sejarah yang tak boleh dinafikan jugak...

gi buat roadshow kat belah sana biar dorang paham... sebab tak paham la jadi macam tu kan... teman yang paham ni... TAK SETUJU sebab teman tau kat sebelah sana ada yang tak paham..

Tanpa Nama berkata...

kalau kecoh2 sangat, tukar je nickname ORANGUTAN
but, nanti ORANG BANDAR marah pulak...hehehehehe

Tanpa Nama berkata...

Pasukan bola sepak Malaysia telah menggunakan 'Harimau Malaya' sebagai maskot dan juga gelaran kepada pasukan itu. Jersi utama pasukan bola sepak Malaysia juga diadaptasi daripada corak belang yang terdapat pada Harimau Malaya.

kata wakapedia

Tanpa Nama berkata...

begitulah melayu...sungguh ego bila berkata2..mcm menang piala dunia.. takde maknanye nak berkecik hati klu seorang menteri bodoh yang kononnya mewakili keseluruhan belia bercakap mengenainya..Yang korang lagi bangang terus kutuk orang borneo apa pasal?? gara2 seorang buat onar..korang libatkan semuanya sekali la??
Melayu oh melayu..kamu dah menunjukkan yang kamu itu lebih hipokrit dari cina,india..

Tanpa Nama berkata...

Spesies yang digunapakai oleh pasukan kebangsaan sekarang adalah Harimau Malaya.
Sebab itu dipanggil Harimau Malaya.
Bukan sebab negara Malaya.

Tapi kalau nak letak Malaysia, boleh.
Tukar kepada Limau Malaysia.

OK?

Tanpa Nama berkata...

tulah..yang main bola tu bukan manusia tapi binatang, sebab itu harimau malaya. universiti malaya sesuai digelar sebab ianya di malaya saja, tidak ada di sarawak atau sabah. apa apa pun AFC Suzuki sekadar 8 negara ja, tu pun bukan hebat sangat, kalau Harimau Malaya nak mengaummmm.... cubalah Piala AFC,nti jumpa korea kalau sempatlah...kwang kwang...

Tanpa Nama berkata...

ingat tak orang semenanjung zaman ketika malaysia lawan korea selatan...orang malaya kah yang menjaring....kan orang sabah...gol kemenangan malaysia menentang korea selatan....boleh lagi kah orang malaya menang kat korea selatan. dulu tiada pun gelaran harimau malaya, sekadar pasukan malaysia saja.