Thursday, December 02, 2010

Kedah Dicadang Tuntut Semula Pulau Pinang

ALOR SETAR 1 Dis. – Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Kedah (PSMCK) hari ini mencadangkan supaya Pulau Pinang dikembalikan kepada Kedah kerana negeri tersebut pada asalnya kepunyaan Kedah.

Pengerusi PSMCK, Datuk Wan Shamsudin Mohd. Yusof berkata, cadangan itu ditimbulkan kerana Pulau Pinang adalah hak milik Kedah sebelum berlakunya perjanjian antara Sultan Kedah dan British pada 1786.

“Setelah negara kita merdeka pada 1957, Pulau Pinang yang dijajah sepatutnya dikembalikan kepada Kedah sepertimana Dinding dan Pangkor dikembalikan kepada Perak.

“Tetapi Pulau Pinang tidak dikembalikan kepada Kedah dan terus dijadikan sebuah negeri yang berasingan,” ujarnya kepada pemberita di sini hari ini.

Dalam perjanjian yang dibuat antara Sultan Kedah ketika itu, Sultan Dhiauddin Mukarram Shah dan Leftenan Gabenor Pulau Pinang, Sir George Leith Baronet pada tahun 1800, Pulau Pinang dipajak untuk menampung keperluan ekonomi pada masa itu.

Pada ketika itu, Pulau Pinang dipajak dengan harga 6,000 manakala Seberang Prai dipajak dengan harga 4,000 dan pihak British membayar wang tersebut kepada Sultan Kedah dengan menggunakan mata wang Sepanyol.

Menurut Wan Shamsudin, Pulau Pinang dan Seberang Perai disifatkan masih hak milik Kedah kerana duit pajakan masih dibayar oleh Kerajaan Pusat dengan nilai RM10,000 setiap tahun kepada kerajaan negeri Kedah pada masa ini.

“Pembayaran pajakan masih wujud sehingga kini dan ini bererti, keadaan tersebut masih wujud dan tidak salah untuk Kedah membuat tuntutan,” jelasnya.

Tambahnya, pihaknya akan mengadakan satu seminar dengan pakar-pakar sejarah untuk mengumpulkan fakta-fakta dan bukti yang berkaitan dengan sejarah Pulau Pinang yang dahulunya di bawah naungan Kesultanan Kedah.

“Kami juga akan menyerahkan bukti dan fakta tersebut kepada pihak-pihak yang bertanggungjawab dan terserah kepada mereka untuk menuntut semula Pulau Pinang atau tidak,” katanya.

Ulasan

Blog ini telah lama berpendapat bahawa Pulau Pinang harus dikembalikan semula kepada kerajaan Kedah. Kerajaan pusat yang masih membayar RM10,000 sebulan kepada Kedah atas sewa pajakan Pulau Pinang, secara logiknya boleh menyerahkah sahaja Pulau Pinang kepada Kedah.

Lagipula diktator Lim Guan Eng yang menyemarakkan sentimen autonomi di Pulau Pinang adalah pemain taktik licik yang cuba memisahkan Kedah dan Pulau Pinang dengan garis yang jelas walhal Kedah dan Pulau Pinang perlu disatukan kembali seperti Dinding bersatu dengan Perak.

Soal ini tidak boleh disamakan dengan pembayaran Kerajaan Pusat kepada Kesultanan Suluk kerana Kesultanan Suluk mahu Sabah dimajukan oleh Malaysia. Tiada tuntutan.

Tetapi Pulau Pinang yang semakin hari semakin bertingkah dan berulah, perlu diajar tentang dasar sejarah yang banyak tidak difahami oleh PENDATANG.

Ya. hanya pendatang yang tidak faham sejarah. Andakah anda pendatang? Jika tidak, buktikan anda bukan pendatang!

7 comments:

Anonymous said...

patut kena bayar RM40,000 bukan RM10,000 sebab spanyol dah pakai euro, jadi perjanjian terbatal, kecuali sultan Kedah kata tak pe, no hal, kalau dia kata kerajaan Pulau pinang bayar tak cukup, jadi perjanjian terbatal le. secara automatik penang jadi Kedah 2

Wake UP! said...

Ambik balik sajalah.

Anonymous said...

perjanjian tu antara inggeris dengan kedah,depa dah balikkan jadi p.pinang kena bagi balik kat kedah la,yahooo p.pinang akan ada sultan

Anonymous said...

Malaysia bila plak nak tuntut semula Singapura?..kalau tak dapat,Pulau Batu Putih pun jadi la...takut pulak tetiba Sabah n Sarawak mintak keluar dari Malaysia..

Abe Pok Pok said...

Poknik bilo nak tuntut Patani?

nm Ehsan said...

Saya setuju dengan cadangan tuntutan Kedah keatas P-P. Tapi kajian harus lebih mendalam berkenaan ibu negeri (hal ini kerana Geoegetown dan Alor Setar adalah bandaraya), pembahagian parlimen & dun, kuasa pemerintahan (Garbenor P-P dan Sultan Kedah), dan pandangan penduduk.

Peknga87 said...

Buat pi lah macamana pon.. kedah 2 ke apa ke janji negeri dalam MALAYSIA jugak yang kita mahukan.. Singapura jadi megeri dalam MALAYSIA pun apa salahnya, kita terpisah bukan kerana kita memusuhi satu sama lain.. tapi sebab kebiadapan bangsa lain yang berfikiran gila kentang [gila kuasa] sama macam DAP nak Buat Penang jadi singapura 2.. dan PR yang nak pisahkan Sabah n Serawak dari MALAYSIA.. xbley blah depa nih..