Saturday, December 04, 2010

Ketuanan Melayu : Kenapa Sampai ISA ?

Ketuanan Melayu: Penasihat undang-undang UMNO saran guna ISA

04/12/2010 2:18pm

KUALA LUMPUR 4 Dis. - Penasihat Undang-Undang UMNO Datuk Mohd. Hafarizam Harun menyarankan agar Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) diguna pakai dalam isu berhubung kenyataan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengenai ‘Ketuanan Melayu’ semasa Kongres Nasional PKR Sabtu lepas.

Beliau berkata, kenyataan itu sekali lagi mencabar kedudukan dan hak istimewa orang Melayu yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan apa yang dikatakan oleh Dr. Wan Azizah bahawa ketuanan Melayu harus ‘dibakulsampahkan’ merupakan satu bentuk cabaran secara khusus kepada peruntukan undang-undang iaitu Perlembagaan Persekutuan dan ia bukanlah satu hak kebebasan untuk bersuara.

Ulasan

Sabar dulu. Jangan terburu nafsu. Kita sedang mengumpul peluru, tidak perlulah kita sedekah kepada pembangkang peluru yang kita kumpul.

ISA memang ada relevannya digunapakai atas mereka yang mendatangkan ancaman ketenteraman. Contohnya, sekiranya hasutan tidak mendatangkan kesan malah disambut dingin, kita lawanlah dengan apa cara yang ada.

Jika menggunakan cara ISA, nanti dikatakan UMNO memperguna ISA. Ini kerana Ketuanan Melayu tidak dicatatkan perkataannya dalam perlembagaan pun. Perkara ini jika diperselisihkan melalui perundangan sekalipun tetap berlandas kepada butiran perkataan dalam perlembagaan itu sendiri. Dah memang itu caranya.

Panggil jer Anwar, dan ajak debat tentang Ketuanan Melayu. Kalau UMNO tak ada modal, jemput blogger-blogger mesra kerajaan untuk berdialog dengannya.

Semasa dia nak kencing rakyat mengenai harga minyak, diberi slot untuk dia pulak. Tapi kesesuaian Shabery Cheek pada masa itu memberi merit kepada penipu ini.

Anwar patut diheret ke TV lagi. Ketuanan apakah yang dimaksudkan? Dia puncak tertinggi PKR bukan contoh Ketuanan Melayu kah?

Kit Siang sebagai hanya TPM bukan sebab Ketuanan Melayu kah?

Ini gila punya Melayu. Tipu olang.

2 comments:

Wan said...

Pelik betul apabila orang Melayu sendiri nk hapuskn ketuanan Melayu.Mungkin selepas ini mereka hendak hapuskan perkataan Melayu dalam Mykad mereka dan ganti dengan bangsa 'alien' kot.Sedangkn ketuanan Melayu digunakan dan DEB dilaksanakan ramai lagi orang Melayu yang susah dan merempat kat tanah tinggalan nenek moyang sendiri .Ini tak termasuk apabila nama Tanah Melayu juga ditukarkan kepada nama Malaysia.Kini perkataan 'ketuanan Melayu' itu sendiri dipersoalkan oleh orang Melayu yang tak sedar diri!...Renung-renungkn lah apabila suatu hari nanti orang MELAYU mungkin akan bertuankn bangsa asing seperti yang berlaku pada sejarah terdahulu.