Khamis, Disember 16, 2010

Tahniah Skuad Kebangsaan. Kami Mahu Lebih lagi!


Nasionalisme dan cinta negara hakikatnya boleh diterap dengan sukan paling popular. Bolasepak. Jika negara mempunyai pasukan bolasepak yang mantap, pastinya akan menimbulkan rasa bangga kepada rakyat dan dengan ini, usaha nasionalisma dan patriotisma dapan dijalankan bersekali.

Teman perhati rakyat Indonesia. Lepas team demer menang sana sini, rasa cinta negara demer jadi lebih menebal. Jadi kita juga boleh menggarap kaedah yang sama.

Jika dilihat di Bukit Jalil malam tadi, ramai juga penyokong dari kalangan bukan Melayu yang turun menyaksikan perlawanan bola tersebut.

Jika untuk perlawanan dalam negeri, ramai mereka cuma sekadar ke sana sebagai agen judi yang bertaruh sahaja. Ini teman bukan reka. Ini fakta.

Tak tahu la pulak kalau malam tadi mereka ke sana juga disebabkan betting atas perlawanan melalui ejen-ejen haram.

Yang penting, teman dapat rasakan politik bijak bolasepak tanahair pada perlawanan mula menentang Indonesia tempoh hari.

Mereka nampaknya tidak bermain dengan sepenuh semangat juang kerana mereka seperti ada agenda lain.

Tetapi, harapan teman, pasukan Malaysia dapat mencipta kemenangan lebih besar lagi di Hanoi dan hanya dengan itulah, rasa semangat cinta negara akan lebih harum subur di hati buat mereka yang keraguan.

Congak punya congak, akhirnya Vietnam lawan Filipina. Rasakan! Hehehe.

Tiada ulasan: