KUALA LUMPUR 6 Julai - Perkhidmatan tren elektrik (ETS) yang dijangka menjimatkan masa perjalanan antara Ipoh ke Kuala Lumpur daripada tiga jam kepada dua jam akan beroperasi pertengahan bulan ini.
Presiden Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB), Dr. Aminuddin Adnan bagaimanapun tidak menyatakan tarikh pelancaran perkhidmatan yang bergerak pada kelajuan 140 km sejam itu.
Beliau berkata, KTMB menyasarkan pengguna daripada golongan profesional dan ahli perniagaan, selain pengguna pengangkutan awam sedia ada.
"Dengan kelajuan yang tinggi 140kmj, kita akan mengurangkan masa perjalanan dan menjimatkan masa. Perkhidmatan pramugari dan pramugara yang disediakan dapat memberi keselesaan dan perkhidmatan yang lebih baik kepada pengguna.
"Pada masa akan datang, kami akan sediakan wifi dan kami sedang mendapatkan service provider untuk menyediakan perkhidmatan itu," katanya kepada Bernama di sini. - Bernama
Ulasan
Tahniah kepada Kementerian Pengangkutan kerana berjaya juga akhirnya merealisasikan perkhidmatan ini walaupun kerja pembinaan rel berkembar telah bermula 10 tahun lalu.
Kadang-kadang kita hairan bagaimana lebih 100 tahun dulu, British mengambil masa 10 tahun untuk membina laluan keretapi, menebuk bukit, menambak lurah, meneres tebing untuk jaluran rel sepanjang beratus-ratus kilometer.
Hari ini, dalam kepantasan teknologi mengambil tempat, sebuah sistem rel elektrik berkembar sejauh 190km mengambil masa 10 tahun untuk disiapkan.
Lupakan perkara yang telah lalu dan jadikan ianya iktibar. Untuk Ipoh-Padang Besar dan Gemas - Johor Bahru, sudah tentulah kita dapat mempelajari dari apa yang berlaku di Ipoh- Rawang ini.
Cuma, kadar tambang yang mencecah RM40.00 itu perlulah dikaji sedikit bagi membolehkan semua golongan dapat merasai kemodenan perkhidmatan rel ini.
Seharusnya masalah lapuk tidak lagi menjadi alasan untuk Malaysia yang maju. Yang tidak ingin maju dan berfikiran kekampungan, mereka boleh bawa kedunguan mereka ke liang lahad.
4 comments:
Tahniah orang Ipoh / Perak.
Terengganu yang sepatutnya LPT dah siap dah sampai sekarang tik siap siap lagi akibat dari tertikar kerajaan 1999 dahulu.
LPT tu kalau dikira dari KL ke Kg hamba menjimatkan perjalanan dari 8 jam kepada 5 jam.
Oh ye.. 140km/h bukan keretapi laju.. :)
140km/h macam normal speed atas plus highway jek. Aku tak rasa akan mendapat sambutan... unless tren 1 jam sekali...
bila la nak rasa naik tren ke terengganu ni... X dgr citer langsung selain khabar angin...
Perlu diterangkan 1.1m punya landasan mcm kt asia tenggara ni paling laju bleh pegi 140 kmh.. Erl pakai 1.5m gauge... Tu pasal leh pegi 160 kmh
KTMB..HARAP MOHON ADAKAN KEMBALI KERETAPI PAGI SHUTTLE DARI KL-UTARA..INI KERANA RAMAI YANG BEKERJA DI IPOH TAPI TINGGALNYA DI TANJUNG MALIM, SUNGKAI,SLIM RIVER, KAMPAR..BUKAN SAHAJA YANG KERJA DI KL RAMAI.TAPI KERJA DI IPOH JUGA ADA.SEJAK JULAI 2011 TIADA PERKHIDMATAN INI, AGAK SUKAR KAMI WARGA PENGGUNA KTMB.MOHON DIADAKAN KEMBALI..
Post a Comment