Sabtu, Januari 08, 2011

Rejuvenikasi BN Belum Terlaksana

Pada tahun 1979, Samy Vellu mula menjawat Menteri Perumahan & Kerajaan Tempatan pada usia 43 tahun.

Lim Keng Yaik menjadi Meneri Perusahaan Utama pada tahun 1986 pada usia 47 tahun.

Ling Ling Sik juga dilantik Menteri Pengangkutan pada tahun 1986 pada usia 43 tahun.

Senario hari ini, Mukhriz Mahathir yang berumur 46 tahun pun hanya menjawat "timbalan menteri".

Jika rejuvenikasi UMNO tidak mengambil tempat, nescaya segala usaha menjadi sia-sia kerana golongan muda tidak dirangsang oleh suara pemimpin muda dalam kerajaan.

Usaha ini pada zaman awal pemerintahan setiap perdana menteri baru, telah memanjangkan hayat pemerintahan Barisan Nasional.

Tindakan kerajaan BN menempatkan orang muda pada tahun 1970an dan awal 1980an adalah ibarat BN diremajakan semula setelah meniti usia tua.

Justeru, kuasa politik UMNO dipanjangkan. Hari ini, disebalik segala laungan, sesungguhnya Malaysia dipimpin oleh kumpulan orang-orang tua akan dipandang tidak releven oleh sesetengah masyarakat pada peringkat tertentu.

Rejuvenikasi belum terlaksana. Ini merupakan salah satu indikasi yang menentang tradisi!

Tiada ulasan: