Sejarah Lembah Kinta dikatakan bermula tidak kurang 1,500 tahun lalu berdasarkan penemuan relik-relik Buddha dari zaman Srivijaya di Tanjung Rambutan (1893) dan Lahat (1931) tertanam berpuluh-puluh kaki di dalam tanah. Pada ketika itu, dikatakan Kinta terletak dipertengahan jalan darat antara pusat kerajaan Melayu Buddha Srivijaya di Palembang dengan kerajaan Melayu Buddha Khmer dan Campa di Indo-China.
Kinta juga dikatakan pusat pentadbiran Gangga Negara pertama sebelum Beruas dan penemuan ini dikatakan terlambat kerana Kinta telah musnah akibat kegelojohan pelombong memusnahkan muka buminya demi bijih timah.
Timah telah dilombong di Kinta pada waktu itu untuk membuat matawang. Ia turut menjadi tumpuan pedagang India dan China yang juga mahukan logam tersebut. Tetapi pada abad ke-9 dan ke-10, Kinta telah ditinggalkan secara misteri dan terbiar sehingga dibuka semula 700 tahun kemudian oleh Sultan Perak untuk aktiviti melombong.
Kisah Datuk Panglima Kulop Kinta yang dikatakan memberi nama Kinta dari bunyi bergenta semasa memudik Sg Kinta tidak memberi apa-apa kesan ke atas penerokaan Ipoh. Keturunan beliau sebahagiannya telah berasimilasi dengan orang asli tinggal di kawasan yang lebih hilir manakala sebahagian keturunannya ada yang menyerap ke dalam masyarakat Temiar dan menduduki kawasan yang lebih hulu.
Sehingga tahun 1750, Ipoh masih dipenuhi hutan rimba di mana gajah dan badak banyak ditemui menjadikan ia tumpuan pencari hasil hutan, tanduk sumbu badak, melombong kecil-kecilan dan menjerat gajah.
Tok Tambak, cucu kepada Tok Changkat Piatu, menjadi Datuk Panglima Kinta pertama dalam sejarah bertulis pada tahun 1750an. Tok Changkat Piatu inilah yang memiliki ciri-ciri dan kesamaan yang paling jelas sebagai nakhoda Sumatera yang bergelar Datuk Panglima Kulop Kinta.
Tok Tambak telah berkahwin dengan Toh Puan Intan, generasi keenam Tun Saban. Anaknya Tok Changkat Segar, Datuk Panglima Kinta Kedua, membuka Kampung Paloh manakala anaknya lagi satu, Tok Changkat Rembia yang menjadi Datuk Panglima Kinta Ketiga, membuka Kampung Kepayang (berdekatan Stadium Perak hari ini).
Bermula dari itu, penggiliran antara kedua-dua pasak Paloh dan Kepayang menjadi tradisi perlantikan Datuk Panglima Kinta.
Dua kampung inilah yang menjadi permulaan kepada kemasukan pelombong-pelombong Melayu dari hilir dan mencetus pembukaan lebih banyak kampung dalam tempoh 50 tahun, termasuklah Kampung Ipoh yang akhirnya menjadi ibu negeri Perak.
Bersambung esok.
Sumber rujukan : Kinta Valley (2005) Khoo Salma Nasution, Abdurrazaq Lubis
9 comments:
haha..sumber bro tu nampaknye dari org keturunan andailing tu..hehe
ya betul.. tapi teman heran.. salma nasution tu mak bapak dia dua2 cina.. hehe
abdurrazaq lubis tu mmg cicit raja bilah.. taiko Papan
bro ni org mandailing ke? hehe saje nak tau..raja bilah bukan je taiko papan, kalau dlm sejarah yg salah seorg pembesar yg menentang jww birch dan enggeris, adalah raja bilah..tapi dia dah tua, dia hantar org je..salma tu yg agak confius sikit dengan beliau..
saya bukan mendailing.. saya aceh ..
raja bilah lahir 1837.. masa birch dibunuh 1875 umurnya tentulah umur dia baru 38 tahun... tapi macammana dia boleh ada di perak menentang birch sedangkan bapanya raja asal berundur dari kuala lumpur pada tahun 1876 dan terus membantu british memburu datok sagor, dato maharajalela dan menghambat sultan ismail...
sebagai balasan, lombong sultan ismail diberi kepada raja asal.. selepas raja asal meninggal 1877, barulah raja bilah dilantik menjadi penghulu papan.. kupasan lanjut menyusul..nantikan.. hehe
ah ah...adoi bro..byk fakta sy baca kat tenet tunggang langgang..sy ni minat sejarah... bila selidik usul mandailing ni, tgk2 ade pulak kat rapat setia tu tabal DYMM kononnye.. ape ceritanye ni.. bro dok ipoh kasi siasat le..hehehe yg bab salma tu, pak dia yg mandailingnye..tapi setau saya nasution ke lubis ke, ape ke benda lagi tu bukan nama lekat pon..nama suku... ntah le..confuis sikit, mior lar, meor lar yg takde boleh ade.. buat malu le kalo ada pemempin anu anu tu asal nasution..keh keh keh
ha.. miker mendailing ke? sori la kalau kupasan ni agak kasar tapi teman berpandukan web mandailing.org je.. web tu cuba memisahkan mendailing di malaysia dari dikenali sebagai 'melayu' dan memisahkan mendailing di indonesia dari ditakrifkan sebagai 'batak'.
mandailing.org sendiri menyebut orang Melayu Perak sampai hari ini hati mereka terluka dengan sikap mendailing yang membantu british..
dikatakan mereka dihalau dari pahang semasa perang di raub ke selangor.. kemudian dihalau ke perak pula..
tapi ada dua jenis .. walaupun datang dari satu kawasan di antara tapanuli dan minangkabau.. iaitu Rawa..
kena bezakan mendailing dan rawa yang datang terlebih dahulu dengan mendailing rebeller yang datang kemudian..
tentang nasution yang sorang tu, teman malas nak komen lah.. sebab hasil kajian teman, dari gopeng sampai ke gombak masuk ke hulu langat... semua dimenangi pembangkang..
mandailing.org sebut, bangsa mereka trouble maker... dan harini teman tengok dorang ni macam melayu 'protestan' je.. hehehe
no offence ye
saya melayu perak...hehe..cuma suka sejarah..puncanya, byk kawan..tapi yg unik nye dan konfiusnye, kenapa ada rawa? dan mandailing? generasi muda sekarang ni, bab berpuak mengalahkan org dulu, tapi bila tgk org tua2 dema, mendailing ngan rawa boleh lak spekong spekong( speaking ).. tak salah diorg nak ikut suku, tapi bila jadi taksub sgt, tu yg jadi 3 suku, jadi berpecah..padahal melayu gak.. ni saya dpt sumber mengatakan taktik yg pilihan raya akan datang kawasan yg telah di menangi oleh BN ( 3 kawasan ) akan dikuasai oleh sebelah sana, dengan cara smuggle tukar ic, kasi org duduk itu tempat ( terpakse kuih lapis sikit ) ni taktik cara penang. so tolong remind pada yb midah yek, kwsn beliau antara yg termasuk dlm group 3 tu..suruh dia semak pendaftaran yg layak mengundi ( kalau boleh ) ... this msg will terminate in 5....4...3..2...1...............
Assalamualaikom ... Bokeh SAYA dimana Kota Raja asal di changkat piatu .... Tapak Istana yg asal
Post a Comment