Monday, February 21, 2011

Tragedi 3 Mac 1946. 'Ketuanan Rakyat' Yang Menjadi Detik Hitam Sejarah Melayu

65 tahun tidak lama. Adakah kita telah lupa? Dua bulan sebelum UMNO ditubuhkan di Istana Johor, lima sultan di lima negeri Melayu di Sumatera Timur telah dibunuh dengan kejam. Beribu-ribu orang kerabat raja turut dibunuh kejam.

Jam 12 malam 3 Mac 1946 merupakan detik hitam bagi orang Melayu dan kini menjadi penyesalan yang tak sudah bagi sebahagian besar warga Melayu di Sumatera Timur. Ia juga merupakan penyebab orang Melayu Semenanjung menolak untuk menyertai gagasan Indonesia.

Dalam satu malam sahaja, beberapa orang Sultan di beberapa negeri telah dibunuh dengan kejam oleh puak pro-komunis yang dibantu oleh kuli-kuli ladang dari keturunan pendatang luar.

Peristiwa bermula menjelang tahun 1946 di mana keadaan suhu politik di Sumatera Timur menjadi panas apabila kumpulan pro-komunis mula menguasai partai politik dan juga membentuk askar bersenjata di antaranya Laskar Buruh atau Parti Komunis Indonesia.

Akibat jarak dan kegagalan Sukarno berhubungan dengan sultan-sultan Melayu di Sumatera bagi mendapatkan kepastian mereka dalam pernyataan sokongan kemerdekaan dari Belanda, Timbalan Gabenor Sumatera yang dilantik, Amir Syarifuddin (salah seorang pro-komunis) tiba di Serdang dalam negeri Asahan dari pulau Jawa dan menghasut para penyokong komunis supaya menghapuskan kuasa Sultan dan bangsawan di istana mereka di Serdang. Dia merupakan seorang penulis yang merupakan redaksi majalah Pemoeda Soematra.

Secara diam-diam, pihak komunis mempersiapkan rancangan untuk menghapuskan monarki kerajaan Melayu dan ingin mengambil alih pemerintahan kerajaan. Mereka kemudian membuat propaganda di akhbar, radio dan risalah serta isu-isu fitnah palsu untuk menghasut rakyat dengan laungan 'Daulat Rakyat' bagi melawan laungan 'Daulat Tuanku'. Selain itu, isu bahawa Raja-Raja Melayu ini mempunyai hubungan baik dengan dengan Belanda dimainkan selain kononnya pihak istana memeras dan menindas rakyat.


Muslihat ini dilakukan setelah Gabenor Sumatera yang dilantik, Tengku Muhammad Hassan beserta rombongan yang 7 buah kereta , bertolak dari Medan pada 6 Februari 1946 melalui Brastagi dan Sumatera Tengah menuju ke Sumatera Selatan, dan mengikut rancangan, akan kembali ke Medan pada 22 Mac 1946.

3 Mac 1946, tepat jam 12 malam secara serentak, orang ramai yang kebanyakan rakyat pendatang, telah dipimpin oleh orang-orang komunis kiri PKI dan mengajak bersama-sama mereka PNI dan Pesindo, menyerbu istana dan pejabat kerajaan Melayu dan mengumumkan bahawa kerajaan Melayu telah dihapuskan oleh rakyat Indonesia.

Pembunuhan terhadap kerabat-kerabat raja dilakukan secara besar-besaran dengan ada yang dibenamkan di laut, dipotong kepala mereka, ditanam hidup-hidup dan berbagai pembunuhan sadis yang lain, di lakukan oleh orang ramai yang pro-komunis yang dipimpin Parti Komunis Indonesia.

Penyerbuan itu merupakan tragedi buat Sultan Bidar Alam Syah IV di negeri Bilah, Sultan Mahmud Aman Gagar Alam Syah di negeri Panai dan Tengku Mustafa gelar Yang Dipertuan Besar Makmur Perkasa Alam Syah di negeri Kota Pinang, kesultanan Serdang Asahan di Tanjung Balai, Kesultanan Deli di Medan, kerajaan Melayu Yang Dipertuan Tengku Al Haji Muhammad Syah di Labuhan Batu. Kesemua sultan ini mangkat dibunuh oleh rakyat pendatang yang bekerja di ladang-ladang Sultan yang terpengaruh dengan dakyah komunis.

Hampir separuh penduduk negeri-negeri ini terdiri dari kaum pendatang yang didatangkan sebagai kuli di ladang-ladang.

Di tempat lain, istana Sultan Langkat di Tanjung Pura dan di kota Binjai diserbu dan dirompak, di mana kerabat raja-raja Melayu Langkat ditangkap dan sebahagian besar dibunuh dengan kejam termasuk sasterawan Indonesia yang terkenal, Tengku Amir Hamzah. Lebih kejam, puteri-puteri Sultan Langkat diperkosa dan yang lebih memilukan lagi pemerkosaan dilakukan di depan mata baginda Sultan Langkat, dan putera mahkota yang masih muda hilang entah ke mana. Kekejaman ini dilakukan oleh seorang pemimpin PKI bernama Marwan dan pengikut-pengikutnya.

Kesultanan Langkat adalah kesultanan paling kaya dan mewah di Sumatera kerana mempunyai hasil petroleum dan jika istana Sultan Langkat yang hangus dibakar itu masih berdiri, ia merupakan khazanah yang tinggi nilainya untuk orang Melayu sedunia.

Kerabat-kerabat lelaki di negeri Asahan dibunuh kesemuanya termasuk isteri Tengku Musa dan anaknya. Dalam masa beberapa hari, 140 orang yang dikenalpasti sebagai kerabat raja yang memakai nama Tengku, Wan dan Raja mati dibunuh dengan kejam di Asahan sahaja.

Mereka kemudian menangkap semua kerabat-kerabat diraja Melayu di beberapa daerah terdiri dari perempuan dan anak-anak dan dibawa ke kem tahanan di Simalungun dan Tanah Karo, disiksa, dihina dan dibunuh.

Indonesia pada waktu ini seolah-olah menyokong kekejaman ini sehinggakan dua generasi orang Melayu hampir kehilangan identiti mereka. Mereka takut mengaku Melayu, takut memakai baju Melayu dan menambah gelaran Batak di depan nama mereka supaya boleh bersekolah atau diterima di pejabat kerajaan. Mereka menghilangkan gelaran Tengku atau Wan karena takut dicaci sebagai kerabat raja.

Akhirnya, selepas 19 tahun, pada 30 September 1965, terjadilah rampasan kuasa oleh Angkatan Bersenjata Republik Indonesia pimpinan Jenderal Suharto yang bertindak memusnahkan Parti Komunis Indonesia. Puak pro-komunis Indonesia menerima nasib yang dianggap sebagai balasan kepada apa yang telah mereka lakukan ke atas Sultan-sultan Melayu di Sumatera. Hampir 2 juta puak pro-komunis Indonesia telah dibunuh oleh tentera Indonesia dan sebahagian besar pemimpin Parti Komunis Indonesia di Sumatera Timur terbabit mencetus 'Revolusi Sosial 1946' di Sumatera Timur dengan membunuh parak Sultan dan kerabat diraja serta merompak istana-istana ditangkap dan dibunuh oleh tentera dan juga rakyat.

Sinar bagi orang Melayu di Sumatera Timur kembali pada tahun 1971 apabila pemimpin masyarakat Melayu Sumatera Timur yang dilindungi oleh Panglima Komando Wilayah Sumatera, Leftenan Jenderal Ahmad Tahir, telah mengumpul dan menyatukan sebanyak 17 organisasi masyarakat Melayu dan membentuk payung organisasi bernama MAJLIS ADAT BUDAYA MELAYU INDONESIA (MABMI) .

Sehingga kini, adat budaya Melayu masih banyak yang hilang akibat terputusnya dua generasi pada masa mula revolusi sosial dan sepanjang zaman pemerintahan Sukarno. Walaupun kini telah ada yang berusaha menggali khazanah budaya Melayu Sumatera Timur tetapi itu belum cukup tanpa bantuan dari orang orang Melayu di seluruh penjuru dunia.

Para pecinta sejarah Indonesia kini menyesali keterlanjuran masyarakat yang mudah ditipu oleh pihak komunis yang kononnya pro-rakyat yang meniup fitnah demi merampas kuasa pemerintahan dengan jalan mudah.


Istana Darul Aman, Tanjung Pura, milik Kesultanan Langkat, di tahun 1930an. Kini ia musnah hancur akibat fitnah puak yang melaungkan 'Ketuanan Rakyat' yang semata-mata mahukan kuasa bersama-sama berbelas-belas istana kesultanan lain di Sumatera Timur. Rakyat Sumatera Timur kini menyedari kesilapan yang telah dilakukan oleh datuk nenek mereka terdahulu.

Friday, February 11, 2011

PAS Dimalukan Oleh DAP Lagi!

Teman tak pernah pun terasa nak merayakan Valentine's Day tu. Teman rasa tak ada faedah langsung. Tapi tindakan PAS nak membuat operasi menghalang perbuatan menyambut Hari Kekasih tu macam menunjukkan yang PAS cuba nak bagitahu dunia bahawa mereka itu adalah jaguh dalam menjadi polis moral.

Apakah orang PAS tak dapat mendidik anak mereka masing-masing dengan pengetahuan mencukupi tentang ketidaksesuaian sambutan Hari Kekasih dengan ajaran Islam? Jika PAS cuba menjalankan operasi membanteras sambutan Hari Kekasih sekalipun, PAS masih tidak mampu mendidik ahlinya sendiri supaya menjauhkan diri dari kemungkaran.

Contohnya berzina dalam keretapi. Maka, janganlah berlebihan sangat kerana banyak lagi perkara yang berlaku tanpa mengira tarikh melibatkan akhlak orang Islam di negara ini belum pernah PAS cuba tangani.

Lihat sahaja anak-anak Melayu di Kelantan yang sebilangan mereka menapau arak murah dalam plastik dan mengendongnya ke sana dan sini. Hal yang demikianlah perlu ditangani terlebih dahulu.

Akhirnya, orang-orang Cina mula menyibuk dalam hal ini dan mereka bersatu.

Published: Thursday February 10, 2011 MYT 7:19:00 PM
Updated: Thursday February 10, 2011 MYT 7:30:38 PM

Valentine's Day crackdown draws flak

By SIRA HABIBU

PETALING JAYA: PAS Youth's proposed Valentine's Day crackdown has drawn flak from MCA Youth, Dapsy, and Gerakan Youth.

MCA Youth chief Datuk Dr Wee Ka Siong said moral policing on Valentine's Day showed early signs that the Pakatan Rakyat state governments were starting to implement Islamic state policies.

"Although PAS president Datuk Seri Abdul Hadi Awang had said during the Tenang by-election that Islamic state is already an old issue, we know that it was just a tactic to cheat voters," he said Thursday.

Dr Wee was responding to PAS youth chief Nasrudin Hasan Tantawi's statement that local authorities in Kedah, Kelantan and Selangor would conduct checks to curb immoral activities on Valentine's Day.

Wednesday, February 09, 2011

Bekas Ahli PKR Ipoh Barat, Tambun, Sertai Gerakan

Kehancuran PKR di Ipoh semakin ketara apabila ahli-ahli mereka semakin ramai beralih menyokong kerajaan.

200 bekas ahli PKR sertai Gerakan

09/02/2011 3:48pm

IPOH 9 Feb. - Sebanyak 200 bekas ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) Bahagian Ipoh Barat dan Tambun, hari ini, menyertai Gerakan.

Borang permohonan keahlian itu diserahkan bekas Ketua Pemuda PKR Ipoh Barat, V. Subramaniam kepada Timbalan Presiden Gerakan, Datuk Chang Ko Youn, pada satu majlis ringkas di Wisma Gerakan di sini. - Bernama

Tuesday, February 08, 2011

54% Label Halal Di Indonesia Adalah Palsu

Anda suka ke Indonesia? Memilih makanan mungkin bagi anda mudah ketika berada di sana. Tetapi pluralisme membuatkan anda tidak dapat lagi membezakan seorang Islam penjual bakso dan seorang Kristian pengusaha cafe. Apatah lagi jika anda rajin ke Bali di mana babi merupakan hidangan enak masyarakat di sana. Cuba baca ini pula.

Selasa, 08/02/2011 20:13 WIB
Awas! 54 Persen Produk Makanan Berlabel Halal 'Bodong'
Hery Winarno - detikNews
Jakarta - Tidak semua makanan yang berlabel Halal terjamin kehalalannya. Bahkan sebagian besar produk makanan yang beredar di pasaran, berlabel halal 'bodong'.

"Data dari BPOM, 54 persen produk makanan yang beredar tidak sesuai dengan persyaratan labelisasi halal," ujar Direktur Lembaga Pengkajian Pangan, Obat, Makanan dan Kosmetika (LP POM) MUI, Lukmanul Hakim kepada wartawan usai rapat dengan Komisi VIII dan BPOM di gedung DPR, Senayan, Selasa (8/2/2011).

Menurut Lukman salah satu persyaratan produk halal, selain memiliki label harus juga memiliki sertifikat halal. Sedangkan sebagian besar produk yang beredar di pasaran hanya mencantumkan label halal, belum tentu memiliki sertifikat halal.

"Jadi dalam produk makanannya ada label halal, tapi itu belum tentu memiliki sertifikat halal. Jadi label halal itu bodong, karena tidak sesuai persyaratan yang ada," terangnya.

Banyaknya produk berlabel halal bodong tersebut dinilai sangat mengkhawatirkan. Pemerintah lewat Badan Pengawas Obat dan Makanan (BPOM) diminta untuk melakukan penindakan.

"Itu menunjukan lemahnya aspek penegakkan hukum. Aspek itu ada di pemerintah, kita hanya edukasi kepada masyarakat. Harusnya pemerintah lewat BPOM gencar melakukan pengawasan dalam rangka penegakkan hukum," paparnya.

Terkait banyaknya produk makanan berlabel halal bodong tersebut, MUI menghimbau agar masyarakat meneliti sebelum membeli. Bagi yang ragu-ragu apakah makanan yang dikonsumsi tersebut berlabel halal bodong atau tidak, MUI menyarankan agar melihatnya ke situs www.halalmui.org.

bodong = bulging, protruding / tampalan. Apa yang anda perlu tahu ialah, kebanyakan pengusaha makanan adalah orang Cina.