Monday, February 21, 2011

Tragedi 3 Mac 1946. 'Ketuanan Rakyat' Yang Menjadi Detik Hitam Sejarah Melayu

65 tahun tidak lama. Adakah kita telah lupa? Dua bulan sebelum UMNO ditubuhkan di Istana Johor, lima sultan di lima negeri Melayu di Sumatera Timur telah dibunuh dengan kejam. Beribu-ribu orang kerabat raja turut dibunuh kejam.

Jam 12 malam 3 Mac 1946 merupakan detik hitam bagi orang Melayu dan kini menjadi penyesalan yang tak sudah bagi sebahagian besar warga Melayu di Sumatera Timur. Ia juga merupakan penyebab orang Melayu Semenanjung menolak untuk menyertai gagasan Indonesia.

Dalam satu malam sahaja, beberapa orang Sultan di beberapa negeri telah dibunuh dengan kejam oleh puak pro-komunis yang dibantu oleh kuli-kuli ladang dari keturunan pendatang luar.

Peristiwa bermula menjelang tahun 1946 di mana keadaan suhu politik di Sumatera Timur menjadi panas apabila kumpulan pro-komunis mula menguasai partai politik dan juga membentuk askar bersenjata di antaranya Laskar Buruh atau Parti Komunis Indonesia.

Akibat jarak dan kegagalan Sukarno berhubungan dengan sultan-sultan Melayu di Sumatera bagi mendapatkan kepastian mereka dalam pernyataan sokongan kemerdekaan dari Belanda, Timbalan Gabenor Sumatera yang dilantik, Amir Syarifuddin (salah seorang pro-komunis) tiba di Serdang dalam negeri Asahan dari pulau Jawa dan menghasut para penyokong komunis supaya menghapuskan kuasa Sultan dan bangsawan di istana mereka di Serdang. Dia merupakan seorang penulis yang merupakan redaksi majalah Pemoeda Soematra.

Secara diam-diam, pihak komunis mempersiapkan rancangan untuk menghapuskan monarki kerajaan Melayu dan ingin mengambil alih pemerintahan kerajaan. Mereka kemudian membuat propaganda di akhbar, radio dan risalah serta isu-isu fitnah palsu untuk menghasut rakyat dengan laungan 'Daulat Rakyat' bagi melawan laungan 'Daulat Tuanku'. Selain itu, isu bahawa Raja-Raja Melayu ini mempunyai hubungan baik dengan dengan Belanda dimainkan selain kononnya pihak istana memeras dan menindas rakyat.


Muslihat ini dilakukan setelah Gabenor Sumatera yang dilantik, Tengku Muhammad Hassan beserta rombongan yang 7 buah kereta , bertolak dari Medan pada 6 Februari 1946 melalui Brastagi dan Sumatera Tengah menuju ke Sumatera Selatan, dan mengikut rancangan, akan kembali ke Medan pada 22 Mac 1946.

3 Mac 1946, tepat jam 12 malam secara serentak, orang ramai yang kebanyakan rakyat pendatang, telah dipimpin oleh orang-orang komunis kiri PKI dan mengajak bersama-sama mereka PNI dan Pesindo, menyerbu istana dan pejabat kerajaan Melayu dan mengumumkan bahawa kerajaan Melayu telah dihapuskan oleh rakyat Indonesia.

Pembunuhan terhadap kerabat-kerabat raja dilakukan secara besar-besaran dengan ada yang dibenamkan di laut, dipotong kepala mereka, ditanam hidup-hidup dan berbagai pembunuhan sadis yang lain, di lakukan oleh orang ramai yang pro-komunis yang dipimpin Parti Komunis Indonesia.

Penyerbuan itu merupakan tragedi buat Sultan Bidar Alam Syah IV di negeri Bilah, Sultan Mahmud Aman Gagar Alam Syah di negeri Panai dan Tengku Mustafa gelar Yang Dipertuan Besar Makmur Perkasa Alam Syah di negeri Kota Pinang, kesultanan Serdang Asahan di Tanjung Balai, Kesultanan Deli di Medan, kerajaan Melayu Yang Dipertuan Tengku Al Haji Muhammad Syah di Labuhan Batu. Kesemua sultan ini mangkat dibunuh oleh rakyat pendatang yang bekerja di ladang-ladang Sultan yang terpengaruh dengan dakyah komunis.

Hampir separuh penduduk negeri-negeri ini terdiri dari kaum pendatang yang didatangkan sebagai kuli di ladang-ladang.

Di tempat lain, istana Sultan Langkat di Tanjung Pura dan di kota Binjai diserbu dan dirompak, di mana kerabat raja-raja Melayu Langkat ditangkap dan sebahagian besar dibunuh dengan kejam termasuk sasterawan Indonesia yang terkenal, Tengku Amir Hamzah. Lebih kejam, puteri-puteri Sultan Langkat diperkosa dan yang lebih memilukan lagi pemerkosaan dilakukan di depan mata baginda Sultan Langkat, dan putera mahkota yang masih muda hilang entah ke mana. Kekejaman ini dilakukan oleh seorang pemimpin PKI bernama Marwan dan pengikut-pengikutnya.

Kesultanan Langkat adalah kesultanan paling kaya dan mewah di Sumatera kerana mempunyai hasil petroleum dan jika istana Sultan Langkat yang hangus dibakar itu masih berdiri, ia merupakan khazanah yang tinggi nilainya untuk orang Melayu sedunia.

Kerabat-kerabat lelaki di negeri Asahan dibunuh kesemuanya termasuk isteri Tengku Musa dan anaknya. Dalam masa beberapa hari, 140 orang yang dikenalpasti sebagai kerabat raja yang memakai nama Tengku, Wan dan Raja mati dibunuh dengan kejam di Asahan sahaja.

Mereka kemudian menangkap semua kerabat-kerabat diraja Melayu di beberapa daerah terdiri dari perempuan dan anak-anak dan dibawa ke kem tahanan di Simalungun dan Tanah Karo, disiksa, dihina dan dibunuh.

Indonesia pada waktu ini seolah-olah menyokong kekejaman ini sehinggakan dua generasi orang Melayu hampir kehilangan identiti mereka. Mereka takut mengaku Melayu, takut memakai baju Melayu dan menambah gelaran Batak di depan nama mereka supaya boleh bersekolah atau diterima di pejabat kerajaan. Mereka menghilangkan gelaran Tengku atau Wan karena takut dicaci sebagai kerabat raja.

Akhirnya, selepas 19 tahun, pada 30 September 1965, terjadilah rampasan kuasa oleh Angkatan Bersenjata Republik Indonesia pimpinan Jenderal Suharto yang bertindak memusnahkan Parti Komunis Indonesia. Puak pro-komunis Indonesia menerima nasib yang dianggap sebagai balasan kepada apa yang telah mereka lakukan ke atas Sultan-sultan Melayu di Sumatera. Hampir 2 juta puak pro-komunis Indonesia telah dibunuh oleh tentera Indonesia dan sebahagian besar pemimpin Parti Komunis Indonesia di Sumatera Timur terbabit mencetus 'Revolusi Sosial 1946' di Sumatera Timur dengan membunuh parak Sultan dan kerabat diraja serta merompak istana-istana ditangkap dan dibunuh oleh tentera dan juga rakyat.

Sinar bagi orang Melayu di Sumatera Timur kembali pada tahun 1971 apabila pemimpin masyarakat Melayu Sumatera Timur yang dilindungi oleh Panglima Komando Wilayah Sumatera, Leftenan Jenderal Ahmad Tahir, telah mengumpul dan menyatukan sebanyak 17 organisasi masyarakat Melayu dan membentuk payung organisasi bernama MAJLIS ADAT BUDAYA MELAYU INDONESIA (MABMI) .

Sehingga kini, adat budaya Melayu masih banyak yang hilang akibat terputusnya dua generasi pada masa mula revolusi sosial dan sepanjang zaman pemerintahan Sukarno. Walaupun kini telah ada yang berusaha menggali khazanah budaya Melayu Sumatera Timur tetapi itu belum cukup tanpa bantuan dari orang orang Melayu di seluruh penjuru dunia.

Para pecinta sejarah Indonesia kini menyesali keterlanjuran masyarakat yang mudah ditipu oleh pihak komunis yang kononnya pro-rakyat yang meniup fitnah demi merampas kuasa pemerintahan dengan jalan mudah.


Istana Darul Aman, Tanjung Pura, milik Kesultanan Langkat, di tahun 1930an. Kini ia musnah hancur akibat fitnah puak yang melaungkan 'Ketuanan Rakyat' yang semata-mata mahukan kuasa bersama-sama berbelas-belas istana kesultanan lain di Sumatera Timur. Rakyat Sumatera Timur kini menyedari kesilapan yang telah dilakukan oleh datuk nenek mereka terdahulu.

22 comments:

Reveal said...

salam tuan ipohmalay

saya masih baru dalam dunia blog tetapi lebih kepada pendedahan tentang perkara lain dari politik. Minta linkkan blog tuan kerana bagi saya artikel ini sangat saya inginkan dan diharap tuan dapat meluluskan penggunaan artikel ini dalam blog saya. Jika tuan tidak meluluskan, saya akan keluarkannya kembali.

http://revealpics.blogspot.com

IPOH MALAY said...

boleh.. saya alu-alukan jika anda mahu berkongsi artikel ini kepada orang lain pula melalui blog anda

Anonymous said...

Tahniah Ipoh Malay. Sumber rencana yang sungguh memberangsangkan. Kini sudah seperti kelihatan bahawa perkara yang sama sedang terjadi. Fitnah-fitnah semakin terjadi-jadi untuk menyemai kebencian dikalangan rakyat sedangkan tiada bukti yang dapat dikemukakan.

HHalem said...

Askum Tuan Ipoh,

Awat lama x da berita?
Mohon nak palagiat article ni dlm blog saya.

Juga memohon untuk blog saya di Link Mengeling dalam blog Tuan.

IPOH MALAY said...

La ni dok bz menda lain.. takpa.. kawan2 lain ada... hehe.. tengah dok exam ni.. tua tua exam.. hehe

pemerhati said...

wah...jahat sungguh mereka ni..mmg padan muka org sebelah sana tu...bukan lah nak kata apa tapi dulu2 kan dah ada perjanjian sang si perba dgn demang lebar daun yang mengatakan

"Sembah Demang Lebar Daun: “Adapun tuanku, segala anak cucu patek sedia akan jadi hamba ke bawah duli Yang di-Pertuan; hendaklah ia diperbaiki oleh anak cucu duli tuanku. Dan jika ia berdosa, sebesar-besar dosanya pun, jangan difadhihatkan, dinusta dengan kata-kata jahat. Jikalau besar dosanya dibunuh, itupun jikalau berlaku pada hukum Shara’.”

Sang Si Perba pun bertitah: “Akan minta bapa itu hamba kabulkanlah. Tetapi hamba minta satu janji pada bapa hamba…”“Janji yang mana itu, tuanku?”“Hendaklah akhir zaman kelak anak cucu bapa hamba jangan derhaka pada anak cucu kita. Jikalau ia zalim dan jahat pekerti sekali pun”. “Baiklah tuanku. Tetapi jikalau anak buah tuanku dahulu mengubahkan dia, maka anak cucu patek pun mengubahkanlah.”Titah Sang Si Perba: “Baiklah, kabullah hamba akan wa’adat itu.”
Mereka pun bersumpah-sumpahan serta berteguh janji, barang siapa yang mengubah perjanjian itu dibalikkan Allah bumbung rumahnya ke bawah, tiangnya ke atas."

mungkin bunyi nya sgt mengarut tapi lihat lah indonesia yg sgt2 terkenal dgn tsunami lah..gempa bumi lah, gunung berapi dan tentu lah kaya dgn petroleum tapi negaranya tetap terkebelakang..alhamdulillah negara kita aman damai..malaysia negara berdaulat..saya rasa ada kemungkinkan perjanjian ni mmg wujud..

GuruBashid said...

Anda boleh baca membaca sejarah berkaitan dengan kejatuhan era sultan-sultan di indonesia melalui buku karya nujum pak belalang( syed husain al-attas)

Anonymous said...

Salam tuan,
Boleh saya petik artikel ni nak masukkan dlm kertas periksa sejarah akhir tahun. Nak br anak bangsa sedar dan insaf betapa kejamnye komunis. Jgn suka2 nak sokong sosialis n komunis secara membuta tuli.

Takkan melayu hilang di dunia.

-jln ledang ke kg.gelam-

Mohd Hisham Mohd Hidzir said...

Maka terjadi haruk pikuk mereka(PENDATANG INDONESIA)meluru ke Malaysia negara Melayu yang mereka pernah jatuhkan di negaranya untuk mencari rezeki & menjadi hamba di Malayia, adakah mereka menyesal dengan perbuatan datuk nenek mereka...

Mohd Hisham Mohd Hidzir said...

Maka terjadi haruk pikuk mereka(PENDATANG INDONESIA)meluru ke Malaysia negara Melayu yang mereka pernah jatuhkan di negaranya untuk mencari rezeki & menjadi hamba di Malayia, adakah mereka menyesal dengan perbuatan datuk nenek mereka...

Anonymous said...

Jangan dirisau apa yang telah berlaku, cukup diambil sebagai pengajaran dan pendoman demi masa hadapan. Yang penting pada masa kini, zaman kebangkitan. Penuhkan dada-dada kalian, sesungguhnya perang utama dihujung mata pedang.

Erajaganthasharma said...

Tiada asas or bukti kukuh..
Perkara diatas hanya rekaan semata mata untuk menghuru harakan keadaan aman yang sedia ada...

m ismai rokan said...

itu benar adanya, saya asli anak melayu Kesultanan langkat...

Unknown said...

Umno selama 60thn membela ketuanan melayu celah mana ye?negeri yg pernah diperintah umno tinggal berapa % lg tanah rezab bumiputera sedangkan dlm perlembagaan menyatakan 50% tanah rezab utk bumiputera.....

Unknown said...

Ok lagi UMNO dari DAPig.

Wsh said...

Tolong hubungi sy di email berikut..bwg.biru@gmail.com
Sy ingin bertanyakan berkenaan Langkat

Anonymous said...

jgn terpedaya dgn parti penyamun n penyangak UMNO

Anonymous said...

Sama ke umno yg baru di tubuhkan dgn umno skrng..umno skrng hanya dibibir mengatakan jaga melayu.. tapi hakikatnya hanya mengkayakan diri dan kroni..

Muhammad Fitri Nadhir said...

Terbaik artikel tuan Ipoh Malay...mohon tuan mendedahkan lagi fakta sumber2 sejarah tentang ketuanan Melayu 👍🇲🇾

Anonymous said...

DAP sekarang jelmaan Komunis

Anonymous said...

Jgn salahkan umno...salah kan org yg memerintah masa tu...klu harap kan dap mmg jahanam tanah melayu ni 22bulan mcm2 dijual...

Anonymous said...

Tuduh saja buat apa tangkaplah..sekarang bukan PH lagu perintah..ke lupa Scapa yg jd kerajaan skrg?