Jumaat, Mac 11, 2011

Jepun Dilanda Tsunami 1.46 Tengahari Tadi


Imej dari NHK menunjukkan terjangan tsunami merempuh ladang di Kennesuma, Jepun setelah gempa bumi sekuat 8.9 pada Skala Richter menggegar kira-kira 130 km luar pantai di Timur Laut Jepun jam 1.46 petang waktu Malaysia tengahari tadi.

Susulan itu, berlaku gempa bumi di kawasan yang sama sekuat 6.4 pada skala Richter pada jam 2.06 petang, 6.4 pada skala Richter pada 2.07 petang, 6.8 pada skala Richter pada jam 2.15 petang, 7.1 pada skala Richter pada jam 2.25 petang , 6.3 pada skala pada jam 2.48 petang, 6.1 pada skala RichterRichter pada jam 3.14 petang dan 6.3 pada skala Richter pada jam 3.25 petang.

Belum diketahui angka kematian dari gempa bumi luar biasa yang permulaannya sekuat 8.9 pada skala Richter itu turut dapat dirasai di Beijing dan Seoul ini.




2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

semoga dijauhkan kejadian ini di negara kita..ALLAH MAHA BESAR..

SUNGAI RAPAT ONLINE berkata...

Salam Perjuangan,

Mohon Hebahkan Ceramah Ummi Hafilda dan Rahimi serta demontrasi secara aman mendesak Anwar menyerahkan DNAnya kepada pihak pendakwa untuk dibandingkan dengan DNA lelaki 'Y' di Arena Square Batu Gajah pada hari ini jam 10.00 pagi hingga 01.00 tengahari. Semua blogger dan pembaca blog dijemput hadir