Saturday, August 06, 2011

PAS Patut Keluar Pakatan Rakyat

Program pemurtadan yang dirancang pembangkang ke atas umat Islam negara ini dilihat mempunyai trend untuk menjadi perbuatan sah yang dilindungi undang-undang. Ini kerana, Perlembagaan Persekutuan membataskan penyebaran Kristian ke atas orang Melayu.


Artikel 11(4)

State law and in respect of the Federal Territories of Kuala Lumpur, Labuan and Putrajaya, federal law may control or restrict the propagation of any religious doctrine or belief among persons professing the religion of Islam.


Jika melihat kepada trend Melayu yang iri dan memendam dendam kesumat, corak undi ikut rasa supaya binasa tidak harus dipraktikkan. Sikap yang ibarat, biar apa pun terjadi, asal kau tetap ku benci, perlu dikikis dari menjadi anutan. Inilah yang membuatkan orang Melayu tidak tahu apa hak mereka ke atas negara ini.

Hanya parlimen yang menentukan orang Melayu boleh beragama Buddha, Hindu, Kristian atau tidak.

Rata-rata orang Melayu tidak membaca langsung Perlembagaan Persekutuan dan pindaan ke atasnya tidak diambil peduli asalkan benci membenci menjadi senjata. Orang Melayu pada masa yang sama tidak merancang langsung apa yang perlu dibuat untuk memerintah negara.

Ketika inilah ada pihak yang akan mempergunakan kecelaruan pada Perlembagaan Persekutuan untuk menjerat orang Islam.

Tambahan pula peguam-peguam ini seperti M Kula, ahli parlimen DAP Ipoh Barat, memang terkenal dalam membela Tamil yang murtad menjadi Hindu semula.

Kumpulan ini akan melagakan Artikel 11(4) dengan Artikel 5(1) yang menjamin kebebasan merangkumi kebebasan memilih setiap orang.

Artikel 5(1)

5. (1) No person shall be deprived of his life or personal liberty save in
accordance with law.


Orang Islam yang bersama mereka nescaya akan terperangkap dan terpaksa menurut pindaan yang mahu mereka lakukan. Mujur mereka belum berkuasa.

Orang Islam yang bersama mereka hanya tahu apa yang disampaikan ke telinga sahaja. Fakta di sana sini tidak diketahui. Jika terdapat 1000 pembaca blog politik sesebuah pekan kecil, terdapat berbelas ribu lagi yang tidak ambil peduli. Apatah lagi tentang perlembagaan.

Pihak anti-Islam nampaknya melihat PAS dapat membawa lebih ramai orang Melayu dalam perangkap Pakatan Rakyat kerana orang PAS boleh membantu golongan anti-Islam pejuang murtad ini menjadi lebih kuat sekiranya mereka berkuasa kerana hari ini, prinsip politik mereka, tiada siapa berhak menentang agenda DAP.

Bayangkan matlamat menaikkan golongan anti-Islam ini dibuat di masjid-masjid melalui ceramah yang meraih sokongan ke arah PAS.

Langkah orang Islam yang paling cerdas dan bijaksana tetapi tidak dibuat ialah PAS perlu keluar dari Pakatan Rakyat.

No comments: