SELASA, MAC 18, 2008
Kebiadapan Kit Siang Ditentang
Lim Kit Siang dengan gah membelakangkan institusi beraja di negara ini dengan kebiadapannya menggesa 18 ADUN DAP memulaukan majlis angkat sumpah Ir. Mohammad Nizar, ADUN PAS Pasir Panjang yang dipilih sebagai Menteri Besar Perak oleh DAP Perak sendiri kononnya kerana mahukan wakil DAP menjadi Menteri Besar.
Namun, Lim Kit Siang memohon maaf selepas itu kepada Sultan Perak dan Raja Nazrin atas keterlanjurannya itu. Menurut Pengerusi Gerakan Perak, Datuk Chan Ko Youn, tindak-tanduk DAP itu semata-mata melepaskan diri dari mata masyarakat Cina bahawa DAP merestui calon PAS menjadi Menteri Besar Perak.
Tindak tanduk dolak-dalik DAP menimbulkan kemarahan masyarakat Melayu di Perak yang menganggap DAP menghina Sultan Perak dan institusi beraja khususnya. Bantahan dengan permit telah diadakan sehingga emosi mereka memaksa polis bersurai. Terima kasih KJ ngajar benda-benda macam tu pada masa itu.
No comments:
Post a Comment